BAB 3

Crime Completed 11219

“Adinda, whats going on with you? Tak pernah pun kau mengamuk sampai macam tu sekali.”

Soal Alisya yang semakin bingung melihat Adinda yang seakan kerasukan. Wajahnya berubah ketat dan kelat. Seperti ada sesuatu yang bertandang dalam fikirannya. Dia merenung Alisya tajam.

“Kau tahu mana Izati?”

Adinda bertanyakan kepada Alisya. Wajah Alisya pula berubah.

“Izati kan dah….”

Belum pun sempat Alisya menghabiskan ayatnya Adinda memintas kata-kata itu.

“DAH MATI?”

Alisya tersentak dengan herdikan Adinda.

“Semua orang tahu Izati dah mati, tapi tak ada siapa tahu kenapa Izati mati.”

Terbeliak biji mata Alisya mendengarnya.

“Mirah, Izati mati sebab bunuh diri Mirah. Terima la hakikat. Bukankah kita sama-sama tengok mayat Izati tergantung di kipas dulu? Apa kau lupa?”

Alisya seakan tidak puas hati.

Tiba-tiba Adinda ketawa berdekah-dekah dan terdiam. Tiba-tiba air matanya mengalir deras. Bibirnya terketar-ketar menahan sebak.

“Ya, kita semua lihat Izati mati bunuh diri. Tapi kau pasti dia bunuh diri?”

Soal Adinda kepada Alisya. Alisya hanya terdiam, matanya membutang memandang kearah Adinda. Menanti cerita seterusnya.

“Izati memang mati gantung diri pada zahirnya, tetapi pada aku, Izati mati dibunuh!”

Sekali lagi Alisya terperanjat mendengar penjelasan Adinda.

“Apa kau merepek ni Adinda?”

Soal Alisya.

Sekali lagi Adinda merenung Alisya tajam.

“Izati mati DIBUNUH! Zaidi yang bunuh dia. Malam sebelum Izati ditemui gantung diri dalam bilik tu, dia jumpa aku. Dia menangis ceritakan segalanya pada aku. Izati sebenarnya hamil. Hamil anak Zaidi. Tetapi bila Izati minta Zaidi bertanggungjawab dia enggan. Katanya anak itu bukan milik dia. Izati tertekan dan kerana itu Izati bunuh diri. Jika Zaidi mahu bertanggungjawab perkara seperti ini tak mungkin berlaku Sya. Tak mungkin! Zaidi Pembunuh!”

Alisya menangis semahu-mahunya. Izati adalah kembar Adinda. Mereka merupakan anak yatim piatu dan dibesarkan dirumah kebajikan masyarakat. Takdir menentukan mereka berpisah dalam keadaan sedemikian.

Izati pergi meninggalkannya di saat usia mereka masih mentah. Ibu bapa mereka pergi meninggalkan mereka ketika mereka berusia 3 tahun. Adinda terlalui merindui adik kembarnya itu. Alisya tergamam melihat keadaan Adinda. Kini baru dia mengerti mengapa Adinda terlalu bencikan Zaidi. Tetapi apa yang menjadi tanda tanya mengapa Adinda tidak melaporkannya kepada pihak polis? Dan mengapa keputusan bedah siasat tidak menyatakan mengenai kehamilan Izati? Alisya termenung seketika.

“Aku tahu apa kau fikir Sya. Mesti kau tertanya-tanya kenapa pihak polis tak nyatakan pasal kehamilan Izati kan?”

Adinda memandang Alisya yang sedang termenung seketika. Alisya sedikit kaget.

‘Bagai ada kuasa sakti pula perempuan sorang ini. Boleh baca fikiran orang.’

“Kau fikir Zaidi itu siapa? Dia kaya dan bapanya seorang ahli korporat. Apa kau fikir mereka mahu nama baik mereka terjejas? Bapa Zaidi dah uruskan segalanya dan bukti kehamilan serta pemilik DNA janin yang dikandungkan Izati sudah dihapuskan. Mesti kau tertanya macam mana aku tahu semua kan? Allah itu maha kaya Sya. Rahsia tak pernah kekal sebagai rahsia.”

Kata-kata Adinda itu penuh dengan makna tersurat.

Alisya sekali lagi tergamam dengan cerita Adinda.

“Sudahlah Alisya kau tak perlu fikir banyak. Sekarang jom kita balik asrama.”

Adinda memaniskan wajah dan terus mengajak Alisya pulang ke asrama mereka memandangkan hari pun sudah hampir senja. Gema ayat-ayat suci sudah mulai kedengaran sayup-sayup dari masjid yang berhampiran dengan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience