BAB 8

Romance Completed 15467

“Mie” jerit Elfira.

Masa rehat ini dia nak gunakan sebaik mungkin untuk misinya.

“Fira” giliran Yus pulak menjerit namanya.

“Tunggu la”

Elfira menghadang jalan Mie. Mie memandangnya tajam.

“Jom rehat sama”

Elfira buat muka comel. Yus menarik tangan Elfira. Dah buang tabiat ke kawan sorang ini.

“Apa?” marah Elfira. Kacau betul la.

“Jangan kacau dia. Nanti kau masuk dalam blacklist” tekan Yus.

Tak berani dia nak tengok muka tegang Miezan ataupun yang dikenali sebagai Prince Dark. Dia ada aura hitam yang menakutkan tapi sifat puteranya tetap terselah. Itu sebab dia agak dikenali dikalangan budak perempuan.

“Ah peduli apa aku. Jom makan sekali. Fira belanja”

Elfira tidak mempedulikan Yus disebelah.

“Aku rasa baik kau dengar cakap kawan kau itu” dingin Mie.

Dia berlalu tanpa menoleh.

“Ala melepas peluang kau” muram muka Elfira.

“Gila kau cari pasal dengan mamat itu” serang Yus sebaik sahaja Mie beredar.

“Dah la jom makan” Elfira menarik tangan Yus.

Kantin dituju. Masa rehat makanan adalah tujuan utama. Yus mengeleng dengan perangai Elfira. Pelik semacam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience