BAB 9

Romance Completed 16172

45 minit kemudian baru lapang sikit dewan Friendly Climb tu. Sedikit demi sedikit manusia beredar dari situ. Baru lah seronok nak panjat batu. Mereka berempat merasa lega. Sebelum panjat batu, persediaan keselamatan perlu dijaga. Amran yang sudah biasa dengan tugasnya memastikan mereka memanjat dalam keadaan betul. Tali keselamatan diperiksa dua tiga kali. Setelah berpuas hati, mereka mula memanjat. Yang paling bersemangat tentu lah si Anie.

" come to me little origami", Kata-kata riang itu disimpan Anie dalam hati. Dia nampak jelas keberadaan origami warna kuning itu. Hatinya melonjak-lonjak ingin tahu isi kandungannya.

Kaki Anie ligat mendaki dinding batu. Sambil dia memanjat,

" hati-hati, awak. Tinggi ni. ", tegur Raykal dengan nada bimbang. Anie memanjat laju berbanding mereka bertiga. Anie tidak mengendahkan Raykal, Amran dan Fauzah. Mindanya terlalu obses dengan origami.

" Anie pelan-pelan la sikit..", Fauzah juga bimbang. Dia tahu Anie nak sangat ambil origami tu tapi dia seakan tidak peduli pada keselamatannya.

" ye lah. Aku okay je ni. Korang yang lambat", Anie mengeluh kebosanan. Baru naik sikit dah takut. Masa awal-awal panjat batu dia pun takut dulu tapi sekarang rasa takut tu hilang entah kemana. Mungkin kerana sudah sebati dengan hati.

Raykal bersiap sedia mengatur kedudukan untuk melindungi Anie. "Boleh tahan daring jugak minah ni", desisnya dalam hati. Anie dah macam spiderman.

" woi Ray! Lambatnya kau! Tak pecaya aku!", hairan Amran melihat Raykal yang tidak pantas itu. Biasanya Raykal ni yang selalu mendahului Amran. Kali ini terbalik pulak.

Raykal menunjuk jarinya kearah Anie dan Amran pun mengerti. Diangkatnya kening tanda dia seolah-olah tahu maksud Raykal bukan hanya nak melindungi tapi ada perasaan tersirat dihati sahabatnya itu.

Anie hampir sampai ditengah-tengah dinding dan, "Yes!! Dapat pun!", Origami itu diambil lalu dimasukkan dalam poket seluarnya.

"Congrats!", Fauzah hampir nak hilang tenaga padahal belum sampai keatas tapi dia gembira untuk Anie.

" hai Jah~ dah kejang ke kaki tu?", Amran yang masih memanjat mengusik.

" aku tak warm up lah!"

" hmm.. ye lah tu"

Kedudukan Fauzah yang jauh sikit dari Amran hanya membenarkan mereka berperang mulut. Anie dan Raykal hanya tergeleng-geleng. Anie sebenarnya berniat nak panjat sampai keatas tapi hajatnya dah tercapai, rasa malas pula. Dia nak turun secepat mungkin.

"Eh? Nak turun dah?", tanya Raykal.

"Ha'ah"

Dengan berhati-hati kakinya mencari batu-batu untuk turun kebawah. Tapi tiba-tiba dia merasa hairan, pergerakan tali keselamatan itu terhenti. Ditariknya beberapa kali tapi tetap tiada perubahan. Sah tali keselamatan tersangkut sesuatu.

" Raykal! I think I'm stuck!"

" Anie don't move", arah Raykal. Dia mencari akal untuk menukar posisi menyelamatkan Anie.

Anie akur tapi entah kenapa dia ni 'clumsy' sangat. Kaki kanannya mencari batu dan akhirnya dia yang tergelincir. Tali yang tersangkut tadi terlepas dari sangkutan dan mengikuti pergerakan Anie. Gadis itu menjerit. Rasa macam jatuh dari bangunan.

"Anie!!", jerit Fauzah dan Amran serentak.

Raykal yang sudah bersedia dengan kedudukannya terus menyambut Anie. Gadis itu memeluk leher Raykal agar dia tak jatuh. Raykal merangkul pinggang Anie. Sama-sama mereka turun dengan pantas bak Spiderman menyelamatkan Mary Jane.

Raykal menjadi hero. Amran dan Fauzah menarik nafas lega. Mereka juga turut turun perlahan-lahan.

Setelah kaki menyentuh lantai, Anie melepaskan sikit rangkulannya dari leher lelaki tu.

" Thank you Raykal"

"Don't mention it", mereka masih kekal dengan posisi 'berpelukan'. Entah mana pergi kesedaran tu. Semuanya seakan berubah menjadi indah. Wajah Raykal yang kacak itu begitu menggoda. Tambah lagi dia memakai cermin mata. Anie cukup suka dengan lelaki yang becermin mata. Nampak cool lah katakan.

Raykal pula tidak berkedip dari memandang Anie. Ada sesuatu tentang gadis itu yang menarik perhatiannya. Dia bukan saja ingin menyelamatkan tapi perasaan ini banyaknya kepada takut kehilangan.

"Eheeem!!! Eheemmm!!!" , Dehem Amran membawa mereka kealam realiti. Cepat-cepat mereka melepaskan pelukan. Masing-masing jadi kekok. Wajah Anie dah merah bak strawberry. Raykal pula memicit kepala untuk menenangkan perasaan.

"Are weinterrupting something?", Fauzah pula mengusik. Dia dan Amran memandang mereka dengan reaksi wajah yang nakal.

"Tak ada lah", serentak Anie dan Raykal bersuara.

Amran dan Fauzah sudah terkekeh-kekeh ketawa.

" errr, Jah. Jom kita balik", Anie terus menarik tangan Fauzah dan mereka berlalu dari situ. Gadis itu merasa malu seribu kali ganda.

" Anie!", panggilan Amran menghentikan langkah Anie dan dia berpusing memandang Amran.

" kalau sayang si Raykal ni pun jangan risau. Abang Raykal ni belum berpunya lagi. Single mingle tapi dah ada kerja tetap. ", lelaki itu ketawa sambil memupuk bahu sahabatnya. Nampak sangat wajah Raykal kurang senang dengan usikkan sahabatnya itu. Sah dia juga malu.

" Raykal! Cik Anie kita ni pun masih solo lagi. Sebelum kena makan buaya, cepat-cepat la meminang ye~", Fauzah pula bersuara. Dipandangnya wajah Anie yang semakin panas dengan usikkan mereka. Sebelum terlebih malu, Anie terus menarik tangan Fauzah dan pergi. Berdesing telinganya mendengar sisa tawa Fauzah dan Amran.

"Anie..", bisik hati Raykal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience