Bab 10

Romance Completed 10118

BAB 10

“So, awak memang da kenal Anees la sebelum ni? Patut la korang nampak rapat. Kau tak bagitau aku pun, Anees?”

Jijot berkata kemudian menyiku lengan ku. Aku ketawa dan Rafy yang berjalan di sebelah aku pula berkata.

“Biasa la, dia mana nak kenalkan saya kat orang lain. Takut la tu ada orang rampas saya daripada dia. Haha..”

“Eii, tolong sikit. Tak terfikir benda macam tu pun.”

Aku menafikan kata-kata Rafy membuatkan Rafy mencebik kepada aku dan Jijot terus ketawa. Aku, Jijot dan Rafy berada di bandar sekarang ini. Setelah beberapa kali Rafy mengajak aku keluar ke bandar, baru kali ni aku setuju. Itupun dengan syarat, aku boleh membawa Jijot sekali.

“Dah, dah. Tak payah nak buat muka comel tu. Ni kita nak tengok wayang dulu ke makan dulu?”

Aku bertanya dan sepantas kilat Jijot menjawab.

“Makan! Aku lapar…”

“Amboi.. Sejak datang sini, kerja kau makan je..”

“Apa boleh buat, makanan kat Johor ni sedap-sedap. Lagipun seminggu je lagi kan kita kat Johor ni, bagi lah aku chance merasa semua jenis makanan kat sini.”

“Ceh, sama je la makanan kat sini dengan kat KL tu. Kat kampus pun ada. Tak payah nak buat alasan.”

“Hahaha.. Dah la korang ni.. Jom kita makan kat sana. Restoran tu sedap.”

Rafy berkata sambil menunjuk ke arah sebuah restoran. Aku dan Jijot ternganga seketika apabila melihat restoran yang ditunjukkan oleh Rafy. Restoran tersebut nampak mewah.

“Eyt! Kenapa ternganga dua-dua ni?”

“Betul awak nak belanja kitorang kat situ? Restoran tu mesti mahal tu..”

“Hahahaha.. Mahal tapi sedap, takpe la. Jom!”

Rafy menjawab pertanyaan Jijot kemudian memegang tangan aku. Aku terkejut dan memandangnya. Dia melemparkan senyuman dan kami melangkah pergi. Sampai di muka pintu restoran itu, langkah kami semua terhenti. Seorang lelaki yang sangat aku kenali, Faruq, berada betul-betul di depan aku. Dia yang mahu keluar dari restoran itu juga terhenti. Aku, Rafy, Jijot, Faruq dan PA nya, masing-masing menjadi kaku seketika. Faruq kemudian memandang aku yang sedang berpimpin tangan dengan Rafy sebelum melihatku semula dan tersenyum.

“Anees..”

“Faruq..”

Dengan tenang Faruq menggapai tangan kananku dan berkata.

“Boleh I cakap dengan you sekejap?”

Otak ku seperti tidak boleh memikirkan apa-apa lagi. Semua perasaan bercampur-baur apabila melihat Faruq di depan mata. Dalam masa yang sama, aku dapat merasakan genggaman tangan Rafy semakin ketat. Perlahan-lahan, aku melepaskan genggaman tangan Rafy dan berkata padanya.

“Nanti Anees jumpa abang lagi. Abang pergi la dulu dengan Jijot. Anees ada hal sekejap.”

Dan aku melangkah pergi bersama Faruq meninggalkan Rafy dan Jijot di situ. Faruq juga mengarahkan pengurusnya untuk membiarkan dia bersendirian dengan aku. Kini, aku berjalan berpimpin tangan dengan Faruq tanpa sepatah kata antara kami. Sampailah di sebuah restoran hotel mewah, kami duduk, memesan minuman dan Faruq mulakan bicara.

“Hi… Anees..”

Aku hanya tersenyum dan kemudian keadaan menjadi janggal antara kami. Melihat keadaan begitu, aku mula membuka kata.

“Bila you balik Malaysia?”

“Tiga hari lepas. Macam mana you boleh ada kat sini?”

“Mak dengan abah I baru pindah sini. I cuti sem, so balik la sini. Erm.. Mana bodyguard you? Dulu you cakap kalau kita keluar lagi, you nak bawak bodyguard?”

“Hm.. Tak payah kot. I rasa okey je kat sini. Err.. Siapa lelaki tadi?”

“Tadi? Oh.. Rafy, my abang angkat masa kat sekolah dulu. Kitorang kebetulan jumpa balik kat sini.”

“Oh. Abang angkat.. Abang angkat siap pegang tangan macam tu?”

Aku terdiam. Tak tahu apa yang patut aku jawab. Kemudian, aku mengubah topik.

“You buat apa kat Johor ni?”

“I, holiday. Sekejap je. Maybe lusa da balik KL semula. Masuk set, shooting..”

“Oh.. Shasha mana?”

“Hah?!”

“Yela. Dia kan selalu dengan you. Dia tak ikut you ke sini?”

“No lah. I dengan manager I je. Err.. Alang-alang you pun da tanya pasal dia… So, I nak cakap sikit la about us.”

Faruq kemudian menyeluk poket jaketnya dan mengeluarkan satu kotak hadiah bersaiz kiub kecil.

“I da ke hulu ke hilir bawak benda ni tapi I tak berkesempatan jugak nak bagi kat orangnya.”

Dia menghulurkan kotak tersebut kepada aku. Aku membuka kotak itu dan mengeluarkan isinya. Seketul kiub ais yang di dalamnya ada sebentuk cincin. Apa yang aku pasti, cincin tersebut adalah cincin yang sama seperti di dalam gambar ketika dia membelinya di Italy bersama Shasha dan gambar tersebut juga sudah tersebar di internet dan suratkhabar.

“Ais tak ambil masa yang lama untuk cair. So, apa jawapan you?”

“Faruq…”

“I tau, you mesti da banyak dengar pasal I dengan Shasha tu, kan? So, hari ni I nak buktikan kat you yang I memang takde perasan langsung kat dia. Perasaan I cuma kat you seorang. I tau, lately I tak layan you, I tak contact you, tapi tu semua I buat sebab I nak tau sejauh mana perasaan I kat you. Dan memang tak salah lagi, memang I sayang kat you. Sepanjang I tak contact you, I miss you so much. Dalam sibuk I bekerja, I curi masa sikit, tengok gambar kita berdua dalam handphone I.”

Aku masih terdiam mendengar kata-kata Faruq. Dalam pada itu, kiub ais tersebut jugak mula mencair. Faruq berkata lagi.

“Sebenarnya, dengan cincin tu, I nak mintak sesuatu daripada you. I nak mintak you tunggu I, setahun je lagi. Boleh?”

“Tunggu you?”

“Yah.. Tunggu I, jangan cari orang lain. Tunggu I sampai I dapat betul-betul stable kan diri I, finance I. Sebab I nak betul-betul serius dengan you. I wanna marry you, sayang. I mean it.”

Tergamam aku mendengar kata-kata itu. Pantas aku mengambil napkin dan mengelap tanganku yang basah kerana air daripada ais itu. Kemudian aku memasukkan semula kiub tersebut di dalam kotaknya yang ‘waterproof’,’airproof’ dan segala ‘proof’ yang ada untuk mengelakkan ais itu mencair lagi. Aku menolak kotak itu kepada Faruq dan berkata.

“Faruq, I….”

“I tau you mesti tengah confuse sekarang ni. I faham. Takpe. I bagi you masa sampai ais tu habis cair. Bila ais tu da habis cair, you pakai cincin tu and kita jumpa lagi, maknanya I lah orang paling gembira dalam dunia ni. Tapi kalau sampai kita jumpa lagi, dan takde cincin tu kat jari you, I faham maksud you..”

Sekarang, aku sudah kehilangan kata-kata. Minda ku kosong. Hanya hati yang mampu berbicara. Namun, ianya juga kata hati yang tidak berapa jelas. Ada ketika, meraung minta bersama dengan Faruq dan ada ketika meronta untuk mengatakan tidak kepada Faruq. Apa perlu aku buat? Bila orang yang kita sayang hilang dari pandangan tapi setelah sekian lama muncul kembali untuk menyatakan sayang padahal ketika itu kita sedang cuba untuk melupakannya. Huh?! It's complicated!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience