BAB 1

Crime Completed 11219

TUP TAP TUP TAP

Bunyi itu datang lagi, bunyi derapan kaki. Setiap langkah bergema. Alisya yang sedang leka mengulang kaji pelajaran mulai berdebar mendengarnya. Dalam hatinya mulai bimbang. Malam itu hanya tinggal dia yang masih menginap di aras asramanya itu. Oleh kerana dia masih mempunyai satu peperiksaan lagi dia tetap akur dan cuba memberanikan diri iuntuk tinggal sendiri, manakala rakan sebiliknya telah pun pulang ke kampung petang tadi. Hujan renyai diluar kedengaran sayup-sayup menambahkan lagi suasana seram malam itu.

Semakin lama bunyi derapan itu semakin kuat dan seakan menghampiri biliknya. Jam menunjukkan jam 12 tengah malam. Alisya cuba menenangkan dirinya. Walaupun hakikatnya dia sudah merasa cemas. Matanya meliar melihat disekelilingnya dan matanya terhenti kearah pintunya. Tombol pintunya seakan sedang dipulas oleh seseorang. Peluhnya mula memercik keluar. Badannya mula rasa seram sejuk.

Alisya semakin takut. Ruang bilik yang sempit itu tidak mampu melarikannya ke mana-mana.

‘Ya Allah lindungilah aku.’

Desis hati Alisya.

Pintu biliknya terbuka perlahan-lahan dan seseorang memasuki biliknya dengan berpakaian serba hitam.

“Tidak! Tidak mungkin, tolonglah! Bukan aku! Bukan aku! Pergiiii! Jangan ganggu aku!”

Air mata Alisya merembes keluar, peluhnya semakin membasahi wajah. Dia berdiri lemah di hadapan seseorang yang berbaju hitam itu. Tubuhnya seakan seorang lelaki. Dia menegenakan jaket kulit hitam, seluar jeans hitam, bertopeng dan juga bersarung tangan hitam. Ditangannya kelihatan dia sedang memegang sebilah pisau. Nampaknya lelaki ini ingin membunuh Alisya.

Langkah lelaki itu semakin menghampiri Alisya. Alisya yang ketakutan berundur selangkah demi selangkah. Mukanya pucat seakan tiada berdarah. Peluh-peluh sejuk semakin membasahi mukanya. Matanya terkebil-kebil. Dia tahu, dia tidak boleh lari lagi. Mungkin ajalanya sudah tiba. Dadanya semakin sesak. Tuhan sahaja yang tahu betapa takutya dia saat itu.

“Tolonglah jangan apa-apakan aku, aku tidak bersalah. Bukan aku! Bukan aku!”

Alisya sudah mula merayu tangisannya bergema. Dia kini sedang brhadapan dengan maut. Maut sedang menanti dia.

‘Oh Tuhan.’

Hanya itu desis hatinya ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience