BAB 8

Romance Completed 16165

Masya Allah Jah! Kita langgar orang!"

Kereta dihentikan. Mereka berdua terus keluar dari kenderaan itu. Dalam hati Anie berdoa semoga kecederaan yang dialami oleh insan yang jadi mangsa tidak parah. Memang salah mereka berdua kerana terlalu leka bercanda gurau. Sekarang tengok apa jadinya. Fauzah pula menahan marah terhadap dirinya sendiri. Jantungnya berdetak laju. Munjur tidak ramai orang lalu lintas saat itu. Kebanyakkan orang berpusu masuk dalam dewan sukan. Berebut-rebut nak panjat batu la tu.

Anie dan Fauzah mendapati mangsa mereka adalah lelaki. Kelihatannya tua dua tahun dari mereka. Dia tidak rebah tapi ada kesan luka ringan pada lengan kanan nya. Riak wajahnya senang dibaca. Bagaikan orang menahan sakit walau cuba disembunyikan.Sah lah lelaki ni pun nak panjat batu. Pakaiannya lengkap bak orang nak pergi ke gym.

" cik? Awak tak apa-apa?, lembut suara Anie bertanya.

" maafkan saya cik. Saya lalai bawak kereta. ", Fauzah pula meminta maaf.

Lelaki itu memandang Fauzah dengan riaksi yang tenang. Tapi ketika dia melihat Anie, renungannya begitu tajam dan teliti. Kononnya dah berjanji dengan kawan baik nak panjat dinding tapi dilanggar pulak dia. Nasib tak patah riuk tulang. Kalau tak memang susah jadinya.

"Cik?", Mereka berdua menyedarkan lelaki tersebut. Memang tak senang mereka berdiri terutama Anie. Suara pun dah mula resah.

" Sempat lagi aku nak berangan.. kesian pulak diorang ni. Tak sampai hati aku. Lagipun cedera ringan je", hati lelaki itu berbisik.

" Eh tak apa lah. Yang penting saya masih hidup", dia menghadiahkan senyuman ikhlas entah ye entah tidak untuk mereka berdua. Sebetulnya dia malas nak memanjangkan cerita.

Anie masih tidak berpuas hati. Dalam pendengarannya lelaki itu sikit sarkastik pada mereka. " memang lah cik masih hidup tapi cik ikhlas ke maafkan kami? Saya tak nak cik tuntut salah saya kat akhirat nanti. I want it to be clean and clear between us all", balas Anie. Dikuatkannya hati untuk merenung mata coklat milik lelaki itu. Bukan dia tidak perasan. Dari tadi renungan buatnya bukanlah renungan biasa.

Lelaki itu kelihatan terkejut mendengar kata-kata Anie tapi masih berlagak tenang walau dalam hati ada getaran singgah ketika Anie membalas renungan tajam nya.

" betul saya maafkan. Jangan risau. Saya ikhlas. Tapi kat akhirat nanti kita akan jumpa setiap hari. Itu yang saya nak awak tahu."

" maksud awak?", dahi Anie berkerut tanda tidak mengerti.

" tak payah nak tahu maksudnya lah"

" okay-okay. Tapi kita semua kosong-kosong ek?", Fauzah mula mencelah.

" yes. Zero zero I promise".

Fauzah dan Anie melepaskan nafas lega. Syukurlah leaki ini sudi memaafkan kecuaian mereka berdua.

" Terima kasih cik. Terima kasih kerana sudi maafkan kami", Gelagat Fauzah begitu lucu sekali sampai nak tergelak Anie. Kalau dapat melutut, rasanya Fauzah sanggup melutut. Sama macam orang nak melamar. Tapi kelakar juga kalau perempuan yang melutut. Betul tak?

" sama-sama. Next time awak pandu hati-hati. Hari ni bernasib baik saya ni jenis pemaaf. Kalau orang lain belum tentu", macam cikgu HSE pulak lelaki ni memberi nasihat segala bagai.

" Ye cik. Jangan risau. Tangan cik tu nak kena bawak pergi klinik. Jom kitaorang hantar", pelawa Anie. Fauzah mengangguk tanda setuju.

" eh tak payah susah-susah. Kat dalam ada first aid kit. Tahu lah saya macam mana nak rawat luka ni. Sikit je pon"

" ok lah kalau macam tu. Kami nak park kereta dulu. See you around ciikkk..", Anie jelas ingin tahu nama lelaki itu.

" Raykal"

" cik Raykal"

" tak payah nak be 'cik-cik' lah. Saya ni muda lagi. Baru 26 tahun", jelas Raykal.

" alright Raykal. Nice to meet you in this unexpected situation"

" korang bedua pun. Baik lah. Saya masuk dalam dulu. Assalamualaikum", setelah salamnya dibalas, Raykal terus menuju masuk dalam dewan Friendly Climb manakala Anie dan Fauzah meletakkan kereta ditempat yang betul. Nasib baik ada tempat kosong.

"Hai Anie~ Jah~ apa mimpi korang datang hari ni ek? Bukan selalu weekend ke?", tanya Amran kehairanan. Dia memang sudah masak dengan rutin kawan lima orang ni. Tapi yang datang kali ini cuma dua orang saja.

" kali ni tukar selera sikit, Am" , Fauzah meletakkan beg sikut nya atas kerusi panjang berdekatan locker.

Amran menggaru kepalanya yang tidak gatal. " waduh. Tapi waktu macam ni susah sikit. Korang tau kan ada event hari ni. Dinding batu semua dah kena book"

Fauzah dan Anie mengeluh. Mereka memandang keadaan dewan yang penuh dengan manusia. Memang pun tak ada yang available. Pelajar-pelajar termasuk semua cikgu mereka kelihatannya masih menunggu giliran nak panjat dinding. Ni lah waktu mereka ambil peluang lagipun kos sewa memang sudah diselesaikan oleh pihak sekolah. Nak harapkan hari biasa memang tak boleh mereka kesini sesuka hati. Kena keluar duit $20 baru boleh panjat itupun kena ikut kategori dinding.

Dari jauh Anie memerhatikan setiap dinding. Walau jauh dipandang tapi penglihatannya masih jelas. Dia mencari kot-kot ada dinding yang ada kertas origami. Kalau tak pasal surat tu, memang dia tak nak kesini. Oleh kerana hati dan fikiran tidak mampu mengatasi kecurigaan, dia buang ego jauh-jauh dan kesini mencari jawapan.

" aku ni Am kalau ikutkan hati memang tak ada plan nak panjat batu hari ni tapi kawan aku si Anie beriya-iya jugak bawak. Dah tu dia pulak yang belanja."

" kerek jugak ka uni Jah."

" eh apa pulak? Rezeki jangan ditolak tau~", Fauzah menghadiahkan senyuman menggoda yang dibuat-buat.

"Mana-mana lah kau", malas rasanya Amran nak melayan kerenah Fauzah.

" Am, kau jadi bodyguard ek? Pleasee~", Fauzah seakan merayu.

" opppss~ tak boleh Jah. Aku ada janji dengan member nak panjat batu sesama hari ni"

Riak wajah Fauzah bertukar. Bibirnya dijuihkan tanda bosan. " member kau yang mana pulak?", sengaja menyibuk sikit.

" alah. Kawan baik aku. Sepatutnya dia dah sampai dari tadi", Amran kelihatannya mencari kelibat seseorang.

Mata Anie memerhatikan dinding bewarna merah. Ia adalah dinding yang tertinggi sekali dalam dewan tu. Kakinya melangkah kehadapan untuk melihat jelas batu-batu yang melekat didinding merah. Semakin keatas pandangannya, ada satu batu yang menarik perhatian. Seperti ada kertas kuning dilekat padanya. Hati Anie menjerit gembira tapi keramaian manusia diwaktu itu menyukarkan dia untuk memanjat batu didinding merah. Sekarang dinding itu ditempah khas untuk cikgu-cikgu sahaja manakala pelajar-pelajar hanya dibenarkan memanjat dinding kuning (yang tak berapa tinggi) .

" Am, pukul berapa habis event ni ek?", tanya Anie.

" dalam 30 minit lagi kot. Tapiaku tak jamin cikgu-cikgu tu nak balik on time"

Fauzah baru sedar tujuan mereka kesini. Mulutnya berkata sesuatu namun hanya bisikan untuk Anie.

" kau dah jumpa ke?", bisik Fauzah tanpa disedari Amran yang masih seperti menunggu seseorang.

Anie kenyitkan matanya sambil tersenyum. Fauzah pula macam orang yang terlebih excited. Amran hairan melihatnya. " ka uni dah kenapa Jah?"

" Tak lama lagi kitaorang nak main detektif, Am"

Dahi Amran berkerut tanda tidak mengerti. Sedang matanya meliar akhirnya insan yang ditunggu pun muncul.

" datang pun dia. Raykal!", Amran melambai-lambai pada Raykal. Lelaki itu membalas lambaian sahabatnya.Anie dan Fauzah terus kaku macam patung. Gulp! Raykal kawan Amran rupanya.

" assalamualaikum bro. Gila lambat kau hari ni. Jangan ambil title 'lambat' tu dari aku", mereka bersalaman.

" wa'alaikumsalam. tak ingin aku nak ambik tapi tadi aku stranded kejap.", Raykal memupuk bahu Amran. Setelah dia memandang kedepan, terkejut sikit dia melihat kelibat Anie dan Fauzah. Lengan kanannya sudah dibalut kemas.

" bro, apa kena dengan tangan kau? Ada gaya macam mummie pulak", Amran menyentuh balutan itu.

" takde papa lah bro. Kena kepit pintu.", waktu berkata 'kena kepit pintu', Raykal hanya tersenyum pada Anie dan Fauzah manakala mereka berdua masih terpinga-pinga.

" errr.. hai Raykal", Sapa Anie.

" hai", selamba saja lelaki itu membalas.

" eh? Korang kenal ?" , tanya Amran.

" you can say that", Raykal membalas namun dia masih memandang Anie.

" yeah Am. Accidentally introduced", kata Anie dengan tenang walau dalam hati jantungnya rasa nak pecah.

"Oooo..", Amran mengangguk macam burung Nuri tanda faham padahal dalam hati dia tak tahu apa-apa sebenarnya.

" Guys, kita panjat batu sama-sama nak?", Fauzah memberi cadangan bernas.

Amran memikirkan sesuatu tapi boleh pakai juga cadangan si Fauzah. " ok la Jah. Tapi kita kena tunggu dulu diorang ni habis lepas tu baru boleh panjat. Kau okay ke, Ray? Anie?", Amran meminta persetujuaan dari mereka.

Anie sebenarnya tak tentu rasa. Raykal seakan menghidupkan sesuatu dalam dirinya walau belum lama mereka kenal. Tapi dia mesti mendapatkan kertas origami yang seterusnya. " okay. I'm in"

" kalau semua dah setuju, aku okay"

" alright geng!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience