BAB 7

Romance Completed 9733

“ Arash nak kenalkan akak dengan seseorang. Akak tunggu kejap.” Mila terdiam. Patutlah ceria je tadi. Adoi Arash ni.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Muncul seorang perempuan bertudung ke arah mereka dengan senyuman manisnya itu. Mila memandang mereka berdua silih berganti lantas tersenyum. Pandai Arash pilih.

“ Buah hati Arash erk?” Usik Mila.

“ hehe. Nampak gayanya macam tu lah.” Mila tertawa kecil.

“ Dah. Duduk. Jadi tujuan Arash bawa akak ke sini?”

“ Nak minta restu akak dan nak tunjuk dekat akak siapa orang yang berjaya menambat hati Arash.”

Mila tersenyum lagi.

“ Kenapa mesti akak? Papa dan mama?”

“ Mereka dah tahu lebih awal. Sekarang giliran akak. Maaf beritahu lambat.”

Mila merenung perempuan di sebelah Arash dengan senyuman. Dalam hati dia rasa bersyukur kerana Arash pandai pilih. Pada masa yang sama dia teringat seseorang. Argh! Dia lagi!

“ Mereka okay ke?”

“ Alhamdulillah okay.”

“ Kalau mereka okay akak pun okay. Tapi ingat! Jaga batas pergaulan kamu berdua. Selagi belum halal selagi tu ada batas-batasnya. Faham?”

“ baik maam!”

Akhirnya kami sama-sama ketawa. Ya Allah. Semoga jodoh mereka berkekalan. Jangan lah mereka jadi macam aku. Aku tak nak mereka derita.

“ Akak tiba-tiba rasa nak makan ais krim. Ermm.. siapa nama buah hati Arash ni? lupa pula tanya.”

“ Syafika.” Alahai. Lembutnya suara. Patutlah Arash terpikat.

“ Ha Fika. Jom teman akak beli ais krim. Arash duduk sini. Jangan ke mana-mana.”

“ Okay!”

Aku melihat Syafika dengan senyuman kecil.

“ Akak harap Syafika mampu jadi yang terbaik untuk Arash. Kalau bergaduh tu perkara biasalah. Tanda sayang kan?” Sempat lagi Mila berikan pesanan untuk mereka berdua.

“ Terima kasih kak.” Syafika mengucapkan terima kasih pada Mila kerana sudi berikan nasihat.

“ Okay. Dah Syafika pilih nak yang mana. Akak belanja.”

“ Ermm.. vanillah kak. Arash tu coklat.”

“ Okay. Pakcik. Vanila dua. Coklat satu.” Pesan Mila lantas bergerak ke tepi bagi memberikan laluan pada orang di belakangnya untuk membuat pesanan.

“ Pakcik. Vanila satu.”

Mila yang sedang elok tersenyum tadi terus mati senyumannya. Dia terkejut mendengar suara itu. suara yang telah lama dia tidak dengari. Dengan rasa takut dia menoleh ke belakang.

“ Mila!”

Mila tersentak. Ya Allah. Haris!

“ Mila? Mila kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience