BAB 6

Romance Completed 9733

Mila tersenyum pahit. Buah hati?

“ Mana ada buah hati mama. Mila still single. Lagipun tak ada siapa pun yang nakkan Mila ni.”

Mila tersenyum dalam kepahitan. Tiba-tiba muncul satu wajah difikirannya. Haris!

“ Mila je yang terlalu merendah diri ni. Ada je yang nak. Kan?” bahu anaknya itu dirangkul erat.

“ Mama. Terima kasih. Mila beruntung kerana mama sudi ambil Mila sebagai anak angkat. Dapat juga Mila merasa kasih sayang seorang ibu setelah lama tidak merasa. Terima kasih mama.” Ujar Mila dengan nada sayu. Dia sedih dan terharu.

“ Mama yang sepatutnya ucap terima kasih. Kalau Mila tak ada masa tu. Maybe Arash dah tiada dalam dunia ni. terima kasih sayang.”

Akhirnya Mila memeluk erat ibunya dengan linangan air mata. Sememangnya dia seorang wanita yang murah dengan air mata. Tapi dengan air mata jugalah dia berjaya bangun dan kuatkan dirinya semula.

“ Mama. Akak. Arash nak bawa akak pergi ronda KL. Boleh tak?”

Mila meleraikan pelukan dan menyeka air mata yang mengalir tadi. Dia tersenyum pada Arash.

“ Nak pergi mana? Jangan bawa jauh-jauh. Nanti lewat pula balik.” pesan Puan Hayati.

“ Baik boss! Jom akak.”

Mila hanya mengangguk lantas menyalami Puan Hayati. Tudungnya yang senget itu diperbetulkan sebelum masuk ke dalam kereta. Ya Allah. Tolong bawa pergi kesedihan ini. aku tak nak percutian hari ni berlalu dengan rasa kecewa.

**
Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman
One, two, three, four.

Mila tertarik apabila mendengar lagu itu. Lantas dia menguatkan volume suara. Arash di sebelah sudah turut serta menyanyi. Mila tersenyum.

Pagiku mula dengan cinta
Cintaku dengan gitar lama
Hari-hariku hanya denganmu
Nyanyi sama o-o-o-o-oh...

Terus bergerak jumpa teman
Singgah sebentar supermarket
Terlihat gadis muka yang manis
Nyanyi sama o-o-o-o-oh...

Denganku, denganmu
Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh

Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Kalau dah pandang jangan malu
Tidak salah tuk mengenali
Siapa kata kamu tak cantik kalau senyum? (tiada masalah)
Siapa kata aku mengata kalau senyum? (tiada masalah)
Ok, tiada masalah
Tiada masalah

Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh
Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Aku senyum, kau senyum
Dunia turut senyum
Senyumlah bersama

Senyumlah semua
Dunia turut senyum

Senyum bersama semua
Senyum, senyum
Tiada seindah senyumanmu
Senyum, senyum selalu

Senyum, senyum denganku
Tarapapapa

Senyum
Tarapapapa
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Mila mengerling ke kiri. Arash sudah tersenyum puas selepas menyanyikan lagu tadi. Aku pun jadi nak senyum selepas dengar lagu tadi. Comel je.

“ Jadi.. akak senyumlah macam penyanyi tadi kata ye? Kerana senyumamu yang manis dan indah.”
Mila tertawa kecil.

“ amboi. Pandai dah dia.”

Arash tersengih sambil menggaru keningnya.

“ Kita nak ke mana?”

Mila tengok sekeliling. Dah masuk kawasan taman ni. besar dan ramai orang. Macam best je.

“ Dah sampai pun. Jom.”

Mila keluar daripada kereta dan mengikut langkah Arash. Wah! Rasa tenang je bila ada dekat sini. Bebas tanpa masalah.

“ Kita ambil tempat strategik sikit okay?” Mila hanya mengangguk. Apa-apa jelah Arash oii.

Akhirnya, Arash ambil tempat tepat di hadapan tasik yang nyaman bila dipandang.

“ Okay. Akak duduk sini. Arash duduk sini.”

Kami duduk saling bertatapan. Mila sendiri tak tahu apa yang ingin dilakukan Arash tapi dia hanya menurut.

“ Okay… Jadi?” Mila menyoal dengan kerutan di dahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience