BAB 8

Crime Completed 11219

Wajah Alisya semakin pucat. Dia melihat sendiri peristiwa ngeri itu dengan mata kepalanya. Namun dia tidak punya daya untuk membantu. Selepas peristiwa malam itu, dia tidak lagi mahu bergaul dengan sesiapa. Sudah beberapa bulan Adinda hilang tidak dapat di jejak.

Pihak polis sedaya upaya mencari Adinda namun tidak mempunyai sebarang maklumat. Adinda dipercayai hilang selepas seminggu dia tidak pulang ke asrama. Kini hampir 6 bulan pihak polis cuba menjejaki Adinda. Tidak siapa tahu bahawa Adinda sudah mati dibunuh oleh anak ahli korporat terkemuka Negara.

Sudah beberapa hari Alisya sering kali menangis bila duduk bersendirian adakalan sewaktu tidur dia sering meracau memanggil nama Adinda. Keadaannya seakan menyimpan satu rahsia besar. Dia membuka telifon bimbitnya dan membuka file video lalu memainkan satu rakaman video. Rakaman yang mampu menggegarkan Malaysia seandainya ianya terlepas ketangan pihak polis. Sedang dia leka melihat video itu tiba-tiba seseorang menghampirinya. Dia pantas menyimpan telifon bimbitnya.

“Mana Adinda ya Alisya?”

Soal lelaki yang menghampirinya tadi. Alisya menundukkan wajahnya. Peluh sejuk mulai memercik di dahinya.

“Manalah aku tahu, kau mungkin lebih tahu agaknya.”

Terketar ketar Alisya menjawab persoalan lelaki itu. Itulah lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas Izati dan kini Adinda. Alisya bingkas bangun. Sebelum Alisya berlalu pergi Alisya terdengar Zaidi ketawa sinis dan berkata sesuatu.

“Kau akan menyesal Alisya.”

Alisya pantas meninggalkan Zaidi. Tiada gunanya melayan karenah lelaki psiko itu. Zaidi hanya memerhati Alisya berlalu pergi. Di matanya terpancar sebuah dendam. Dia seakan mahu merancang sesuatu untuk membinasakan Alisya kerana baginya Alisya sangat berbahaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience