BAB 1

Romance Completed 9733

“ Dahtu apa kina nak buat ni cik? Tinggal kita berdua saja, Semua orang rasanya dah balik.”

Jujur saat ini dia sedikit cemas. Mila memicit perlahan dahinya sambil berfikir. Dia pening. Bagaimana dia harus lakukan?

“ Okay macam ni, Kamu buat balik laporan tu semula dan lepastu letak di meja saya. Sementara tu saya akan pergi cari stok barang tengok-tengok kalau masih ada stok. Harapnya adalah stok, senang kerja kita. Lepas tu dah boleh hantar dekat syarikat tu.’’ Arah Mila, dia perlu segera memikirkan solusi dan buat masa ini, itu saja jalan penyelesaian yang terbaik.

“ Baik cik.”

Mila mencapai telefon bimbit yang berada dalam begnya. Lantas dia mendail nombor rumah.

“ Helo. Assalamualaikum. “

“ Waalaikumussalam. Nek. Mila ni.”

Mila melangkah ke arah lif untuk menuju ke stor. Dia perlu cepat. Kalau tidak syarikat tu akan tarik balik pelaburan dia.

“ Kamu ada dekat mana Mila? Dah pukul 8 ni. Banyak lagi ke kerja kamu tu?”

“ Nenek. Mila lambat sikitlah. Nenek makan dulu. Nenek jangan tunggu Mila balik tau. Sebab ada masalah sikit yang perlu Mila selesaikan. Nenek okay kan? Arish ada dekat situ tak?”

Apabila pintu lif terbuka, dia terus masuk dan tekan butang lif untuk ke tingkat paling bawah.

“ Arish ada. Kenapa?”

“ Bagi telefon dekat Arish kejap. Mila nak cakap sikit dengan dia.”

Ting!

Pintu lif pun terbuka. Tanpa berlengah, Mila pantas bergegas ke bilik stor. Di mana kebanyakan stok barang yang nak habis tersimpan dekat situ. Dia perlu cepat.

“ Helo.”

“ Helo Arish. Akak nak minta tolong sikit daripada kamu ni. Tolong jaga nenek. Jangan lupa bagi nenek makan ubat sebelum tidur. Kalau boleh kamu duduk situ sampai akak balik. Boleh kan?”

“ Okay kak. Akak lambat lagi ke? Kalau lambat Arish nak stay je sampai pagi esok. Esok pagi baru Arish gerak balik KL.”

“ Akak pun tak tahulah. Kalau Arish rasa boleh stay. Akak sangat-sangat bersyukur.”

“ Jangan risau kak. Nenek tu dah Arish anggap macam nenek Arish juga. Akak buatlah kerja akak tu. Jangan balik lewat sangat. Arish letak dulu. Assalamualaikum.”

“ Okay. Terima kasih Arish. Sama-sama.”

Mila menghembus nafas lega. Mujurlah adik angkatnya tu ada. Kalau tak dia tak tahu nak buat macam mana. Dahlah nenek tinggal seorang dekat rumah tu. kalau dia tiada nenek keseorangan. Ya Allah. Lindungilah mereka.

Mila membuka pintu stor dan membuka lampu. Terhambur keluhan kecil daripada mulutnya. Banyaknya barang. Agaknya sampai pagi esok pun belum tentu aku akan jumpa. Haish! Kau tak boleh macam ni Mila. Mana semangat kau? You can do it Mila!

Tanpa melengahkan masa, Mila memulakan misi pencariannya. Dari kiri dia ke kanan. Sampai terpaksa tunduk ke bawah meja. Terlalu banyak kotak kosong yang perlu dia buka. Sampai satu tahap dia rasa nak nangis je. Sebab barang yang dia nak belum dijumpai.

“ Astagfirullah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience