Bab 6

Romance Completed 10118

BAB 6

“Hello, Jot. Tunggu kejap. Aku on the way. Tadi aku ada discussion sikit. Sorry ea.”

“Yela. Kaki aku da berakar tunggu kau kat sini. Cepat sikit.”

“Okey, sabar. Nanti aku sampai, aku siram kaki kau. Haha. Kau kat kafe bahagian mana?”

“Macam biasa. Depan kedai burger Abang Ramly ni.”

“Okey, aku datang.”

TUTT!

Talian dimatikan. Aku berjalan pantas menuju ke kafe. Rasa serba salah kerana membuatkan Jijot menunggu aku lama di situ dan sedikit rasa menyesal kerana berjanji dengannya untuk makan tengah hari bersama.

‘Haish.. lain kali jangan la berjanji tengah waktu-waktu sibuk ni. Anees… Anees…’

Aku berkata di dalam hati. Kaki yang aku hayun pantas tadi mula perlahan kerana di depan ku ada dua orang pelajar perempuan yang sedang berbual mengenai sesuatu yang menarik minatku. Aku berjalan perlahan di belakang mereka sambil memasang telinga.

“Beb, kau baca blog tak pasal Faruq dengan budak baru.. Apa tu nama budak tu? Hm.. Hah! Shasha! Pasal Faruq dengan Shasha tu.”

“Aku tak sempat baca la. Apa cerita, beb?”

“Diorang kan berlakon sama dalam movie apa tu, cerita yang ala ala vampire tu. Tapi Malaysia punya la. Apa tajuk cerita tu? Aku pun da lupa..”

“Hmm… Yang mana satu? Diorang tu da banyak movie diorang berlakon sama. Yang terbaru, Spell.. Yang tu ke?”

“Hah! Ye, Spell yang ala ala cinta vampire tu. Aku baca kat blog tu, diorang cakap, dalam movie tu diorang berlakon jadi couple kan, tapi kat luar movie pun diorang rasa macam diorang ni couple jugak.”

“Ye ke? Tapi kan aku tak kisah kalau diorang couple betul pun. Diorang nampak sweet la.”

“Ish! Aku tak suka budak Shasha tu. Aku rasa dia cuma rapat dengan Faruq sebab dia nak naik kan popularity dia je. Yela.. Dia kan budak baru. Faruq tu pulak memang da ada nama.”

“Entah la. Aku no comment pasal tu. Yang penting aku sokong Faruq dengan Shasha tu. Haha.. Ni baru fan yang setia namanya.”

“Ah, kau. Setia konon…”

Tiba-tiba telefon aku berdering. Langkah ku terhenti dan dua orang pelajar perempuan tadi meneruskan perjalanan mereka. Aku terus menjawab panggilan tadi.

“Hello, Jot?”

“Weyh! Kau nak pergi mana?”

“Kafe la. Kenapa?”

“Okey, sekarang kau toleh kanan.”

“Hah?!”

Aku yang hairan dengan arahan Jijot terus memandang ke kanan dan ketika itu, aku nampak Jijot sedang memandang aku sambil berpeluk tubuh. Barulah aku sedar rupa-rupanya aku sudah melepasi kafe dek kerana khusyuk sangat mencuri dengar perbualan pelajar perempuan tadi. Aku terus pergi ke arah Jijot.

“Haha.. Sorry, aku tak perasan aku da terlepas kafe.”

“Apa yang kau fikir sampai boleh terlepas?”

“Takde apa..”

“Yela tu.. Weyh! Kau da baca paper hari ni?”

“Belum.. Tak sempat. Pagi-pagi lagi aku da ada kelas. Kenapa?”

“Ni, baca..”

Jijot menunjukkan aku halaman selebriti di suratkhabar yang terpampang muka Faruq dan Shasha. Aku bertanya kepada Jijot.

“Kenapa dengan diorang?”

“Kau baca jela..”

Aku terus membaca artikel itu.

‘Kami selesa bersama. Saya dan Shasha memang rapat. Sejak dari filem pertama kami sama-sama berlakon. Saya seronok dapat berlakon jadi kekasih dia dalam filem tu. Kami ada keserasian.’

‘Shasha dengan Faruq memang rapat. Kadang-kadang bila Shasha tengah stress, Shasha akan terus contact Faruq. Faruq ni suka buat kelakar. Nanti hilang terus stress Shasha. Shasha pun rasa seronok dapat watak ni, memandangkan Shasha masih baru, Shasha memang beruntung dapat watak ni. Jadi heroin Faruq pulak tu..’

‘Hubungan kami setakat ni cuma kawan rapat. Kami masih sedang mengenali hati budi masing-masing, berkenalan. Tapi tengok la kalau pintu hati da terbuka untuk bercinta, siapa tau, kan? Haha… Lagipun, saya muda lagi..’

Aku hanya membaca beberapa komen yang ditebalkan tulisannya. Kemudian aku melihat gambar-gambar yang ada. Mereka berdua memang kelihatan mesra. Aku memberikan semula suratkhabar itu kepada Jijot dan berkata sambil tersenyum.

“Kenapa? Biasa je.”

“Biasa kau cakap? Eh, Faruq ada contact kau sebelum ni?”

“Takde. Dia kat Italy, shooting dengan tu, Shasha tu. Busy la kot. Kenapa?”

“Kau takde rasa marah ke, jealous ke? Kau tak rasa ke macam minah ni nak si Faruq tu?”

“Hm.. Kejap aku rasa. Hmmm… Takde. Takde rasa macam tu pun. Haha.. Da lah, Jot. Jom makan. Kau tau tak, aku dari semalam tak makan. Lapar sangat da ni.”

“Hah. Tukar topik la tu. Yela.. Yela.. Jom makan.”

Aku dan Jijot terus ke gerai makanan. Walaupun di dalam hati aku menjelma satu perasaan yang aku sendiri pun tak tahu nak nyatakan, namun aku masih mampu melemparkan senyuman bagi menutup kesedihan. Sambil membeli makanan kami berborak. Jijot bertanya.

“Eh, minggu depan dah start cuti sem, kau ada plan nak pergi mana-mana tak?”

“Aku nak balik Johor.”

“Kau nak pergi mana?”

“Balik kampung aku la. Family aku kan baru pindah Johor.”

“Ouh. Hm.. Nampaknya, aku cuti sorang-sorang la ni. Sebulan pulak tu cuti. Aku malas nak balik Perlis.”

“Hah. Tu la. Da lama sangat duduk sini. Nak balik kampung pun malas. Anak durhaka ni. Haha…”

“Banyak la kau punya durhaka. Jauh la. Aku malas nak balik. Sakit punggung drive jauh-jauh. Haha..”

“Banyak la alasan kau. Kalau macam tu, jom ikut aku balik Johor. Nak?”

“Boleh jugak. Aku pun tak pernah pergi Johor. Mana tau boleh sangkut mamat Johor ke, baru kena.. Utara bertemu selatan. Haha..”

“Haha.. Habis tu, si Faezal kau tu nak campak mana?”

“Takpe la. Pasang banyak sikit. Boleh guna waktu emergency.. Haha..”

“Amboi.. Da pandai sekarang pasang sparepart! Mana belajar ni?!”

Kami berdua ketawa dan kemudian terus berbual sambil menikmati makan tengah hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience