BAB 14

Romance Completed 16172

Tilt! Tilt!

Tuan Mikhael yang leka dengan kertas kerja terkejut ketika telefon pejabat berbunyi.

Butang telefon itu ditekan.

"Hello"

" Hello tuan, maaf ganggu. Kat sini ada seorang lelaki nak jumpa"

"Rafiah, kan saya dah cakap batalkan semua mesyuarat hari ni. "

"Ye saya tahu dan saya minta maaf tuan tapitetamu ni kata dia kawan lama tuan."

" tetamu apa? Saya tak buat apa-apa appointment untuk jumpa sesapa" ,suaranya ditegaskan. Dia memang pantang jika ada sesuatu yang menggangu nya ketika waktu sibuk begini apatah lagi projek yang ditanganinya sekarang memerlukan perhatian yang tajam.

Tak lama kemudian pintu pejabatnya dikuak.Melihat saja 'tetamu' itu terus berubah ekspresi tuan Mikhael seperti orang melihat hantu pun ada. Seorang lelaki berumur 50-an melangkah masuk. Wajahnya selamba dan tidak ada mempamerkan walau sedikit sekelumit rasa bersalah.

"Dean?"

" Its been quite a long time, Mikhael"

Suasana dipejabat itu menjadi sunyi buat seketika. Fikirantuan Mikhael bercelaru. Kemunculan lelaki dihadapannya kini terjadi begitu cepat. Pen yang digenggam diletakkan.

Dia menarik nafas menahan amarah.

" aku nampak kau macam tekejut. Orang tua macam kau ni patutnya lebih relax sekarang", kata Dean.

Tuan Mikhael berdiri.

" kau expect aku relax? Kau pergi hilangkan diri selama 12 tahun and out of nowhere kau datang balik dalam hidup aku!", suara tuan Mikhael memenuhi ruang pejabatnya.

Dean masih kelihatan tenang. " Mikhael, kau ni over betul. Relax. Aku hilang je. Bukannya mati pun".

Jawapan Dean menaikkan lagi amarah tuan Mikhael. Rasa hatinya ingin membelasah Dean. Kenangan lama kembali menghantui fikirannya. Kisah pahit itu seboleh-bolehnya ingin dibuang jauh-jauh tapi semakin jauh dia berlari semakin dekat masa lalu menghampirinya.

" apa kau nak? ", bengis ekspresi tuan Mikhael memandang Dean.

" I just want to catch up with my old friend", dia masih selamba.

" I have no time to entertain a traitorwho slept with my wife 15 years ago", ya! Kenangan itu masih segar diminda.

Ingatan tuan Mikhael menerawang pada hari yang bersejarah itu. Hari yang menimbulkan titik hitam dalam hidupnya. Dia masih ingat lagi waktu itu dia baru balik dari Switzerland atas urusan kerja. Bahagia tidak terkata kerana segala-galanya berjalan dengan lancar. Tidak sabar rasanya nak berjumpa dengan insan-insan kesayangan.

Tapi sampai saja dirumah, dia mendapati isteri dan sahabat baik nya terbaring dikatil dalam keadaan yang tak sepatutnya. Tubuh mereka hanya ditutupi selimut.

Dengan kemarahan dan hasutan syaitan yang membuak-buak dia menjerit sehingga membuatkan Dean dan Samariah terjaga. Meskipun mereka nampak kebingungan dengan apa yang terjadi, tuan Mikhael terus membelasah Dean tanpa mendegar penjelasannya walau satu ayat.

Puan Samariah hanya menjerit meminta nya berhenti memukul Dean. Oleh kerana sakit hati dengan segala-galanya, dia menghalau mereka dari hidupnya. Namun dia tidak menceraikan Samariah tapi wanita itu disuruh keluar dari rumah kerana syarat yang dijanjikan. Penceraian tidak akan terjadi asalkan puan Samariah tidak menunjukkan muka didepannya ataupun anak mereka buat selama-lamanya atau yang kedua, dia akan membunuh Anie dan dirinya jika puan Samariah masih kekal dirumah itu.

Awalnya puan Samariah tidak bersetuju dengan salah satu syarat-syarat yang diberi kerana tidak masuk akal. Akan tetapi kasih sayangnya menebal untuk anak dan suami memaksa diri untuk bersetuju dengan syarat yang pertama. Dengan sebab itu dia terpaksa meninggalkan Anie 15 tahun dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience