Bab 9

Romance Completed 10153

BAB 9

Aku duduk seorang diri di luar arena sambil melihat beberapa orang lelaki sedang memberi latihan kepada kuda-kuda. Mataku meliar mencari Rafy, tetapi dia tiada di situ. Aku menghela nafas panjang kemudian terus bersandar. Aku tak tahu apa yang aku sedang fikirkan ketika ini. Tetapi apa yang pasti, imej Faruq bermain-main di minda. Daripada kenangan dulu sehingga lah wajahnya di tv yang aku baru tengok tadi.

“Eh, Anees!”

Tiba-tiba satu suara menegurku. Aku berpaling kepada orang yang memanggil aku tadi. Rafy! Rafy berjalan ke arah aku dan terus duduk di sebelahku. Aku hanya mengukirkan senyuman kepadanya. Dia mula bertanya.

“Anees buat apa kat sini?”

“Hm.. Saja tengok kuda exercise. Abang dari mana ni?”

“Dari bandar tadi, pergi bank.”

“Wahh.. Pergi bank, ambil gaji ke?”

“Haha.. Tak lah. Bank in duit untuk adik abang. Dia nak pakai duit sikit.”

“Adik abang? Dia tak stay dengan parents abang ke?”

“Tak la.. Dia kat asrama. Parents abang da takde la..”

“Hah?!”

“Hm.. Tak lama lepas abang SPM, parents abang accident and meninggal. So, abang la yang jaga adik abang sekarang ni. Sebab tu abang merantau sana-sini, nak cari duit.”

“Sorry, Anees tak tau..”

“Takpe. Hm.. Anees, malam ni kita keluar nak? Tengok wayang. Lama da tak tengok wayang dengan Anees. Kita tengok cerita baru, Spell, yang Faruq berlakon tu. Nak?”

‘Oh, no! Nama tu lagi!'

Aku berkata di dalam hati. Mungkin untuk beberapa minit tadi, aku sudah terlupa dengan nama itu apabila aku nampak Rafy. Tapi kini, senyuman yang sentiasa aku ukirkan perlahan-lahan pudar. Rafy yang mungkin perasan akan perubahan itu, bertanya.

“Kenapa? Anees tak minat Faruq ke?”

Aku hanya berdiam diri. Tidak mahu menjawab soalan itu.

“Hm.. Pelik, Anees la budak perempuan pertama yang abang kenal yang tak minat Faruq tu. Kenapa tak minat? Jealous ea dia couple dengan Shasha tu? Hahaha…”

Okey, sekarang keadaan semakin tertekan. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasakan hati aku seperti berkecai apabila nama Faruq disebut lagi. Aku mula membuka bicara dengan nada yang perlahan.

“Abang, nak tahu satu rahsia tak?”

“Apa?”

“Sebenarnya, Anees dengan Faruq tu pernah berkawan. Kitorang kerja kat tempat yang sama lepas habis SPM, sebelum dia jadi pelakon. Dan, kitorang… Kitorang couple.”

“Huh?!”

“Hm.. Kitorang couple sejak kat tempat kerja lagi, sampai la kitorang masuk universiti and Faruq try audtion nak jadi pelakon. Then, dia dapat jadik pelakon. Nak dekat 3 tahun jugak sebenarnya.”

“Biar betul?”

“Betul la. Buat apa Anees nak tipu..”

“So, sekarang korang macam mana?”

“Entah..”

“Entah? Apa maksud entah tu..”

“Sekarang, kitorang da tak contact lagi. Mungkin sebab dia busy sangat dengan kerja dia. Anees pernah tengok schedule dia, memang full.”

“Tak kan la sampai nak call sekejap pun tak sempat? Eh, tapi bukan sekarang dia da couple dengan pelakon baru tu ke?”

Aku menghela nafas kemudian mendongak ke langit. Dengan nada yang mendatar, aku berkata.

“Mungkin dia da lupakan Anees. Dia dah ada orang lain yang sama taraf dengan dia, orang yang sentiasa boleh ada kat sisi dia, orang yang sangat faham kerja dia. Hmm.. Anees rasa, Anees dah kena lupakan dia, lupakan kenangan kitorang dulu, dan lupakan janji-janji yang pernah ada dulu.”

Aku memandang Rafy dan tersenyum. Ya! Senyuman yang terukir itu memang tidak mampu mengubati hati yang sudah berkecai ini. Faruq… Mungkin nama itu kini hanya sebahagian daripada lipatan sejarah hidup aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience