BAB 9

Romance Completed 9733

“ Awak apa khabar? Sihat?” Tajam Haris merenung dirinya saat itu. Sememangnya Haris sangat merindui Mila. Hanya Allah yang tahu betapa dia berusaha mencari Mila selama ini.

“ Erk.. saya sihat je. awak?” Mila masih tunduk memandang tanah. Perasaannya saat ini jangan cakaplah.

“ Tak. Luaran memang nampak sihat. Tapi dalaman tak. Hati saya tak sihat awak. saya rindukan awak. terlalu rindu. Dah lama saya cari awak. saya langsung tak pernah berputus asa untuk mencari awak. dan alhamdulillah. Allah pertemukan kita hari ini. dan tak sangka Arash kenal awak.”

Mila terdiam.

“ Untuk apa awak cari saya lagi? Kan saya dah kata jangan cari saya lagi. Saya tak bermakna apa-apa pun untuk awak Haris. tolonglah! Tolong jangan muncul depan mata saya lagi.”

Mila ingin melarikan diri daripada situ tetapi dia gagal. Haris sedaya upaya menghalang agar Mila tak berjaya melarikan diri.

“ Ya. Betul. Awak yang suruh saya jangan cari awak. tapi itu awak. bukan saya. Kalau saya dah kata sayang dan cintakan awak. itu bermakna selama-lamanya saya akan tetap cinta awak. that’s why saya tak penat cari awak Mila. Saya tahu awak pergi sebab kata-kata ayah saya kan?”

Mila terdiam lagi.

“ Saya minta maaf bagi pihak ayah saya. Dia dah menyesal awak. Dia dah terima balasan daripada Allah. Selepas awak pergi hampir seminggu. Dia tiba-tiba diserang strok. Dan sekarang dia hanya mampu duduk melihat dan mendengar. Dia dah lumpuh dan tak mampu untuk bercakap.”

Mila terbungkam. Ya Allah.

“ Dia juga yang suruh saya cari awak. dia nak minta maaf. Dia rasa sangat berdosa sebab buat awak macam tu. dia tahu dia salah.”

Mila sudah tak mampu untuk menahan air matanya daripada mengalir. Ya Allah. Adakah ini salah satu petunjukMu? Adakah benar dia jodohku ya Allah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience