BAB 2

Romance Completed 16165

" Mana lah budak 4 ekor ni? Kata pukul 4:30.. ni dah nak pukul 5, batang hidung pun tak nampak", omel Mia yang sudah sampai pusat sukan 'Friendly Climb'. Tempat orang nak panjat batu. Dia merasa bosan. Antara mereka berlima hanya dia yang obses soal waktu ni. Yang lain pula obses jadi princess. Nak sukan pun kena melawa. Apa nak jadi la.

Salah satu kegiatan 5 sahabat ni begitu ekstrem dan daring. Mereka sangat suka memanjat batu sejak 2 tahun lepas. Semua ni angkara Lisha. Setelah menonton 'The extreme race', dia beria-ria mengajak sahabat-sahabatnya memanjat batu. Pada awalnya mereka menolak tapi semakin lama rasa ketagihan pula. Dalam seminggu sekali mesti mereka kesini bahkan staff disana yang lama dan baru sudah masak dengan keberadaan mereka. Dah kamcing lah gitu.

"Kalau nak shopping, semua macam harimau bintang..", dia bercakap seorang diri.

Tak lama kemudian dicelah-celah tempat parking tu Mia nampak kelibat kereta Lisha.

"Aaaa~ datang pun seorang", dari jauh nampak Lisha tersengih macam kerang busuk. Turun dikereta pun ada gaya pengantin yang terlebih control ayu. Tergeleng-geleng Mia dibuatnya.

"Hai darling girl~", Mia dipeluk Lisha yangbaru datang. Pipinya juga dicium.

"Hish! Tak senonoh betul kau ni!", pipi yang dicium bertempel lipstik. Nampaknya tak payah nak pakai blusher lah ye. Pipi dah merah macam tomato.

" I just wanna kiss my friend. Tak boleh ke?"

" Tak payah la kau jadi Angelina Jolie kat sini, okay? Geli aku tengok! Tak padan dengan rupa"

"Amboi~ jealous ke???"

" tak ada maknanya aku nak jealous. Tengok unta kat padang pasir lagi best"

Lisha masih dengan gaya mat saleh nya. Naik bulu roma Mia. Gele-geleman!

" Girls!!!", Sampuk Ari. Entah dari mana dia datang tiba-tiba je muncul.

"Opocot!!"

"Mak!!"

Telompat Mia dan Lisha akibat terkejut. Nak gugur jantung!

Ari yang menyaksikan reaksi mereka ketawa macam pontianak mengilai. Sakit perutnya menahan tawa yang tersisa.

" apa lah korang bedua ni. Lemah semangat betul"

" oi gila! Kalau kau datang magic macam tu siapa pun tekejut tau tak?!",marah Mia. Dia memang pantang disapa begitu lebih-lebih lagi kejadian yang menimpa dirinya waktu kecil membuatkannya fobia.

"Alaaaaa~ sorry la kawan~ eh? Baru kita bertiga je ke kat sini? Anie & Fuzah?"

" Tu la yang nak ditunggu. Korang ni buang masa betul. Dah la datang lambat", kata Mia dengan nada sebal.

" alahai~ jangan marah ye.. dah lah jom kita masuk. Pandai la diorang cari kita nanti", Lisha terus menarik tangan mereka dan masuk kedalam.

Ternyata nasib mereka begitu baik. Tak ramai yang nak panjat batu hari ni. Jadi senang la nak pilih dinding. Lagipun mereka rapat dengan pekerja disana. Peluang nak dapat discount memang cerah.

Setelah menyimpan barang di locker, mereka terus mendapatkan Amran, salah seorang staf disana. Amran adalah seorang graduan dalam bidang Kejuruteraan. Namun kesulitan mencari kerja membuatkannya bekerja disini sambil mengambil pengalaman.

" Hari khamis je muka korang. Takde orang lain ke?", usik Amran.

"Amboiii~ halau kitorang nampak", mereka bertiga sengaja memasamkan muka. Kalah lemon.

" Bukan halau. Tapi aku nak juga cari girlfriend. Kalau asyik lepak dengan korang je, perempuan mana yang sangkut ngan aku?", Amran buat muka sedih ibarat pemain sinetron murah.

Kata-kata Amran disambut dengan tawa bagai nak rak ketiga-tiga gadis tu. Lucu pulak sepertinya si Amran ni desperate nak cari girlfriend. Berubah wajah lelaki itu dari manis jadi masin. Nasib tak hitam.

"Oi mangkuk! Aku fikir apa tadi. Kalau kau nak girlfriend, ni ha Mia masih single", Lisha memeluk bahu Mia.

Mia teraksima. Mulutnya secara automatik menjadi penyangkut baju. Panjang kedepan. Nak termuntah dia mendengar Lisha mem-promo dirinya untuk digandingkna dengan si Amran. No! Never!

"Kau jangan Lishaaaa..." , Mia sudah menghadiahkan Lishacubitan yang bertalu-talu.

" aduh! Sakit la weii!! Habis lebam lengan aku ni ha", Lisha mengusap lengannya yang merah akibat cubitan berbisa Mia.

" tu la.. lain kali jangan buat lawak gila, okay?", Mia menghadiahkan senyuman masam-masam manis untuk Lisha.

Gadis itu buat muka. Tak lama selepas mereka bersenda gurau, Anie dan Fauzah muncul.

" haaaa~ datang pun. Ingat tak jadi tadi", kata Ari.

" sorry girls~ ni si Fauzah sakit perut melampau", mata Anie dilirik pada Fauzah.

Fauzah menampar bahu Anie. "Kau ni cakap tak betepis! Pecah rahsia aku".

" hmmm.. patut laa ada bau yang mengerikan", Mia buat aksi tutup hidung. Yang lain hanya ketawa.

5 sahabat itu akhirnya memulakan aktiviti panjat batu mereka dengan ragam masing-masing. Seperti biasa Amran menjadi pak guard tak dibayar untuk mereka semua.

Seperti biasa Amran menjadi pak guard tak dibayar untuk mereka semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience