BAB 4

Romance Completed 9733

Mila mengetap bibir. Ya Allah. Sememangnya dia seorang kawan yang sangat faham perasaan aku. Iman. Semenjak aku masih kerja di sini, dialah yang banyak membantu aku dan sedia mendengar segala luahan hati aku. tapi maaf… Aku masih belum dapat buka hati untuk dia even aku tahu dia ada perasaan dekat aku.

“ Kenapa saya perlu ingat dia lagi? Dia dah tak ada apa-apalah dalam hidup saya Iman. Dia kisah silam saya.” Mila masih menafikan perasaan dia.

Iman tersenyum sinis.

“ Awak boleh tipu saya. Tapi awak tak boleh tipu hati awak. sejauh mana pun awak mengelak, awak tak dapat tipu yang awak masih sayangkan Haris. Saya tahu.”

“ Ya. Memang saya sedang rindukan dia tapi tak bermakna saya masih cintakan dia.” akui Mila.

Iman tersenyum hambar. Akhirnya dia mengaku juga.

“ Kenapa awak tak cari dia?”

“ Berhak ke saya untuk cari dia? jangan-jangan dia dah bahagia sekarang.”

“ Mana awak tahu dia bahagia? Jangan-jangan dia sedang cari awak sekarang. Awak mana tahu? Kalau dah jodoh, lari lah ke hujung dunia pun. Tetap akan bersama. Cuma awak ego Mila. Awak ego. Hanya kerana ayah dia tak suka awak. awak terus lari daripada dia. sepatutnya awak kena lawan dan harungi bersama dia. bukan lari macam pengecut ni. awak perlu berjuang Mila.”

Mila terbungkam. Air matanya mengalir lagi tanpa dipinta.

“ Awak tak tahu apa yang saya rasa! Awak tak pernah dihina sedemikian. Jadi mudahlah awak cakap macam tu!” Bentak Mila.

Apabila pintu lif terbuka, dia pantas melarikan diri daripada situ.

Iman yang melihat hanya mampu menggeleng. Sebab saya faham saya cakap macam tu Mila. Sebab saya sayang awaklah saya tegur awak. saya tak nak awak terseksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience