BAB 4

Romance Completed 15467

Elfira memasukkan semua buku kedalam beg. Hari ketiga di sini agak bosan. Tiada life betul. Selamat la ada budak Yus itu tak ada la aku bosan sangat.

“Encik Mie!” jerit Elfira. berlari Elfira cuba berjalan dengan lelaki itu.

Sebaik sahaja sampai di pintu pagar sekolah lelaki itu cepat-cepat menaiki bas. Elfira hampa sebaik sahaja bas tersebut berlalu tanpa sempat ditahannya.

“Fira!” jeritan dari arah belakang membuatkan Elfira menoleh.

Yus! Yus sudah pun berlari anak mengejarnya. Tercungap-cungap gadis itu sebaik sahaja berhenti dihadapan Elfira.

“Kenapa tak tunggu aku?” berkerut dahi Elfira.

Ada buat janji ke tadi.

“Dah la jom la balik” ajak Elfira.

Sekali lagi dia frust bila tak dapat menjalankan misinya. Tak apa esok ada lagi. Dia tersenyum penuh makna.

“Fira awal aku tengok kau macam ada sesautu je dengan budak itu” soal Yus.

Elfira buat tak tahu. Yus ini memang kaki kepoh betul la.

“Aku kenal dia.” perlahan suara Elfira.

Mereka sudah pun berjalan seiringan. Elfira hanya mengikut aturan langkah kakinya. Dia tak ada mood nak balik sekarang. Kalau balik pun bukan buat apa pun. Bosan jugak.

“Ohh”

“Rumah kau dekat mana? Aku nak pergi rumah kau boleh tak?” berubah riak muka Yus tatkala mendengar kata-kata Elfira.

Dia cuba mengawal riak. Rumah dia? Biar betul? Macam berat je.

“Kenapa tak boleh erk?”

Elfira menyoal lagi. Dia perasaan wajah Yus yang berubah. Dia pun tak tahu kenapa laju sangat mulut ini menutur kata-kata tersebut. Mungkin sebab tak ada sebab nak balik rumah awal kot.

“Erk... bukan apa rumah aku itu...” kata-kata Yus mati.

Tak tahu nak tolak macam mana.

“Tak pelah kalau tak boleh. Aku paham. Lagipun kita baru kenal tak sampai seharikan”pujuk Elfira.

Sebe-salah jugak kerana membuatkan Yus dalam situasi ini. Elfira menahan bus sebaik sahaja melihat bus semakin menghampiri. Dia bangun bersiap sedia untuk menaiki bus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience