Bab 5

Romance Completed 10118

BAB 5

“Sayang, you tau what’s the difference between blood and you?”

“Hmm.. Tak tau.”

“Blood enters my heart and flows out but you entered my heart and stayed..”

“Ouhh.. Hm.. You tau apa beza you dengan penipu?”

“Tak. Apa?”

“Sama! Tak ada beza pun. Dua-dua kaki menipu. Haha..”

“Sampai hati you. I cakap ikhlas ni tau.. I love you..”

“Ye, I tau..”

“Tu je?”

“Huh? Habis you nak I cakap apa?”

“Hmm.. Tak ada apa la..”

Aku tersenyum seorang diri mengenangkan memori dulu. Aku duduk di pondok bas yang berhadapan dengan kedai Tutti Fruitti, tempat aku dan Faruq pernah bekerja dulu selepas tamat sekolah menengah. Di situ lah tempat aku dan Faruq pertama kali bertemu. Kami berkawan dan seterusnya menjadi kekasih.

“Sayang, I nak cakap something ni.”

“Hm.. apa dia?”

“Minggu depan I nak pergi audition.”

“Audition? Audition apa?”

“Audition berlakon. Diorang nak cari bakat baru. I nak try la.”

“Hm.. Okay jugak tu. You pun memang ada bakat.”

“You tak kisah?”

“I? No la. Tu kan peluang untuk you. Nanti I doakan you berjaya dalam audition tu. Tapi you tak nak sambung study ke?”

“I cuba audition ni, kalau dapat, I teruskan berlakon tapi dalam masa yang sama, I sambung study jugak. Okey tak?”

“Okay jugak. Tapi, nanti kalau you da berjaya, jangan pulak lupa diri.. Jangan sombong..”

“Hehe.. I belum pergi lagi you da bagi warning macam tu.”

“Yela.. Melayu kan mudah lupa.. I tolong ingatkan je.”

“Yela, yela.. I tak kan lupa diri. I promise I tak kan lupakan you. Tu yang paling penting.”

Honk ! Honk !

Bunyi hon bas menghentikan lamunan aku. Aku menghembuskan nafas panjang. Kemudian aku melihat bas tadi berlalu pergi selepas menurunkan beberapa orang penumpang. Di dalam hati, aku menggumam..

‘Bas… Hmm...’

Seketika itu, memori lalu menjengah kotak ingatan aku sekali lagi. Memori ketika aku dan Faruq balik kerja menaiki bas.

“Mengantuk la..”

Aku berkata sambil menguap kecil. Faruq terus berkata.

“You tidur la dulu. Nanti I da nak turun, I kejut you.”

Faruq berkata sedemikian memandangkan bas akan berhenti di rumahnya dulu. Aku terus mengangguk. Tidak berapa lama kemudian, pandanganku mulai kabur, kabur, kabur dan gelap. Aku terlena…

KRINGGG!

Bunyi loceng bas ditekan oleh salah seorang penumpang membuatkan aku terjaga. Aku membuka mata dan kemudian, suara Faruq kedengaran.

“Haa.. bangun pun. Lenguh bahu I..”

Mendengar kata-katanya itu, baru aku tersedar yang aku sedang bersandar di bahunya. Aku cepat-cepat membetulkan posisi, duduk dengan betul.

“Hmm.. Sorry. Tak sampai rumah you lagi ke?”

Aku berkata sambil melihat sekeliling. Hanya tinggal beberapa orang penumpang. Faruq menjawab.

“Rumah I da lepas da. Depan tu rumah you.”

“Hah?!”

Aku terkejut mendengar jawapannya. Faruq tersenyum kemudian bangun dan menekan loceng.

KRINGGG!

“Jom la turun. Da sampai rumah you.”

Faruq menarik lenganku dan kami sama-sama turun dari bas. Selepas bas itu berlalu pergi, Faruq berkata.

“Jalan baik-baik.. Ke you nak I hantar you sampai depan rumah?”

Aku masih mamai, keliru dengan keadaan itu. Faruq berkata lagi.

“Kenapa? Tak nak balik ke? Tu rumah you..”

“Kenapa you tak turun tadi? Kan da terlepas rumah you ni?”

“Tadi you da sandar kat I, I malas nak kejutkan you. Kesian tengok you tidur.”

Faruq tersenyum dan senyuman itu membuatkan aku juga tersenyum.

“Sorry.. Ni macam mana you nak balik?”

“Cab kan banyak…”

“Hmm.. Ok, I teman you..”

Aku dan Faruq duduk di pondok bas yang tidak jauh dari rumah aku. Tidak lama kemudian, sebuah teksi datang dan Faruq terus pulang ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience