Bab 1

Romance Completed 10120

"I LOVE YOU, TOO"
Penulis: Kakchik

BAB 1

“Hello, sayang… Tengah buat apa?”

“Hm.. I tengah siapkan assignment. Tadi lecturer ada bagi assignment lagi.”

“Ouh.. sorry la kalau kacau you. Sayang, about date malam ni…….”

“Kenapa? Cancel?”

“Hm.. Macam tu la lebih kurang. Err… You marah ke?”

“Tak la.. Buat apa I nak marah. You busy kan. I faham..”

“Sepatutnya I tak ada shooting pun malam ni. Tiba-tiba je tadi manager I call bagitau, director nak buat shooting awal. I’m so sorry, sayang..”

“It’s okay la.. At least malam ni I boleh la siapkan assignment I yang menggunung ni.”

“Hm.. Siapkan assignment tau, jangan buat projek lain pulak. Hehe..”

“Ya, I buat assignment.. Esok you datang kelas tak?”

“Datang. I shooting sampai pukul 1 pagi je rasanya. Esok I masuk kelas la. Tu pun kalau tak penat..”

“Mengada la tu. Esok you mesti masuk kelas, okay?”

“Haha.. Ye, sayang. Okay la. Got to go. Esok kita jumpa, okay? Bye, love you..”

“Okay.. Bye..”

Talian ditamatkan. Aku tersenyum seketika mengenangkan Faruq, cinta hati aku.

“Hey! Faruq cancel date lagi ke?”

Tiba-tiba suara Jijot, rakan serumah aku menembusi gegendang telinga.

“Hmm.. Biasa la. Dia ada shooting malam ni.”

“Ish.. Masuk ni, da kali ke….. satu, dua, tiga…. empat?! Hah! Empat! Kali ke empat dia cancel last minute. Kau tak marah ke?”

“Buat apa nak marah? Dia busy kan.. Lagipun bagus jugak aku tak keluar malam ni. Boleh aku siapkan assignment yang menggunung ni.”

“Kau ni, positif sangat.. Kau percaya ke dia pergi shooting tu. Entah-entah dia pergi dating dengan orang lain. Ye la. Dia kan artis popular abad ini lah kononnya. Mesti ramai perempuan ajak keluar.”

“Haha.. Biarlah kalau dia nak dating dengan orang lain pun. Artis kan hak milik orang awam. Haha..”

“Ye la, Anees.. Aku cakap, kau main-mainkan. Jangan sampai satu hari nanti, kau menangis kerana dia. Hmm.. Kalau da jadik benda macam tu, memang aku la orang pertama yang buat dia masuk hospital..”

“Wah… Gangster nya kau… Kak yong kawasan ni...”

Aku berkata sambil membuat muka teruja dan menepuk tangan. Jijot yang bengang dengan tindakan aku terus menarik telingaku dan berkata.

“Aku cuma tak nak tengok kau menangis kecewa, budak…”

Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Jijot itu. Faruq adalah pelakon muda yang semakin meningkat namanya di dunia seni. Hampir tiga tahun aku menjalinkan hubungan dengannya, aku berasa sungguh sempurna. Namun keadaan berubah setelah dia bergelar anak seni. Kami semakin jarang berjumpa kerana jadualnya begitu padat. Maklumlah, artis muda yang sedang laris. Tetapi aku tidak cepat melenting walaupun banyak dugaan yang aku terima. Aku cuba untuk fahami tugasnya. Aku cuba untuk sentiasa tenang dengan setiap apa yang berlaku. Bak kata Jijot, aku ni positif sangat. Memang la aku kena positif. Aku tak nak la burukkan nama Faruq atau kerjaya dia yang tengah naik tu. Sebab, aku sayang dia….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience