Bab 4

Romance Completed 10118

BAB 4

“Weyh! Kau nak dengar satu cerita tak? Semalam kan, ada orang ajak aku date. Kau tau siapa? Faezal!!! Mamat yang aku usha aritu. Semalam dia jumpa aku then, ajak aku keluar. Lepas tu dia cakap sebenarnya dia pun da lama syok kat aku. Wahh!! Heaven.. Semalam memang hari paling bermakna bagi aku.”

Jijot menghabiskan ceritanya dan memandang aku yang berada di sebelahnya yang sedang jauh termenung.

“Hoyy! Kau dengar tak aku cerita ni?!”

Sergahan Jijot membuatkan aku terkejut.

“Hah?! Aaa.. Dengar.. Dengar.. So, lecturer kau marah tak?”

“Hah? Apa kena mengena dengan lecturer aku pulak ni?”

“Tadi kau cakap semalam kau tak hantar assignment lecturer kau kan. Habis dia tak marah?”

“Sah! Kau mengelamun tadi. Aku takde cerita pasal assignment pun. Kau ni kenapa? Kau okey tak?”

“Ea? Aku macam ada dengar-dengar kau cakap assignment tadi. Haha..”

Keadaan di dalam kereta senyap seketika. Jijot memandang depan meneruskan fokusnya di jalanraya. Di dalam fikiran aku bermain peristiwa semalam antara aku dan Faruq.

“Jot, macam mana kita nak tau kalau orang da berubah hati?”

Tiba-tiba satu soalan muncul dari mulut aku. Jijot menjawab soalan aku dengan soalan.

"Berubah hati? Berubah hati macam mana tu?"

"I mean, berubah macam... Dulu dia sayang kat kita tapi sekarang macam, entahlah.."

“Ouh.. Yang paling obvious, mesti dia da jarang contact. Yela, maybe bagi dia, kita da tak diperlukan lagi. Then, kalau kita ada jumpa or terjumpa dia, mesti dia macam nak tak nak je pandang kita. Da tu, lagi dahsyat kalau dia pandang tapi tak senyum pun kat kita macam selalunya. Lepas tu, dia mesti mintak kita jangan contact dia kerap sangat. Selalunya, dia mesti akan bagi alasan yang dia busy. Hah?! Lebih kurang la macam kau dengan Farr…. Oh my God!! Anees! Kau jangan cakap kat aku yang Faruq….”

“Eh! Tak la… Semalam aku jumpa dia.”

“Then, apa dia buat kat kau?”

“Tak ada apa. Kitorang berborak macam biasa. Aku happy sangat dapat jumpa dia.”

Aku berkata kepada Jijot sambil melemparkan senyuman palsu. Aku tidak mahu dia mengetahui cerita sebenarnya. Tetapi Jijot masih berkerut dahi kepada aku seolah-olah dia tahu aku tidak menceritakan hal sebenar.

“So, kenapa kau tanya aku soalan macam tu tadi? I smell something fishy. Hm..”

“Takde la.. Saja je tanya..”

Aku membalas dengan bersahaja kemudian aku menekan punat ‘ON’ di radio. Kini, lagu ‘Remuk Jantungku’ yang dinyanyikan oleh Geisha memenuhi suasana di dalam kereta.

'Sulitku kira kehilangannya

Sakit terasa memikirkannya

Hancur warasku kau telah berlalu

Tinggalkan aku begitu

Rapuh hidupku, remuk jantungku

Semua salahku, tak jaga dirimu

Untuk hatiku, sungguh ku tak sanggup

Semua terjadi seperti mimpi

Mimpi burukku, kehilanganmu...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience