BAB 11

Romance Completed 15462

“Kau tinggal sorang?”

“Kau tak ada rumah ke?”

“Ada. Papa aku pergi out station jadi lepak sini sementara tunggu dia balik”

“Kali ini aku memang terkejut gila. Kau duduk dekat sini selama 4 bulan ini” Elfira mengangguk.

“Sorang?” dia mengangguk lagi.

“Tak takut?” dia geleng.

“Buat macam rumah sendiri”

Elfira berlalu kebilik air. Yus dah terbaring di atas katil Elfira. Gila betul la Elfira in. Dia menghitung detik-detik pertemuan antara mereka. Bulan pertama dia dapat tahu yang Elfira ini budak pandai. Bulan kedua tahu tentang arwah mak fira. Bulan ketiga mendapat kejutan bila Mie bercakap dengan Elfira. Bulan keempat dia baru tahu yang Elfira ini anak orang kaya yang menyewa hotel selama 5bulan. Mahu tak gila terkejut. Bulan kelima tak tahu la perkara apa yang akan diketahui.

Dia sendiri hairan. Elfira sewaktu disekolah selalu mengejar Mie. Sehingga la dia dicop kaki gedik tapi satu pun Elfira tak ambik port. Apa yang menarik sangat tentang Mie pun tak tahu. Dia rasa tujuan Elfira datang sekolah ini pun sebab Mie. Gerak hatinya kuat mengatakan.

“Malam ini nak tido sini tak?”

Elfira muncul dari bilik air. Dia mengambil tempat sesebelah Yus.

“Dah cakap dengan mak aku nak teman kau. Tak sangka pulak aku yang kena duduk hotel” sinis Yus.

“Kau tak pernah tanya” jawapan dari Elfira buat Yus bengang tahap infinity.

“Kau kena la bagi tahu aku. Pasal aku semua kau tahu. Pasal kau satu pun aku tak tahu” rungut Yus.

“Aku malas nak cerita nanti kau cakap aku ini bangga diri pulak.”

“Jangan cari pasal” kepala Elfira ditonyoh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience