Bab 8

Romance Completed 10118

BAB 8

“Anees! Mak abah kau mana?”

“Diorang da keluar pergi kenduri. Biasa la, hujung minggu banyak kenduri.”

“Hm.. Aku terbangun lambat pulak hari ni.”

“Haa.. Tu la. Malam tadi bergayut dengan Faezal tu sampai 3, 4 pagi. Siapa suruh?”

“Bukan salah aku. Dia tu yang tiba-tiba je cerita semua masalah dia kat aku. Masalah family. Tak kan tiba-tiba aku nak letak kot. Kena la layan. Huargghhhh…”

Jijot berkata kemudian menguap menandakan dia masih mengantuk lagi.

“Amboi menguap bagai.. Kau da mandi belum ni?”

“Da, okey.. Nampak ni rambut basah lagi, bukti. Hm.. Buka 103. Aku nak tengok Melodi.”

“Hm.. Tau da. Waktu-waktu macam ni memang time kau dengar gossip-gosip artis tu.”

Aku terus menekan alat kawalan jauh astro itu dan skrin tv terus memaparkan imej yang aku kenali. Faruq bersama salah seorang wartawan Melodi. Jijot terus memandang aku. Aku hanya mengukir senyuman. Kemudian, perhatian kami beralih kepada temu ramah antara Faruq dan wartawan tadi.

“So, Faruq.. Lama da tak balik Malaysia. Semakin rancak berlakon, shooting kat luar negara.”

“Alhamdulillah. Rezeki...”

“Apa movie terbaru you?”

“Yang tengah ditayangkan kat Malaysia, Permintaan Hati dan Spell. Yang saya sedang shooting kat Italy ni untuk movie yang akan ditayang maybe dua bulan lagi, tajuk Calling Out.”

“Dan semua movie tu you berlakon bersama Shasha?”

“Yup, saya hero, Shasha heroin.”

“Dalam ketiga-tiga movie tu, you all berlakon as a couple. Jadi kat luar filem pun you all ni memang couple betul ke apa? Sebab nampak chemistry you all kuat sangat.”

“Haha.. Kami memang rapat la. So, chemistry tu jadik sendiri dalam filem.”

“Okey, baru-baru ni kami dapat gambar terbaru Faruq dan Shasha di sebuah kedai di Italy, sedang membeli cincin. Haaaa… Apa maknanya tu?”

“Maknanya saya beli cincin la. Haha.. Tak kan nak beli kereta pulak.. Hahaha…”

“Hahaha..Cincin tunang ke? Sebab sekarang da heboh sana sini kata cincin tu untuk you bertunang dengan Shasha?”

“Haha.. Takde la. Memang saya beli cincin dengan Shasha. Tapi bukan la cincin tunang. Cincin tu untuk someone yang istimewa bagi saya.”

“Siapa someone istimewa tu?”

“Haha.. Adalah… Mana boleh bagitau..”

“Shasha ke?”

“Hahahaha.. Maybe yes, maybe not.. Hahaha..”

“Ke you da melamar Shasha tu? Sebab ada gambar you tengah melutut depan Shasha, macam you tengah propose dia.. Gambar tu pun da tersebar kat media sosial…”

“Hah? Oh, gambar tu sebenarnya saya tengah rehearse satu scene untuk filem kami nanti. Bukannya propose betul. Jangan salah faham ea. Haha… Saya dengan Shasha tu kawan rapat yang tersangat rapat. Tapi kalau ada jodoh, ada lah kan.. Hahaha…”

“Okay, apa ucapan you kepada peminat-peminat you?”

“Allright.. Untuk peminat-peminat saya, jangan lupa saksikan movie terbaru saya yang sedang ditayangkan di pawagam Malaysia, Permintaan Hati dan Spell. Saya jamin cerita tu akan memberikan kepuasan kepada anda. Jangan lupa tengok!”

Faruq mengenyit matanya dan tersenyum. Kemudian skrin berubah kepada iklan. Jijot terus bersuara.

“Anees… Faruq ada…”

“Kau nak ikut aku pergi kandang tak petang ni?”

Aku terus memotong kata-kata Jijot sambil tersenyum. Aku tak mahu mendengar nama yang Jijot sebut sebentar tadi buat sementara ini.

“Anees.. Kau okey?”

“Okey.. Cuma kau tolong aku satu benda, boleh?”

“Apa dia?”

“Tolong jangan sebut nama dia buat sementara ni, boleh?”

“Siapa? Faruq?”

Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Jijot menghela nafas panjang dan terus bersetuju. Aku harap dia faham keadaan aku sekarang.

“So, nak ikut aku pergi kandang tak?”

“Malas la. Aku rasa kau mesti nak tenangkan diri, kan.. Kau pergi je la seorang. Okey?”

“Hahaha… Yela.. Tak nak ikut sudah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience