BAB 10

Romance Completed 9733

“ Mila. Percayalah… Sejauh mana pun awak lari. Saya tetap takkan lepaskan awak. saya cintakan awak. Dan sebab Allah suruh saya jangan berputus asa untuk cari awak, saya jumpa juga.” Haris tersenyum kecil. dia rasa bahagia sungguh saat ini. ternyata usahanya selama ini tidak sia-sia.

“ Mila..”

“ Maaf. Saya nak balik.”

Belum sempat Haris nak menghalang, Mila terlebih dahulu melarikan diri daripada situ. Berlari dengan linangan air mata.

Haris hanya mampu melihat daripada jauh. Dia tahu hati Mila sakit selama ini. Mata Mila tak dapat menipu.

‘ Ya Allah. Terima kasih kerana pertemukan kami kembali. Aku tahu dia jodoh yang kau sampaikan buatku. Ya Allah. Tolong lembutkan hati dia agar terima aku. Aku terlalu sayangkan dia.’

**
“ Mila. Percayalah… Sejauh mana pun awak lari. Saya tetap takkan lepaskan awak. saya cintakan awak. Dan sebab Allah suruh saya jangan berputus asa untuk cari awak, saya jumpa juga.”

Kata-kata itu terus bermain dalam fikirannya. Dah seminggu berlalu semenjak peristiwa itu. Tapi dia masih tak dapat lupakan wajah dan kata-kata Haris tempoh hari. Ya Allah. Terubat rindu aku pada dia.

“ Awak.”

Mila yang ralit termenung tadi tersedar apabila ditegur seseorang.

“ Eh? Iman. Bila masa awak masuk?”

Mila buat-buat membelek dokumen. Sedangkan dia langsung tak dapat tumpu pada kerja saat ini. fikirannya bercelaru semenjak pertemuannya dengan Haris tempoh hari.

“ Dah lama saya ketuk pintu tadi. Tapi tak menyahut. Jadi saya masuk je lah. Awak ni okay ke tak?”

Iman duduk di depan Mila dengan kerutan di dahi. Dia tahu Mila ada masalah. Sebab daripada semalam lagi apa saja yang Mila buat ada ja yang tak kena.

“ Saya okay. Maybe penat sikit. Sebab kerja banyak kan? Kenapa awak tak balik lagi?”

Mila merenung ke luar tingkap. Hatinya tiba-tiba rasa rindu pada seseorang. Ya Allah. Adakah dia turut merindui diriku?

“ Mila.. Awak masih cintakan dia?” Mila tersentak apabila tiba-tiba Iman tanya soalan sebegitu.

“ Kenapa awak tanya?”

“ Sebab saya nak tahu.”

“ Perlu ke awak tahu? Saya masih cintakan dia ke tak ke. Dah tak ada maknanya Iman. Saya tak layak untuk digandingkan dengan dia. itu kisah lalu. Saya tak nak ungkit lagi.” Mila tunduk memandang kaki.

“ Tapi saya ada. Saya cintakan awak Mila.” Akhirnya, Iman berjaya meluahkan apa yang dia rasa selama ini. Yang dia pendam selama ini.

Mila tersentak lantas terbangun daripada kerusi. What?

“ Benar. Saya tak tipu. saya cintakan awak Mila. Sudi tak awak jadi suri hati saya?”

Mila terdiam. Ya Allah. Kenapa semua ini harus terjadi? Kenapa Kau benarkan dia cintakan aku. aku tak nak Ya Allah. Sememangnya saat ini hati aku tak dapat terima orang lain lagi selain dia.

“ Tapi saya…” Kata-kata Mila terhenti apabila matanya menangkap satu kelibat. Kelibat yang dia baru terfikir tadi. Dan kelibat itu masuk ke dalam bilik kerjanya.

“ Mila..”

Iman dan Mila. Masing-masing terkedu melihat kehadiran insan itu. Macam mana Haris tahu keberadaan Mila?

“ Mila? Siapa ni?” Soal Iman dengan tanda tanya.

“ Aku Haris. Bakal suami Mila.” Haris memperkenalkan dirinya. Iman yang mendengar terkedu seketika.

“ Maafkan aku. Tapi dia cintakan aku bukan kau. Walaupun dia boleh tipu orang lain tapi tidak aku. Aku dah kenal dia lama. Dan mulai saat ini aku takkan lepaskan dia lagi.”

Haris tersenyum kecil dengan riak yang tenang. Matanya langsung tak berkalih daripada melihat Mila. Mila sangat terkejut saat ini.

“ Aku Iman. Dan tahniah kerana kau berjaya jumpa dia. aku doakan kebahagian korang berdua. Aku pun tahu dia masih cintakan kau. Aku harap lepas ni tiada lagi halangan daripada korang berdua.” Ujar Iman sebelum berlalu daripada situ.

Mulai saat ini dia hanya mampu berdoa yang terbaik untuk Mila. Walaupun dia sakit menahan rasa cinta itu tapi dia sanggup berkorban. Itu semua demi kebahagiaan Mila. Mila.. Saya harap awak bahagia dengan Haris. Saya yakin dia jodoh yang Allah sampaikan untuk awak.

Kini hanya tinggal mereka berdua. Keadaan kembali sunyi sepi. Tiada seorang pun yang ingin membuka mulut dahulu. Masing-masing lebih memilih untuk mendiamkan diri.

“ Macam mana awak tahu saya kerja dekat sini?” Akhirnya Mila mengalah dan bertanya. Dia tak sanggup asyik direnung oleh Haris.

“ Arash beritahu. Awak.. saya datang nak jemput awak balik KL.”

Mila tersenyum sinis.

“ Untuk apa? untuk sakitkan hati saya lagi? Dahlah awak.”

“ Untuk jadikan awak isteri saya yang sah.” Mila terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience