BAB 3

Romance Completed 15462

“Kau dulu dari sekolah mana?” Soal Yus.

Mereka berjalan seiringan menuju kelas. Diteliti Yus dari hujung mata. Budak itu nampak agak pendiam tapi banyak sangat soal. Yelah masa dalam kelas sikit pun dia tak tegur aku. Nak pandang aku pun tak hingin. Alih-alih duk menyibuk pulak. Mmm...

Don’t judge a book by its cover okay!

“Sekolah biasa je”

“Oh”

“Kau tak ada kawan ke dari tadi berkepit dengan aku?” soal Elfira sarkastik.

Ayat dia boleh dilabelkan sebagai budak angkuh.

“Emm...tak ada. Siapa la aku nak kawan dengan semua orang. Aku budak kelas hujung yang paling lemah. Dah jadi penyakit untuk ini.” sayu Yus.

Apa boleh buat bila jadi orang kurang pandai. Semua orang takut kawan dengan dia. Takut bodoh berjangkit. Keluh Yus perlahan. Nampak Elfira pun akan jadi seperti mereka.

Trend dekat sekolah ini agak pelik sikit. Mereka berkelompok mengikut standard grade. Tiada siapa yang sudi berkawan dengannya alasan tak sama level. Dia tak salahkan Elfira. Dia dah boleh terima kenyataan yang dia tak layak bergaul dengan semua orang.

“Asal pelik sangat budaya sekolah ini. Kalau macam itu kau kawan dengan aku je la. Seen kita pun dah berkawan sejak mula”

Elfira memeluk bahu Yus. Senyuman dilemparkan. Wajah Yus bercahaya bak matahari panas. Tak sangka ada jugak yang sudi berkawan dengannya. Sesinis Elfira dia bukan la seorang yang agak sombong. Cuma cara dia yang menampaknya begitu.

“Terima kasih Fira. Kau la orang paling baik pernah aku jumpa. Dah la cantik baik pulak itu” puji Yus.

Digengam tangan Elfira. Melompat kecil Yus. Elfira hanya ketawa melihat perbuatan Yus. Sah minah ini tak pernah dapat kawan. Kesian pun ada jugak. Yus…Yus… kalau kau dah jadi kawan aku selamanya tetap kawan. Desis Elfira.

“Ini beruk mana pulak melompat tengah jalan tak nampak ke orang nak lalu” teguran agak kasar itu mematikan kegembiraan dua sahabat itu.

Elfira berpaling. Yus sudah pun menundukkan kepala. Dari reaksi Yus, Elfira tahu Yus kenal dengan budak ini. Dari raut wajah Yus pun dia tahu Yus agak takut dengan geng budak ini. Dia tak suka riak wajah Yus itu.

“La ada ada babun hutan nak lalu ye. Sila-sila”

Elfira melangkah kebelakang. Bila orang cakap kasar dengan kita, kita kena balas kasar.

Itu prinsip Elfira.

“You what? Babun hutan?”

Wajah budak perempuan dihadapannya sudah merah. Yus menarik tangan Elfira. Tak nak cari pasal dengan minah sengit itu. Nanti tak pasal bising satu sekolah.

“Dah la jom masuk kelas”

“Okay babun hutan. Sila la lalu” lambai Elfira.

Dia berlalu. Baru nak seronok sikit Yus dah potong. Aish!

“Gila kau cari gaduh dengan dia” serang Yus sebaik sahaja sampai kelas.

Kalau boleh dia tak Elfira cari pasal dengan that group. Dia orang itu kaki bodek sekolah. Maka dengan itu wajar semua sekolah menyokong mereka. Semua aktiviti sekolah menjadikan dia orang sebagai ikon. Mmm setakat cantik sikit je pun dah belagak macam diva. Huh!

“Kenapa pulak?”

“Dia itu mafia sekolah”

“Aku mafia malaysia” Yus mengeling. Memang pelik budak sorang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience