BAB 2

Romance Completed 9733

Mila mengurut dadanya perlahan apabila tiba-tiba ada seekor tikus lalu di depan matanya. Ya Allah. Buat aku terkejut je tikus ni.

“ Mana ni? ya Allah. Bantulah aku. Nak cari sekotak ja pun. Tapi tu pun.. Allah!”

Mila menyeka peluh yang mula menitis. Kotak tu kecil. tapi dekat sini banyak kotak besar. Tak salah aku rantai tu masih ada. Satu lagi je yang tinggal. Tapi diorang letak mana?

“ Boleh saya tolong?”

“ Astagfirullah!” Mila mengurut dadanya perlahan apabila secara tiba-tiba disergah. Dua kali dah. Mahu aku pengsan juga kot nanti.

“ Maaf.”

Mila menoleh ke belakang. Dia buat muka geram. Rasa nak tumbuk je muka dia tu. huh!

“ Cari apa?”

“ Cari kotak kecil warna merah. Dalam tu ada rantai.” Ujar Mila sambil meneruskan pencariannya.

“ Biar saya tolong. Saya tengok dah nak dekat setengah jam awak cari.”

“ mana awak tahu saya ada dekat sini?”

“ Luqman beritahu. Dia pun sedang gigih siapkan sesuatu. Kenapa awak tak beritahu saya?”

“ Saya ingat awak dah balik.”

Akhirnya, mata Mila tertancap pada satu kotak merah yang berada jauh bawah meja komputer. Dia tunduk dan mencapai kotak tersebut. Apabila dibuka, dia mengucap syukur.

“ Alhamdulillah. Akhirnya jumpa juga. Terima kasih ya Allah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience