BAB 3

Romance Completed 9733

Tanpa disedari, air matanya mengalir. Tanda dia amat bersyukur.

“ Kenapa nangis?” Soal Iman pelik.

“ Awak duk diam sudah. Jom kita keluar. Saya nak balik cepat ni.”

Baru sahaja Mila nak melangkah keluar, dia terpijak sesuatu.

“ Eh?”

Mila tunduk lalu mengambil benda yang dipijaknya sebentar tadi.

“ Eh? Datang dari mana getah rambut berbunga tu. Cutenya.” Mila tersenyum hambar.

Tiba-tiba dia teringat seseorang yang ada kaitan dengan getah rambut ni.

**
“ Awak? apa yang awak beli tu?”

Mila menegur apabila daripada tadi Haris asyik leka memandang plastik hitam tersebut. Dah serupa orang angau.

“ Nak ke?” Duga Haris dengan sengihan.

“ Kenapa? Nak bagi ke? Saya okay je.”

Haris tersenyum lantas memberikan bungkusan kecil itu pada Mila.

“ Memang untuk awak pun. Nah. Jangan bagi hilang tau. Jaga baik-baik.”

Mila menjongket kening. Apa benda la.

“ Ha? Getah rambut? Berbunga pula tu.” Mila menyoal dengan kerutan di dahi.

“ Hehe. Awak mesti comel kalau ikat rambut guna getah rambut tu. jadi macam budak-budaklah sikit. Hihi.”

Mila terus tampar bahu Haris yang sedang ketawa itu.

“ Cis! Awak ni…”

“ Ingat tau. Pakai dan jaga baik-baik. Ikhlas tu.”

“ Okay fine!”

**
“ Mila? Hey! Kenapa ni?”

Mila tersedar sebaik saja disergah Iman. Dia pantas menyeka air mata yang ingin mengalir itu. ya Allah. Kenapa aku teringatkan dia lagi. Dia dah bahagia. Mungkin sudah melupakan aku. jadi buat apa aku ingatkan dia lagi?

“ Jom balik.” Ajak Mila lantas menuju ke arah lif.

“ Awak okay ke tak?”

“ Okay je. jangan risau.”

Sememangnya dia amat merindui lelaki itu. sepanjang tiga tahun ini, dia gagal untuk melupakan lelaki itu. Tapi dia bersyukur kerana dia dapat buat hidup lelaki itu bahagia. Dia tahu itu yang terbaik buat diri Haris. Walaupun dia tak tahu apa yang terjadi pada Haris. Dia sentiasa doakan yang terbaik untuk Haris.

“ Awak. saya nak cakap sikit boleh?”

“ Cakap jelah. Semenjak bila nak minta izin ni?”

Mila tunduk memandang lantai. lambat pula lif ni nak naik. Aku dah rasa lain macam je ni.

“ Awak masih tak dapat lupakan dia kan?”

Mila tersentak besar. Tapi tak pula dia mendongak memandang Iman.

“ Siapa?” Mila buat-buat tanya.

“ Jangan nak berdalih Mila. Saya tahu awak masih sayangkan Haris kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience