BAB 11

Romance Completed 16172

Detakan jantung Anie masih laju dari biasanya. Penangan Raykal begitu kuat hingga tak terkawal. Perasaan apa yang telah meresap dalam dirinya? Terasa begitu asing sekali. Pelik padahal dia baru saja mengenali lelaki itu.

Renungan disebalik kaca mata, ketika tubuh itu memeluknya, hangat nya terasa. Senyuman itu mencuri hati.

"Wei Anie! Sedar diri itu sikit! Dia takkan pandang perempuan macam kau. Lelaki berjaya macam dia nak ke orang yang masih belajar? Apa lagi mempunyai masa lalu yang serba serbi kabur?", hati nya bermonolog. Namun dia tidak dapat menipu perasaan nya sendiri. Entah sampai bila keindahan ini bakal berterusan?

Dia ingin terjaga. Baru dia sedar ada satu lagi kejutan menantinya. Surat origami! Dia pergi keruang tamu dan melabuhkan punggung atas sofa empuk itu. Begnya dibuka lalu origami itu di buka lipatannya.

" Duhai gadis yang riang diluar tapi kesepian menguasai jiwa mu nan indah

" Duhai gadis yang riang diluar tapi kesepian menguasai jiwa mu nan indah...

Segala kekacauan dalam hidup kau terjadi bermula dengan perkataan 'Fitnah'. Kau sendiri tahu kan yang dosa fitnah tu lagi besar dari dosa membunuh orang? Kata orang kerana mulut, badan binasa.

Tapi ye lah kan. Kita manusia ni tak pernah merasa puas dengan apa yang kita ada. Contoh nya kau. Ayah kau limpahi kau dengan kekayaan harta dunia sejak kau kecil lagi tapi pernah tak kau merasa puas? Pernah tak kau rasa ada sesuatu yang hilang? Kau seakan terus mencari benda yang mustahil supaya hidup terasa cukup.

Hubungan mak dan ayah kau jadi porak peranda sebab ada yang cemburu tengok mereka bahagia. Seorang lelaki guna taktik kotor dan menghancurkan semuanya. Tu sebab mak kau mesti tinggalkan kau 15 tahun lalu, my dear.

Aku tengok ayah kau macam jadi robot sekarang. Dia bagaikan mayat hidup. Apa perasaan kau after tahu semua ni? Apa yang kau nak buat, gadisku?"

Anie rasa seperti ada batu bersar dibaling kearahnya.

" ya Allah.. Adakah ini kebenaran yang ingin KAU tunjukkan pada aku? Begitu besarnya penderitaan dan beban yang dipikul oleh mereka berdua", air mata jernih gugur dari mata cantik itu. Jika benar apa yang ditulis, dia ingin menyiasat lagi tentang kebenaran nya.

Minda Anie berfikir dan dia tahu siapa yang patut disoal siasat tentang semua ini. Pastinya Mak Dara! Kali ini dia tidak peduli lagi. Kebenaran perlu diungkap! Rimas rasanya bila dibelengu pertanyaan demi pertanyaan seperti ini.

Dalam perjalanan kerumah lama, perasaan Anie bercampur baur. Jika benar apa yang diberitahu oleh si pengirim misteri dia harus melakukan sesuatu. Itu ertinya ayah melakukan satu kesilapan besar. Mana lah tahu keluarganya boleh bersatu semula. Apa pun, mak Dara tentu ada setiap jawapan.

Anie bangun sebaik saja naik matahari. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, kunci kereta digapai, kereta dihidupkan, terus dia menuju kerumah lamanya.

Lagu 'Jomblo Happy' bergema diseluruh dapur menceriakan lagi suasana. Mak Dara kelihatan begitu asyik memotong bawang. Juadah makan petang hari ini adalah ikan rebus, sayur bayam dan nasi. Baru kemarin dia menonton video masakan di You Tube. Rasa kecur liurnya nak masak ikan rebus.

Korang jangan tak tahu. Mak Dara ada handphone tau! :p

Anie yang berada diluar rumah hairan kenapa salamnya tidak dijawab. Kedengaran bunyi muzik kuat dari dalam rumah.

"Amboi mak Dara ni~ orang tak ada kat rumah dia nak berdang dut pulak ye. ", Anie tersengih nakal. Dia mencari kunci kecemasan dibawah pasu dekat pintu rumah. Memang sengaja diletakkan disana supaya kalau ada apa-apa dapat terus masuk rumah je.

Setelah berjaya membuka pintu rumah, Anie pun masuk kedalam. Dilihatnya suasana rumah itu tidak banyak perubahan. Masih sama seperti sedia kala. Ada perasaan rindu bertandang dihati. Ye lah kan. Walaupun hidupnya dirumah ini kebanyakkannya suram tapi ini lah rumahnya dari kecil. Meskipun begitu sekarang dia lebih selesa hidup berdikari tanpa bergantung pada sesiapa.

Bunyi muzik kuat makin nyaring kedengaran dari dapur. Anie melangkah berhati-hati takut kantoi dengan mak Dara.

Dia menyembunyikan diri disebalik pintu. Nyanyian mak Dara yang serba fail hampir membuatkan dia meletus ketawa. Bukan main lagi lenggang lenggok nya. Aduhai orang tua ni~ pelahan-lahan dia melangkah dan berdiri dua langkah dari kedudukan mak Dara.

" Ada yang nak beli kuih tak?!!!"

Suara nyaring itu mengejutkan mak Dara. Secara reflex dia memusingkan badannya kebelakang.

"Ya Allah makkk!!!! Jangan curi! Jangan rogol! Jangan rompak aku orang tua eh!"

Anie ketawa bagai nak rak. Misinya untuk mengenakan mak Dara ternyata berhasil! Latahannya makin menjadi-jadi nampak~

"Hahahahah!!!! Got ya!", kata Anie yang terhinggut-hinggut ketawa. Bahunya ditampar-tampar oleh mak Dara meskipun gadis itu cuba mengelak. Perasaan terkejut mak Dara masih belum surut. Si Anie ni tak boleh tengok dia senang sikit ada saja usikan yang bakal diterima.

" Budak Anie ni nak bunuh mak Dara agaknya", pura-pura dia buat mimik muka marah dan merajuk.

"Alolololo~ jangan lah bermasam muka, mak Dara~ Anie acah je la. Rindu sangaaatttt!! Mak Dara tak rindu Anie ke? Ataupun memang lega sebab tak payah nak buat breakfast untuk Anie lagi? ", tubuh gempal itu dipeluk kuat-kuat. Sungguh tumpah kasih pada mak Dara tak pernah berkurang. Pelukan itu dibalas mak Dara. Masing-masing menghilangkan rindu.

Mendengar luahan Anie terus lembut hati wanita itu. Kepala Anie diusap perlahan-lahan. ",

Mestilah rindu. Anie tak ada kat rumah, mak Dara sunyi tapi jangan la buat mak Dara tekejut macam tu. Kalau pengsan Anie ni mampu ke angkat?"

"Hehe.. kalau Anie tak dapat angkat, Anie suruh je pak Kasim sebelah rumah tu bagi CPR kat mak Dara. Itu tentu sedar terus punya", dalam keadaan macam ni pun nak mengusik lagi. Merah pipi mak Dara. Baru je sesi bermanja.

"Malas mak Dara nak layan Anie. Masak lagi bagus". Pelukan dilepas, sengaja mak Dara menumpukan perhatian pada masakkannya.

Melihat mak Dara menyerah kalah, Anie tersenyum menang.

"Mak Dara Anie lapar", berbunyi perut si Anie. Macam budak kecil je gayanya. Leher wanita itu dipeluk. Percikan minyak dari masakan tidak dipeduli.

Wanita itu memandang Anie. " anak perempuan mak Dara ni nak makan apa?"

" nasi goreng.."

"Pattaya", mak Dara mengagak. Dia tahu Anie memang suka nasi goreng Pattaya buatannya.

Gadis itu tersenyum lalu mengangguk. Akhirnya dia dapat merasa masakan yang dirindui. Walau begitu sebenarnya hatinya melonjak-lonjak ingin mengetahui kisah yang terjadi 15 tahun dulu namun dia kena berhati-hati untuk membuat mak Dara merungkai segala-galanya. Tak mahu kelihatan terburu-baru lagipun ketiadaan ayah dirumah memudahkan lagi misi nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience