BAB 2

Crime Completed 11219

6 Bulan yang lepas…..

“Alisya!! Sini!”

Jerit Adinda dari hjung jalan sana. Adinda merupakan seorang gadis yang cantik dan menjadi kegilaan ramai lelaki. Ramai gadis-gadis yang sebaya dan sekelas dengannya mencemburui dia. Namun gadis ini seorang yang lemah lembut dan tidak sombong dan dia juga merupakan teman baik kepada Alisya.

Alisya terus menuju kearah Adinda sambil tersenyum simpul. Mereka sudah berjanji untuk pergi makan bersama petang itu selepas habis kelas. Setelah mendapatkan Adinda mereka berjalan beriringan menuju ke sebuah restoran berdekatan dengan kolej mereka. Sedang mereka sedang mengoder pesanan tiba-tiba seorang lelaki datang menegur Adinda. Zaidi Heris. Siapa yang tidak kenal jejaka ini. Rebutan gadis-gadis di universiti tersebut. Terkenal dengan kekacakkannya hingga membuatkan semua gadis tergila-gilakannya.

“Hai Adinda. How are you today?”

Sapa Zaidi Heris kepada Adinda. Mata Alisya tertancap kepada Zaidi yang duduk berhadapan dengannya. Adinda hanya membuat muka toya. Dia sudah kenal benar dengan sikap Zaidi yang kaki perempuan itu. Dia tidak akan sesekali melayan Zaidi. Padanya Zaidi tidak layak untuk dirinya.

“Apa yang kau mahu Zaidi?”

Soalan Adinda menyampah. Zaidi hanya tersenyum sinis. Dia memerhati gadis itu dari atas ke bawah. Adinda memalingkan mukanya. Tidak hinggin untuk melihat lelaki itu dihadapannya.

“Janganlah garang sangat Adinda. Aku cuma nak ajak kau keluar esok malam.”

Aidi cuba mengoda Adinda.

“What? Keluar? Dari keluar dengan kau lebih baik aku keluar dengan Monyet lah. Dasar lelaki buaya darat. Selayaknya kau ini diberi makan dek buaya.”

Adinda memegang tangan Alisya lalu terus membawanya berlalu pergi Adinda terpinga-pinga melihat karaktor Adinda yang terlalu lain hari ini. Tidak disangka wanita sesopan Adinda bias berkelakuan ganjil seperti itu.

Zaidi Heris hanya memrhati Adinda berlalu pergi. Dia menguntumkan senyuman yang sinis.

“Tak apa Adinda. Kau sombong kau belum kenal siapa aku.”

Kata-kata itu memberi seribu satu erti. Entah apa yang ada dalam fikiran Zaidi ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience