BAB 6

Crime Completed 11219

Pagi itu awal-awal lagi Yasmin sudah hilang dari bilik. Adinda sedikit gelabah kerana pita rakamannya sudah pun hilang. Tidak mungkin dia salah letak. Hendak dituduh Yasmin, untuk apa pula dia mahu mengambilnya lagi pula ianya tiada kaitan dengan dirinya.

Wajah Adinda sudah berpeluh. Itulah sahaja bukti yang dia ada. Dia bingung memikirkannya. Lama dia termenung memikirkan pita rakaman tersebut. Jika pita tersebut jatuh ke tangan orang yang salah pasti nyawanya juga dalam bahaya.

Adinda bergegas ke kelas. Akibat terlalu memikirkan perihal pita tersebut dia sampai terlewat ke kelas. Mujur sahaja setibanya dia di kelas pensyarahnya masih belum masuk. Zaidi yang berada dibelakang Adinda memanggilnya.

Dengan muka menyampah Adinda memalingkan mukanya ke belakang.

“Kau nak apa Zaidi?”

Soal Adinda dengan nada yang sinis.

“Eh, kau janganlah sombong sangat Adinda. Malam ni jam 8.00 malam aku datang ambil kau di Asrama. Kalau kau tak turun, aku masuk asrama kau. Ok?”

Zaidi menyatakan hasratnya sambil ketawa bersama rakan-rakannya.

“Jadi kau ugut aku?”

Adinda menjeling Zaidi.

“Terserah kau rasakan ia satu ugutan atau kau memang mahu ditangkap bersama aku malam ini jika kau tidak turun.”

Adinda mengetap bibir mendengar kata-kata Zaidi. Memang lelaki ini gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience