BAB 5

Romance Completed 9733

Matanya tak lepas memandang perilaku Mak Siah yang sedang sibuk di dapur ketika. Mata ja tengok tapi fikiran melayang entah ke mana. Kejap-kejap senyum. Kejap-kejap muram. Sampai naik hairan Mak Siah dibuatnya.

“ Dah kenapa dengan cucu nenek yang sorang ni.” Suara Mak Siah setelah lama berdiam diri.

“ Tak ada apa-apa. Arash dah balik sana ke?” Mila mencapai roti lalu memasukkannya ke dalam mulut.

“ Ada lagi. Entah bangun lagi ke tak nenek pun tak tahu. Kamu bila nak pergi kerja? dah lewat ni. selalunya masa la kamu dah gerak.”

“ Cuti. Mila ambil cuti sehari. Penat asyik hadap kotak-kotak ja.”

Mila ambil cuti bukan sebab itu. Tapi sebab Iman. Dia rasa bengang dan malu dengan Iman. Gara-gara hal semalam.

“ Assalamualaikum nek. Akak.” Arash pun muncul bersama senyuman.

“ Bangun pun kau. Akak ingat tak bangun lagi. Pukul berapa nak bertolak balik ke KL?” Soal Mila lantas menghabiskan sarapannya.

“ Kejap lagi nak balik la ni. Papa dan mama jemput akak dan nenek ke sana. Katanya rindu.”

Mila tersenyum kecil.

“ Nenek okay je Arash. Akak kamu ni je yang tak nak. Kejap busylah. Kejap penatlah. Macam-macam alasan dia.”

Mila tersengih. Tahu yang neneknya tengah menyindirnya. Ada sebab mengapa dia tak mahu menjejakkan kaki ke KL. Sebab siapa lagi kalau bukan Haris. Dia takut terserempak dengan Haris. Dia tak nak.

“ Ala kak. Jomlah. Papa dan mama rindu akak ni. katanya dah lama tak jumpa. Ni pun nasib baik Arash datang. Tu pun sebab ada hal. Kalau tak bila lagilah nak jumpa. Ya tak nek?”

“ Betul tu Arash. Entahlah. Akak kamu ni degil sangat. Nenek pun tak tau nak kata apa dah.”

Mila tunduk memandang jari. Haih.. Rasa serba salahlah pula.

“ Tapi kita pergi sehari je. tak nak tidur sana. Esok akak kerja. boleh?” Akhirnya Mila mengalah. Dia tak nak terlalu ikutkan ego dan rasa takut. Sampai bila dia harus lari? Kalau dah takdir Allah dia akan dipertemukan dengan Haris. Dia tak dapat mengelak.

“ Yeay! Akhirnya. Dah..nenek dan akak cepat pergi siap. Arash tunggu dekat luar.”

Badan Mila ditolak Arash dengan senyuman. Mila pula hanya menggeleng melihat telatah adik angkatnya itu.

“ Akak tahulah. Ingat akak ni patung ke?”

“ hehe…”

**
Dua jam telah pun berlalu semenjak dia sampai ke rumah orang tua angkatnya itu. sebenarnya dia tak sangka dia akan ada keluarga angkat. Semua ni berlaku terlalu cepat. Semuanya kerana Arash.

Setahun yang lalu, Mila telah berjaya selamatkan Arash dengan mendermakan darah pada Arash. Kerana masa tu Arash kemalangan dan kehilangan banyak darah. Tak tahu kenapa dia tergerak hati untuk mendermakan darahnya pada Arash. Dan mulai pada hari tu, keluarga Arash terus ambil dia sebagai anak angkat. Arashlah orang paling bahagia masa tu. dia sendiri pun tak sangka. Alhamdulillah.

“ Termenung apa tu Mila?” Muncul Puan Hayati bersama senyuman.

“ Eh mama. Tak adalah. Cuma teringat sesuatu.” Mila membalas senyuman ibu angkatnya itu.

“ Teringatkan siapa? buah hati erk?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience