BAB 4

Romance Completed 16165

Bantal guling yang empukitu dipeluk. Perut yang kenyang diusap pelahan-lahan. Memang power masakan asam pedas mak Dara sampai dia menambah 2 pinggan. Sia-sia je exercise tadi. Lepas melahap dengan kawan-kawan, dirumah pun nak bantai makanan. Bilalah berat badan nak turun.

Tak lama kemudian deringan iphone nya berbunyi.

"Aduh~ siapa pulak yang mengganggu ketenteraman aku malam-malam macam ni? Takde kerja lain ke?", hatinya berbisik. Sebal rasanya.

Iphone digenggam tapi yang tertatap di skrin adalah nombor yang tidak diketahui. 'Unknown number'. Hati Anie berbolak balik. Nak dijawab atau tak ye?

Bosan melayan kekeliruan dihati, dia pun menjawab panggilan itu.

"Hello?"

" jangan kau biarkan origami tu terbang meninggalkan kau. Rahsia yang kau cari bakal terbongkar tak lama lagi", kata suara garau yang tidak dikenali.

" siapa ni?", ada nada resah dalam suara Anie.

" Rahsia yang dipendam selama 20 tahun..", suara garau itu menyambung ucapannya. Dia tidak menghiraukan Anie yang sekarang tenggelam dalam dunia persoalan.

" kau jangan main-main dengan aku! Siapa ni?!", walau dalam hati ketakutan namun Anie memberanikan diri.

" heheh.. kau mungkin dilarikan dari keadaan. Tapi kau semakin hampir dengan kebenaran..", talian serta merta ditutup.

" hello?! Hello?! Kurang ajar!", Anie cuba menjejaki nombor tadi namun gagal. Tiada nombor tertera dikenali iphone nya.

Sekali lagi dia cuba menghubungi nombor yang tidak dikenali itu. Ternyata usahanya gagal! Nombor itu telah dimatikan.

Gadis itu mendengus geram. Bagaimana boleh ada manusia yang mengetahui tentang masa lalunya sedangkan dia tidak pernah menceritakan tentang memori hitam itu kepada sesiapa mahupun sahabat-sahabatnya.. Yang mengetahui cuma dia, ayah dan pembantu rumah mereka.

Anie tidak dapat menafikan yang dia perlukan penjelasan tapi siapa yang dapat menolongnya? Ayah? Mak Dara? Mereka selalu melarikan diri. Asal usul ayah juga dia kabur. Terasa diri seolah-olah dipermainkan. Hidup dalam dunia yang tidak dikenali.

" Ya Allah.. apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup aku?", matanya dilarikan pada bingkai gambar yang berisi foto nya bersama dengan ayah dan mak. Walaupun wanita itu telah 'pergi' tapi ayah tidak pernah menegur untuk menukar isi bingkai gambar itu.

Adakah ayah masih merasa kehilangan? Bukankah ayah yang membiarkan mak pergi dulu? Anie masih ingat lagi. Lepas mak pergi ayah selalu menemaninya bercerita sebelum melelapkan mata. Ia bagaikan rutin mereka berdua setiap malam. Jika ditanya soal mak, ayah sengaja menukar topik perbualan.

Pabila ayah menyangka dia sudah tidur, ayah memang tak sah jika tak menatap gambar itu. Anie sering mendapati kelakuan ayah. Adakalanya lelaki itu menangis sendiri.

Setelah Anie menganjak dewasa, jarang sekali dia dan ayah berbual seperti dulu bahkan terasa ada jurang diantara mereka. Kini ayah lebih selesa menyibukkan diri dengan kerja. Itu yang menyakitkan hati Anie. Ayah seolah-olah menutupi sesuatu darinya. Namun apa? Dia sudah lelah bertanyakan hal ini pada diri sendiri. Rasanya sudah bertahun dia hidup dalam persoalan.

Mungkinkah lipatan origami dalam beg bakal menjawab segala persolannya selepas ni?

Beg sukannya diletakkan atas ranjang laludiselongkar dan origami itu jatuh atas selimut. Anie tidak pasti apa perasaannya waktu ini tapi jawapan harus dicari. Lipatan origami itu dibuka perlahan-lahan. Terdapat tulisan dikertas origami itu.

" Duhai gadis yang riang diluar tapi kesepian menguasai jiwa mu nan indah

" Duhai gadis yang riang diluar tapi kesepian menguasai jiwa mu nan indah...

Mungkin kau diselubungi rasa kehairanan tika warkah ini datang dalam hidupmu. Tapi percayalah.. Aku akan mewarnai kehidupanmu pada hari mendatang. Terpulanglah kau suka ataupun tidak but bare in mind semakin kau cuba menghindari, aku akan semakin menghampirimu.

Kau cuma perlu tahu satu hal. Aku ada setiap jawapan tentang kekeliruanmu terutama tentang 'dia'.

Aku pasti kau tertanya-tanya siapa 'dia' yang aku maksudkan.

Pejamlah matamu dan bayangkan dinding yang terhias batu warna warni. Kau suka panjat batu kan? Kalau dinding tinggi kau boleh panjat untuk buktikan kekuatan kau, lets play a game. Why not kau panjat dinding tu untuk berkenalan mesra lagi dengan aku?

Aku akan tunggu kau ditengah-tengah dinding.

Arigato!"

" arigato konon. Dia fikir aku ni orang Jepun apa.." , Anie bermonolog sendiri. Kertas origami berwarna merah itu dilipat kemas. Mindanya cuba mengingati dimana dia menyimpan satu kotak vintage kecil. Rasanya warkah misteri ini ingin disimpan disitu.

" Tak salah aku kat closet kot..", dia melangkah ke closet lalu mencari kotak itu dicelah-celah kotak kasut dan..

" voalla! Jumpa pun", Anie tersenyum puas. Kotak itu dibawa keluar dan kertas origami itu disimpan didalamnya. Kotak itu kemudian disimpan bawah katil.

" kau nak berkenalan lebih mesra ye? Jangan cabar aku. Kalau aku dapat tahu siapa punya kerja semua ni, siap lah", tekad gadis itu dalam hati. Semangat berlawannya kian membakar bak Tun Fatimah.

Apa lah Anie ni. Nota je kot~ bukannya ada nak cari perang dengan dia.

Dinding? Jadi pengirim surat misteri ini adalah seseorang yang sentiasa berada di pusat sukan 'Friendly Climb'? Siapa? Amran? Mungkin juga pasal Amran yang rapat dengan dia dan sahabat-sahabatnya.

Anie terus berandaian. Dia membaringkan diri dikatil yang empuk tapi seempuk manapuntidak dapat menenangkan jiwanya yang resah.Rasanya tidak sabar menunggu hari esuk untuk mencari jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience