BAB 12

Romance Completed 16172

Laporan yang diterima dari rig minyak selatan diperiksa dengan teliti. Pekerjaan nya sebagai kejuruteraan mekanikal adalah memastikan setiap tool dan equipment yang di import selamat digunakan untuk projek shut down yang akan datang.

Air kopi yang panas terhidang dimeja pejabat diminum perlahan-lahan. Dia kemudian memeriksa email takut ada benda yang penting memerlukan perhatiannya. Dia bertugas sampai lewat malam kerana harus 'standby'. Keadaan pejabat itu begitu sunyi. Hanya ada beberapa orang rakan sepejabat merupakan night shifters dan security.

Report itu di letakkan sebelah lap top. Kepalanya diurut bagi meringankan tekanan. Hari ini saja sudah berapa kali dia terpaksa menangguhkan kerja demi menghadiri menyuarat yang tak henti-henti. Kesibukan hidup memakan masanya. Namun bayangan wajah gadis itu tetap singgah difikiran tak kira apa yang dilakukan.

Apa sebenarnya yang dia harapkan dari gadis itu? Bukan kah selama ini dia Cuma ingin membantu seseorang untuk menamatkan permainan? Kenapa sekarang hatinya seolah-olah terpaut seakan terseksa. Terseksa kerana rindu. Ya! Dia mahu menatap mata indah itu. Hatinya meronta-ronta ingin berjumpa dengan si bidadari.

Apakah bidadari itu mempunyai perasaan yang sama?

Dia memejamkan mata. Fikirannya menerawang pada kejadian 4 bulan yang lalu. Kejadian yang menarik dirinya ikut serta dalam kehidupan insan-insan yang tidak pernah dikenali sebelum ini.

*** 4 bulan lalu

Keadaan di laut tidak begitu baik. Gelombang menyukarkan tugasnya yang perlu diselesaikan. Mahu tak mahu dia terpaksa dihantar pulang kedarat sama seperti semua pekerja laut. Ini demi keselamatan semua. Projek penting itu tergendala untuk sekian kalinya.

Dalam penerbangan helicopter, dia dan rakan-rakan sekerja hanya berbual kosong. Dilihatnya mereka tidak sabar nak pulang kedarat. Maklum lah kebanyakkan mereka sudah berumah tangga. Pasti tidak sabar nak berkumpul dengan anak-anak dan isteri. Hanya dia yang masih membujang. Bukan tak ada yang ingin menggoda tapi hati ini lain. Dia ingin mencari cinta sejati yang dapat menemani, melengkapi dan menyayangi.

Setelah helicopter mendarat di Anduki, Lumut,mereka membawa haluan masing-masing. Hari kelihatan mendung. Terasa air jernih merintik setiitik demi setitik.

" sah nak hujan. Baik aku cepat", katanya. Munjur saja hujan belum lebat kalau tak basah kuyup jadinya.

Kereta Hyundai Veloster miliknya di hidupkan. Dia tak ingin singgah kemana-mana. Terus nak balik saja kerumah bujang di Panaga. Lagipun masih ada laporan kerja yang perlu diselesaikan. Dead line pun dah dekat.

Dalam perjalanan, jalan raya KB sudah dibasahi dengan hujan lebat. Kilat pula berdetum dilangit.

" Ya Allah, selamatkanlah perjalanan ku kerumah..", doa itu diaminkan dalam hati.Mulutnya tak berhenti berzikir. Lampu kereta dipasang bagi menunjukkan keberadaan keretanya. Kerana keadaan cuaca sedemikian, dia tidak memandu dengan laju. High way tak dilintasi banyak kereta saat itu. Mungkin kerana hujan lebat, mereka yang ingin beriadah membatalkan niat demi keselamatan bersama.

Tak lama kemudian matanya tertatap pada cahaya yang bermalap-malap kekuningan dekat dengan tanda 'tolong perlahan' . Semakin dekat dia melihat lampu kecemasan itu menyala-nyala. Awalnya dia tak ingin mengendahkan tapi dalam keadaan sunyi begini, siapa lagi yang diharapkan menolong kalau bukan dia?

Dengan berhati-hati dia menghentikan kereta dibelakang kenderaan itu. Payung diambil dibelakang tempat duduk dan dia terus meluru keluar. Dia melangkah menuju ketempat pemandu.

Disebalik cermin kereta, dilihatnya ada seorang wanita yang kelihatannya lemah longlai. Keadaannya setengah sedar. Berhati-hati dia cuba membuka pintu kereta itu. Nasib tak dikunci jadi ceritanya tak panjang.

" mak cik? Mak cik tak apa-apa ke?", dia bertanya.

"Anak.. tolong mak cik.. mak cik tak dapat bernafas.. tolong..", dia seakan terkulai-kulai seperti ikan yang dikeluarkan dari air.

Tanpa berlengah lagi, dia terus mendukung wanita itu masuk kekeretanya. Nyawa manusia perlu diselamatkan. Keretanya dipandu dan menuju kehospital Kuala Belait.

" mak cik tahan ye. Tak lama lagi kita sampai ke hospital.", jejaka itu cuba menenangkan wanita yang baru dikenalinya. Dia sendiri tak sangka dengan apa yang dilakukannya tapi hatinya lega.

Sampai saja dihospital, wanita itu terus dibawa kebahagian kecemasan. Mulutnya sudah dipasang alat untuk menghirup oxygen.

"Doktor, please save her.. try your best", rayunya pada doktor.

" of course we will. May I know who you are of her's?"

" I'm the one who found her stranded at the high way. "

" I see.. don't you worry.. go get yourself cleaned and we will contact you once she's stable. You are a kind man. If you didn't found her, the situation could be worse", tutur doktor India yang dikenali sebagai doktor Raju.

" Thank you doctor. I was there at the right time. I'm just glad she's in good hands now."

Sebelum meninggalkan hospital, dia memberi doktor Raju nombor telefonnya. Dalam hati dia bersyukur pada Allah kerana dapat menyelamatkan nyawa seorang insan.

3 hari kemudian, dia mendapat panggilan dari hospital Kuala Belait.

Sampai saja dihospital berbekalkan bunga ros kuning, dia terus dibawa kebilik wad wanita tersebut. Dari jauh kelihatan wanita itu memandang nya dengan senyuman halus. Keadaan nya nampak stabil. Dia memberi ros kuning itu pada wanita tersebut dan penerimaan nya sangat menyenangkan. Wanita itu mempelawanya duduk. Jururawat dan doktor kembali meneruskan tugas mereka pada pesakit lain.

" Assalamualaikum mak cik"

" Wa'alaikumsalam anak.."

" mak cik apa kabar sekarang?Sihat?" , dia bertanya.

" Alhamdulillah nak. Allah masih beri mak cik peluang untuk hidup dan bernafas. "

Jejaka itu tersenyum.

" mak cik nak berterima kasih pada anak. Kalau bukan anak yang selamatkan mak cik mungkin sekarang mak cik dh ditanam", sayu suara wanita itu.

" jangan lah cakap macam tu mak cik. Ajal dan pertemuan tu semua berada ditangan Allah. Kita manusia ni hanya menunggu masa saja. "

" ya betul..", tuturnya lembut.

" mak cik, minta maaf kalau pertanyaan saya ni berbentuk peribadi tapi sebenarnya mak cik sakit apa?" , serba salah juga dia mengajukan pertanyaan itu tapi ingin juga dia tahu.

Wanita itu membetulkan kedudukannya. Wajahnya masih tersenyum seakan pertanyaan itu tidak mengusik hati. " Leukemia"

Air muka anak muda dihadapannya jelas kelihatan terus berubah. "Terkejut agak nya", hati wanita itu berbisik.

" ye nak. Mak cik kurang darah merah. Umur mak cik dah semakin pendek"

" Mak cik tak nak chemo ke? Jangan putus asa. Masih ada harapan lagi"

Senyuman wanita itu menjadi tawar. " mak cik tak nak libat kan diri dengan berubat berlebihan macam tu. Biarlah mak cik menghabiskan sisa hidup yang ada dengan meneruskan kehidupan macam orang lain. Mak cik tak nak bergantung pada pihak hospital"

Jejaka itu akur. Walau sedih tapi dalam diam dia mengagumi kekuatan wanita itu. Segala keputusan terletak pada tuan punya badan.

" baiklah mak cik. I hope there's something I can do for you" , tuturnya.

" memang ada, nak. Sebelum mak cik pergi buat selamanya, mak cik nak anak tolong mak cik perbaiki keadaan dalam hidup.Mak cik sendiri tak mampu nak lakukannya sendiri".

Dahinya berkerut tidak mengerti dengan permintaan wanita ini. "Maksud mak cik?", tanya nya.

Wanita itu menarik nafas sebelum memulakan ceritanya. Entah kenapa dia begitu selesa dengan anak muda yang baru dikenali nya ini. Rasa macam anak sendiri. Pemuda itu mendengar dengan penuh minat setiap kisahnya namun tertawa sikit dengan rancangan wanita itu. Mengutus surat berbentuk origami pada anak perempuan nya. Kirakan dia menjadi pengutus surat misteri.

" ha~ ketawa pun ketawa jugak. Anak ni setuju ke nak tolong mak cik?" , wanita itu mengangkat keningnya.

" boleh saya tengok gambar anak mak cik?", wanita itu mengambil telefon bim bitnya dan melayari media sosial instagram milik anak perempuan nya. Satu gambar seorang gadis tersenyum ayu ditunjukkan pada jejaka itu.

" itu lah anak kesayangan mak cik. Nama dia Nur Mazni Maisarah. Orang dekat semua panggil dia 'Anie'".

Terpegun juga jejaka itu melihat gambar gadis jelita. Ibunya cantik tapi anak nya lagi cantik. Dihatinya timbul rasa belas terhadap mereka berdua. 15 tahun terpisah kerana kejadian hitam.Wanita itu menyedari cara pandangan anak lelaki itu terhadap anaknya. Dalam hati dia menaruh satu lagi harapan besar jika menjadi.

" oh ya. Kita dari tadi seronok berbual. Nama anak pun mak cik tak tahu. Nama mak cik Samariah"

" Nama saya Raykal.."

****

Bunyi pen jatuh membuatkan Raykal terjaga dari lamunannya. Kisah pertemuan tak disangka itu tidak akan dilupa sampai bila-bila.

" Ya Allah, meskipun menjadi orang tengah namun jadikan aku tali penyambung keluarga untuk mereka. Satukan lah kembali tali suci yang terputus dan bongkar lah segala kebenarannya", doanya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience