BAB 1

Romance Completed 16172

"JANGAN!! JANGAN TINGGALKAN ANIE!", Anie menarik-narik lengan baju puan Samariah. Air matanya tidak berhenti membasahi pipi. Dia tidak ingin mak meninggalkannya!

Tapi wanita itu sudah berdiri hampir ke pintu keluar. Matanya yang sudah berkaca memandang wajah Anie.

"Ayah bagitau mak jangan pergi.. jangan pergi tinggalkan kita berdua.." , semakin lama semakin lemah esakan Anie yang kecil itu. Tuan Mikhail pula masih tidak berganjak dari kerusi. Matanya dipandangkan kearah lain agar Anie tidak menyedari bahawa diamenahan tangis.

"Abang.."

"Awak dah buat keputusan, Yah.. ", rasanya tidak sanggup dia mendengar suara wanita itu.

"Saya tak ada pilihan lain..", puan Samariah masih cuba menjelaskan sesuatu.

"I've heard enough..", tuan Mikhail memotong kata-kata isterinya. Sebak didada tidak tertanggung melihat keadaan puterinya. Dia kemudian bangun dari tempat duduk mendapatkan Ainie yang masih enggan melepaskan mak nya.

Meronta-ronta anak kecil itu minta dilepaskan namun tenaga si ayah begitu kuat hingga lepas genggaman anak dan ibu. Tapi bukan niat nya.

"Maafkan mak, Anie..", beg besar dijinjit dan kaki wanita itupun melangkah pergi dari rumah bungalow mewah itu.

" Mak!!!!!!!!!!"

*****

"Mak!!!!!", gadis itu terbangun dari tidurnya dengan nafas yang tercungap-cungap. Badannya dimandihi peluh.

"Astaghfirullah.. mimpi rupanya.." , Anie meraup wajah. Dalam hati diamembaca kalimah-kalimah suci agar memperolehi ketenangan.. Kebelakangan ini mimpi itu sering datang dalam tidurnya. Hampir 15 tahun mak pergi meninggalkan dia dan ayah tanpa penjelasan yang pasti. Tiap kali tajuk ini dibangkit, ayah seakan cuba mengelak. Akhirnya dia letih dan peristiwa itu hanya dibiarkan tergantung dalam ingatan.

Akhirnya dia beranggapan bahawa mak memang sudah membuangnya jauh-jauh. Buktinya? 15 tahun sudah berlalu sekalipun tidak pernah mak melawat atau mencarinya. Wanita itu seolah-olah seakan tidak pernah wujud dalam kamus hidup Anie.

Sebelum turun dari katil, dia cuba untuk menstabilkan helaan nafasnya yang tak menentu akibat terkejut tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience