BAB 13

Romance Completed 16172

Sudah satu minggu berlalu sejak pertemuannya dengan mak Dara.Kebenaran yang diketahui terasa begitu pahit untuk ditelan. Dia memerlukan ruang untuk menyendiri. Iphone nya yang berdering tak henti-henti tidak diendahkan. Siapa lagi yang menelefon kalau bukan 4 orang sahabatnya. Mereka tak ubah macam kucing hilang anak. Tapi bukan niat nya nak membuat mereka risau, dia hanya ingin bernafas dengan tenang sebelum menghadapi semuanya.

Setelah dipujuk lembut, baru lah mak Dara menceritakan kesemuanya.

Rupanya selama ini dia dipagar oleh keegoan ayahnya. Kerana dendam dan keengganan yang tak bertepi, dia dan mak terpisah. Memang betul kata surat origami itu, ia berpunca dari fitnah. Semua kejadian terasa seperti dirancang oleh seseorang namun mak Dara sendiri tidak mempunyai jawapannya. Ketika semua nya terjadi mak Dara baru balik dari pasar. Terasa seperti ada yang curi-curi keluar.

Anie bingung. Tidak tahu harus mula dari mana. Ingin dia kepantai untuk lari dari masalah yang melanda hidupnya.

Pantai Seria begitu tenang. Hari juga tidak begitu panas. Kelihatan manusia sibuk dengan kegiatan masing-masing. Kebanyakkan mereka tengah jogging. Anie turun dari kereta dan membawa flip flop nya.

Tapak kakinya menyentuh pasir pantai yang basah sambil-sambil itu dia bermain digigi-gigi air. Melihat kanak-kanak yang bermain dengan riang semakin membuat hatiny terhibur. Itulah nikmat kehidupan. Meskipun ada suram tapi benda kecil yang menghibur dapat mengubati hati yang sakit.

" Anie?", ada satu suara memanggil namanya. Anie melihat kebelakang. Degupan jantungnya semakin laju melihat tuan empunya suara.

" Raykal, right?"

" Yeah.. you remembered", Raykal menghadiahkan senyuman. Satu senyuman yang sudah bertakhta dihati Anie.

" Awak buat apa kat sini?" , tanya Anie.

" Saya nak tenangkan fikiran", Raykal berdiri sebelah Anie. Dekat sekali.

" saya pun.."

" Apa yang merunsingkan fikiran awak? Mind to share?", Raykal memandang Anie. Gadis itu kelihatan seperti orang tertekan tapi entah kenapa Anie tetap cantik dimatanya.

" No.. I'd rather not talk about it..", tutur Anie lembut. Dia tidak berani menatap mata Raykal yang menggoda itu.

Raykal mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan memberikan benda itu pada Anie. Ia adalah satu lipatan origami berbentuk hati.

Terbeliak mata Anie memandang lipatan origami itu. Mungkin kah Raykal yang selama ini menghantar surat misteri kepada nya? Tapi betul kah?

Dia kelihatan teragak-agak nak menyambutnyatapi Raykal tetap mengajukan pada Anie.

" apa ni?" , tanya Anie kehairanan.

" ambil dan buka lah", Raykal berlagak tenang tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa berdebar nya dia.

Anie terus menyambut origami itu dan perlahan-lahan membuka lipatannya.

" Duhai gadis yang riang diluar tapi kesepian menguasai jiwamu nan indah

" Duhai gadis yang riang diluar tapi kesepian menguasai jiwamu nan indah..

You Found me"

Anie terus memandang Raykal kebingungan. " Awak yang selama ni bagi origami kat saya?"

Raykal hanya mengangguk. " saya tak ada niat pun nak kacau hidup awak, Anie tapi semua ni memang tak diduga. Saya cuma nak tolong mak awak sebelum dia.."

" sebelum dia apa? You have no right to interfere in people's life Raykal. ", mata Anie sudah berkaca.

" Before she's gone.. "

" Gone? Gone where? Awak cakap apa ni, Raykal? Saya tak faham"

Raykal memeluk bahu Anie. " mak awak tak dapat hidup lama, Anie. Dia menghidap penyakit Leukemia jadi dia nak awak tahu segala-galanya sebelum terlambat" , mata Raykal juga turut berkaca.

Anie merasa seperti dihimpit. Satu per satu kebenaran terungkai. Ada keringanan terasa. "Kenapa sampai sejauh ni awak involve dalam hidup saya Raykal? Saya rasa hancur sangat-sangat dengan apa yang terjadi awak tahu tak", tangisan Anie semakin kedengaran esakkannya.

Raykal menarik Anie kedakapannya. Dia tidak ingin gadis itu merasa sunyi.

" I Love You, Anie.." , kalimat itu dilafazkan juga akhirnya.

Anie terkejut dengan pengakuan Raykal. Apa lagi dalam keadaan seperti sekarang.

" Raykal.."

" Awak tak perlu jawab sekarang tapi saya nak awak tahu tentang isi hati saya. Saya jatuh cinta pada awak.." , pelukannya semakin erat.

" What do we do now, Raykal? Saya buntu.."

" kita kena confront dengan mak dan ayah awak. Awak tak sendiri.. Saya akan sentiasa ada, Anie.."

Gadis itu mengangguk perlahan-lahan. Pengakuan Raykal menenangkan jiwa yang kacau. Ia bagaikan sumber kekuatan baru dalam hidup nya yang kucar kacir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience