Bab 11

Romance Completed 10118

BAB 11

“Mak.. Abah mana, mak?”

“Abah kamu tu, da ada kandang kuda, situ je la dia duk melepak. Mana nak lekat kat rumah.”

“Haha.. Biasa la, mak. Business kena la jaga.”

“Jijot mana?”

“Kat dalam bilik, tengah kemas barang sikit-sikit. Esok kan da nak balik KL. Hm.. Kejap je rasanya cuti ni.”

Aku berkata kemudian mengambil alat kawalan jauh untuk menukar saluran tv. Tapi, belum sempat aku mencapai alat kawalan jauh itu, tangan mak lebih tangkas menepuk tangan aku.

“Ish! Jangan tukar channel. Kejap lagi cerita tu nak start.”

“Cerita apa mak?”

“Innocent Man.”

“Korea?”

“Haruslah Korea. Haa.. Tu, da start.”

Aku hanya tersenyum melihat gelagat mak aku. Kemudian, tumpuan aku pun beralih ke cerita di tv. Tidak lama selepas itu, ada satu suara memberi salam dari luar.

“Assalamualaikum…”

“Mak, ada orang bagi salam."

“Kamu pergi tengok la.”

Mak berkata namun matanya masih di kaca tv. Aku bangun dan membuka pintu.

“Walaikumsalam..”

“Anees..”

Aku terkejut apabila melihat Rafy yang berada di luar rumah. Aku menjenguk mak yang masih khusyuk menatap tv kemudian aku keluar dari rumah.

“Hi, abang nak apa sampai datang kat rumah ni? Abah kan ada kat kandang.”

“Ye, memang bos ada kat sana. Abang da cakap kat bos nak keluar kejap. Abang nak jumpa Anees kejap.”

“Jumpa Anees? Ada apa?”

“Anees… Siapa yang datang tu?”

Tiba-tiba suara mak dari dalam rumah kedengaran. Aku menyuruh Rafy tunggu sebentar kemudian aku masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah, Jijot sudah berada bersama mak di depan tv.

“Hai, Jot.. Bila masa kau ada kat situ?”

“Aku baru je duduk ni.”

“Mak, Anees keluar kejap dengan Rafy, boleh?”

“Rafy mana?”

“Pekerja abah. Tu, dia da ada kat luar. Anees keluar kejap ea..”

“Hmm.. Dating la tu.”

Jijot bersuara membuatkan perhatian mak beralih kepada aku.

“Dating?”

“Mak, tak payah percaya si Jijot tu. Dia kadang-kadang memang ada wayar putus.”

“Hm.. Tak kisah la wayar putus ke, wayar terbakar.. Patut la selama ni suka sangat pergi kandang tu, rupanya ada udang di sebalik mee..”

“Hah, mak! Hero tu nak kena belasah!”

“Mana?! Mana?!”

Pantas perhatian mak aku beralih semula kepada skrin tv. Aku mengenyit mata kepada Jijot yang tersenyum melihat aku sambil tanganku mencapai beg tangan. Kemudian aku keluar berjumpa dengan Rafy semula.

“Abang, ikut Anees kejap.”

“Pergi mana?”

“Ikut je. Takkan kita nak cakap kat sini. Mak ada kat dalam.”

Aku terus membawa Rafy menaiki kereta ke satu bukit yang dijadikan taman rekreasi. Aku terus duduk di salah satu bangku di situ dan Rafy masih berdiri di depanku. Dia cuba memulakan perbualan.

“Anees, err..”

“Mesti abang nak tau pasal Faruq malam tu, kan? Abang ni, busybody la.. Haha..”

Rafy tersenyum kemudian duduk di sebelah aku.

“Hm.. Bukan busybody, cuma nak tau. Apa dia buat kat Anees? Dia ada cakap benda yang sakitkan hati Anees ke?”

“Tak la. Kitorang okey je. Borak-borak… Cuma Anees rasa kitorang da tak macam dulu. Berborak pun rasa macam awkward sangat. Maybe sebab da lama tak jumpa kot.”

“So, dia cakap apa je kat Anees?”

“Hey… Sibuk je nak tau.. Haha..”

“Tak la. Kalau tak nak bagitau pun takpe.”

“Eleh..”

Aku tersenyum kemudian mengeluarkan kotak cincin yang Faruq berikan kepada aku dari beg tangan. Rafy terkesima apabila nampak kotak tersebut. Kemudian, aku berkata.

“Dia bagi ni kat Anees. Abang rasa apa ada dalam ni?”

“Err.. Cincin?”

“Nope! Dalam ni ada ais. Dalam ais tu baru ada cincin.”

“Huh?!”

Aku terus membuka kotak itu dan mengeluarkan kiub ais yang sudah separuh mencair itu. Aku menunjukkannya kepada Rafy dan kemudian memasukkan semula ke dalam kotaknya.

“Dah! Tak boleh keluarkan lama-lama. Nanti ais ni cair. Anees takde jawapannya lagi.”

Rafy berkerut mendengar kata-kataku. Aku cuba menjelaskan segalanya.

“Faruq bagi Anees cincin ni and dia suruh Anees tunggu dia. Tunggu dia dalam setahun dua lagi. Dia nak betul-betul serius dengan Anees. He wanna marry me. Dia nak Anees bagi jawapan bila ais tu habis cair.”

“Hah?! Biar betul? Dah tu, jawapan Anees?”

“Entah la. Anees tak boleh nak fikir pasal benda ni. Kalau nak ikutkan hati, Anees sayang kat dia lagi. Tapi bila fikirkan semula, Anees rasa macam Anees tak boleh bahagia dengan dia nanti. Entah la. Anees pun tak tau.”

“Benda macam ni kena fikir masak-masak. Tapi bagi abang, memang Anees sayangkan dia, tapi dia yang dulu, bukan dia yang sekarang. Sekarang dia da lain. Dia da jadi orang terkenal. Kalau Anees terima dia, abang rasa memang banyak lagi dugaan Anees lepas tu. Abang rasa sekarang ni da tiba masa untuk Anees buka mata dan hati untuk orang lain.”

Aku terdiam mendengar nasihat Rafy. Memang benar apa yang dikatakannya. Keadaan menjadi senyap seketika. Hanya kedengaran suara kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan yang tidak jauh dari kami. Ketika ini, di dalam mindaku hanya terukir imej Faruq.

“Anees…”

Tiba-tiba Rafy bersuara. Aku memandangnya dan dia meneruskan kata.

“Anees.. Anees ingat lagi tak masa abang luahkan perasaan abang kat Anees dulu?”

Sepantas kilat, kenangan itu menerjah fikiran. Aku mengalihkan pandangan aku ke tempat lain. Namun, Rafy masih meneruskan kata-katanya.

“Kalau boleh, kat sini abang nak terus-terang kat Anees.. Sebenarnya, perasaan abang kat Anees dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Abang sayangkan Anees lebih dari seorang adik walaupun abang tau yang Anees hanya anggap abang sebagai seorang abang je. Masa pertama kali kita jumpa semula, abang rasa happy sangat sebab abang jumpa semula orang yang abang sayang, orang yang abang rindu. So, sekarang ni boleh tak abang nak mintak Anees jadi lebih dari seorang adik bagi abang?”

Aku menghela nafas panjang apabila mendengar permintaan Rafy itu. Aku menarik nafas semula, mencari kekuatan untuk menjawab permintaan tadi.

“Abang.. Sorry… Anees memang anggap abang sebagai abang Anees yang paling baik. Anees tak boleh anggap lebih daripada tu. Im so sorry..”

Rafy yang tadi memandang aku kini tertunduk. Tak lama kemudian, dia mengangkat semula wajahnya dan berkata.

“Takpe la kalau macam tu. Abang baru cuba dua kali luahkan perasaan kat Anees. Selalunya orang kata, kali ketiga baru menjadi. Nanti la abang luahkan untuk kali ketiga. Mana tau ada chance. Hahaha..”

Rafy ketawa membuatkan aku juga melemparkan senyuman. Di dalam hati, aku mengagumi semangatnya ketika berdepan dengan situasi begini. Aku puji dirinya yang berani untuk meluahkan isi hati walaupun aku percaya yang dia sendiri tahu apa jawapanku kepadanya.

‘Bagusnya kalau aku ada semangat dan keberanian macam abang ni untuk bagi jawapan kat Faruq. Hmmmm…’

Tapi masalahnya sekarang ni, aku da ada jawapan ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience