Bab 3

Romance Completed 10118

BAB 3

Hampir setengah jam aku menunggu Faruq, namun kelibatnya masih tidak muncul. Aku melihat jam. 2.34 petang.

‘Mana Faruq ni?’

Hati aku bertanya. Mungkin kerana agak lama aku tidak bersua muka dengannya membuatkan perasaan rindu aku melonjak-lonjak. Panggilan telefon daripadanya pagi tadi yang menyatakan dia ingin berjumpa dengan aku cukup untuk membuat aku gembira.

“Hai, you.. Lama tunggu?”

Tiba-tiba seorang lelaki memakai cermin mata hitam, bertopi dan berjaket ringkas dikenakan dengan jeans ketat duduk di depan aku. Aku tidak dapat mengenalinya kerana wajahnya terselindung di sebalik cermin mata hitam dan kepalanya juga menunduk, memandang meja. Aku bersuara.

“Sorry?”

“Sorry? You tak kenal I ke? I la ni…”

Lelaki tadi berkata sambil menurunkan kaca matanya sehingga menampakkan sepasang matanya. Dari situ barulah aku perasan,

“You, Faruq….”

“Shhhhhh… Jangan cakap kuat-kuat. Nanti orang dengar. I tak bawak bodyguard ni.”

Faruq berkata sambil membetulkan semula cermin matanya tadi.

“Ouh.. Sorry. I tak tau pulak yang I tak boleh sebut nama you kat tempat public macam ni.”

“Takde la. I bukan apa. Kalau ada sorang tau I ada kat sini, nanti semua datang nak bergambar la, itulah.. Inilah.. I penat… Lagipun, I malas nak menjawab soalan reporters kalau diorang nampak I dengan you kat sini.”

Hati aku tersentap dengan ayat dari mulutnya tadi. 'I malas nak menjawab soalan reporters kalau diorang nampak I dengan you kat sini'. Kenapa? Hina sangat ke aku ni? Aku tak layak duduk berborak dengan dia ke? Cepat-cepat aku positifkan semula mindaku. 'Cool.. Cool.. Maybe, dia tak maksudkan macam apa yang aku fikir ni'. Tiba-tiba datang pelayan Coffee Bean’s House itu untuk mengambil order.

“Order, sir?”

Dengan pantas Faruq menundukkan semula mukanya. Pelayan tadi hairan melihat reaksi Faruq. Melihat keadaan begitu, aku cepat-cepat memesan minuman.

“Two cappuccino, please..”

Pelayan tadi mengangguk dan beredar.

“You, jangan la nampak sangat you tengah undercover. Orang pandang pelik la..”

“I kena jugak buat macam ni.”

“Yela, tapi jangan la nampak sangat. Kalau you relax je, maybe takde orang perasan pun.”

“Tak boleh. Bahaya. Haish.. Next time, I kena bawak jugak bodyguard, even nak jumpa you je pown. You, I ajak you keluar ni sebenarnya…..”

Belum habis Faruq bercakap, dia menundukkan semula mukanya kerana pelayan tadi datang untuk menghidangkan minuman.

"Here's your cappuccino, ma'am. And here... Err. Hm.. Sir, are you okay?"

Pelayan yang hairan dengan tingkah Faruq itu bertanya dan Faruq hanya berdiam diri sambil menutup sebahagian mukanya dengan jaket. Aku berkata kepada pelayan itu.

"He's not feeling well. He will be fine."

"Okay. Well.. Enjoy."

Pelayan itu melemparkan senyuman sebelum beredar. Kemudian, barulah Faruq mengangkat muka memandang aku semula.

“Urgh! Sibuk hal orang la waiter ni!"

"Hey.. Jangan la marah dia. Dia ambil berat kat customer dia. Mana la tau customer dia tengah tercekik ke... apa ke..."

"Yeah, whatever. I takkan datang lagi tempat ni. Sorry, kat mana I stop tadi?”

Aku menghela nafas pendek. Sambil tersenyum aku berkata.

“Tadi you nak cakap kenapa you ajak I keluar?”

“Oh, yes. Hm.. Macam ni, I da decide nak berhenti study. I nak focus dengan kerja I sekarang ni.”

“Hm?”

“I nak berhenti belajar buat sementara ni. Then, I nak focus betul-betul dengan lakonan. Bukan apa, kadang-kadang tu I rasa penat sangat-sangat. Nak kejarkan study, schedule kerja pun padat. So, I decide berhenti dulu belajar ni. Lagipun, time I tengah ‘panas’ ni la I kena buat duit banyak-banyak.”

“You da fikir betul-betul pasal ni?”

“Yes and I am 100% sure dengan keputusan I.”

“So, okay la ka….”

“Okay la, I tak banyak masa nak borak. Ada lagi satu perkara I nak cakap dengan you. Hm.. Untuk dua, tiga bulan ni I takde kat sini tau. I ada shooting kat Korea and then, Italy for my new movies. So, nanti you tak payah la call or text I. I takut I busy nak jawab.”

Aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk.

“Okay la. I've got to go. I tak boleh lama sangat kat sini. Nanti ada je mamarazzi paparazzi yang nampak I. I pergi dulu ea. Bye..”

Faruq bangun meninggalkan aku di situ. Kemudian aku cepat-cepat mengeluarkan handphone aku untuk menghantar text kepada Faruq.

‘I’ll miss you…’

Sent! Pantas aku menoleh Faruq yang sudah berada di luar kedai. Dia mengambil handphone nya dari poket dan menatapnya seketika. Aku tersenyum dan berharap mendapat balasan darinya. Namun, Faruq memasukkan semula handphone nya ke dalam poket dan berlalu pergi. Dari jauh, aku hanya mampu melihat reaksinya. Untuk seketika dan untuk pertama kalinya, aku berasa hati aku seperti terkoyak. Sakit…

‘Dia….. Dia tak reply?”

Satu soalan yang mungkin tidak akan ada jawapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience