BAB 7

Crime Completed 11219

Tepat jam 8.00 kereta Honda City bewarna hitam sudah terparkir di hadapan Asrama Adinda. Dia hanya mengelengkan kepala melihat lelaki yang dibencinya itu tersenyum memandangnya sambil membukakan pintu kereta untuknya.

“Silakan masuk tuan puteri.”

Manis tutur bicara itu terungkap. Adinda hanya mencebirkan bibirnya. Dia malas melayan lelaki buaya darat itu.

Dalam perjalanan itu, hanya musik yang menceriakan suasana. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Setelah setengah jam kereta yang dipandu oleh Zaidi itu akhirnya masuk satu selekoh jalan yang amat asing bagi Adinda. Jalannya gelap dan tiada satu pun kereta yang berselisih dengan mereka.

Adinda mula merasai aneh dan seakan dapat mengagak bahawa Zaidi punya niat yang tidak baik terhadapnya. Namun Adinda masih berlagak tenang. Zaidi yang sedari tadi tersenyum simpul akhirnya bersuara.

“Mirah, jangan berlagak tenang lah, aku tahu kau dah tahu.”

Adinda memandang wajah Zaidi dengan wajah yang berkerut. Zaidi tersenyum sinis memandang Adinda. Keretanya serta merta diberhentikan.

Adinda sudah mulai cemas. Apa pula yang bakal terjadi malam ini. Dia terus memaki hamun dirinya dari dalam hati. Memang bodoh mengikut kehendak lelaki ini.

Bukankah dia tahu lelaki ini penyebab kematian adik kembarnya, mengapa pula dia yang mencari nahas.

‘Kau memang bodoh Adinda!’

Herdik dirinya sendiri. Zaidi betindak agresif keatas Adinda dia mendekatkan dirinya dan memegang tangan Adinda. Adinda cuba melawan dan meronta. Saat itu dia sudah menangis semahu mahunya, dia dia menyalahkan dirinya sendiri. Kini dia sudah menjadi mangsa kerakusan manusia bertopengkan manusia ini.

Setelah puas Zaidi meratah tubuh Adinda. Dia ketawa berdekah-dekah melihat Adinda yang terkulai ditempat duduk penumpang itu. Adinda menangis semahunya.

“Lain kali jangan kau nak pandai-pandai ganggu harimau yang sedang tidur Adinda. Kan kau dah rasa.”

Sindir Zaidi.

“Apa maksud kau syaitan!!”

Adinda menghamburkan marahnya terhadap Zaidi. Zaidi membuka laci keretanya dan melemparkan satu pita rakaman kepada Adinda. Itu pita rakaman yang hilang pagi tadi. Bagaimana pula boleh berada dalam tangan Zaidi.

“Mengapa? Kau terkejut? Yasmin tu girlfriend aku la bodoh! Dia dengar waktu kau mainkannya semalam. Dan dia yang curi dari dalam lci kau. Kenapa kau terlalu bodoh Adinda?”

Berdekah-dekah Zaidi mentertawakannya. Adinda semakin berang. Dia bangun dan cuba untuk melawan Zaidi. Namun tenaga lelaki itu lebih kuat. Zaidi Adinda dan kepalanya terhempap ke pintu kereta.

“Jantan sial! Aku akan pastikan kau takkan terlepas dari hukuman!”

Adinda masih mahu melawan. Zaidi yang seakan hilang pertimbangan mencekik leher Adinda. Tidak lama kemudian Adinda terkulai tidak bernyawa lagi. Zaidi semakin panik. Dia telah membunuh orang, seandainya pihak polis tahu pasti dia akan dikenakan hukuman mandatori kanun keseksaan seksyen 302 gantung sampai mati.

Zaidi memecut laju keretanya Adinda di sisinya tidak bernyawa lagi. Akhirnya dia sampai disebuah tanah perkuburan lama. Zaidi mencepung tubuh Adinda yang sudah terkulai itu. Setelah dipastikan sudah betul-betul jauh dari orang dia menggali tanah untuk menanam mayat Adinda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience