BAB 16

Romance Completed 15462

Enam tahun berlalu.

Elfira melangkah laju keluar dari dari kereta kesayangan dia. Sebaik kaki melangkah diambang pintu dia terhenti. Dia! Elfira melangkah kebelakang. Dia menuju kereta. Enjin di-start. Kereta diundur dan pergi meninggalkan rumah agam itu. Kenapa ini? Asal dia datang. Ribut betul la. Elfira menekan pedal minyak.

Kereta meluncur laju sama seperti ritma jantungnya. Dia dah penat berlari, tolong benarkan dia berehat. Elfira memperlahankan kereta. Signal diberi. Sebaik sahaja kereta itu selamat berhenti dibahu jalan Elfira melangkah keluar. Sudah hampir enam tahun peristiwa dia di sekolah dulu ditinggalkan. Pergi meninggalkan semua kesakitan dulu. Dia dah dapat balik apa yang dia buat. Sebab itu dia pergi tanpa sempat menunggu kata-kata maaf dari lelaki itu. Biar la lelaki itu tidak sudi memaafkan dia, dia pasrah. Dia hampir tertidur dipintu kereta. Posisi memeluk lutut itu menyenangkan dia untuk melahirkan tangisan. Dia tak nak nangis tapi air mata itu tetap degil.

“Elfira”

Dia mendongak sebaik sahaja mendengar suara yang menyapa cubing telingannya. Bagai terkena renjatan elektrik dia bangkit dan masuk kedalam kereta. Pintu kereta yang ditahan dari luar menyukarkan Elfira.

“Lepaskan” Ronta Elfira.

“Saya nak cinta awak. Cinta yang awak bawa lari,” dia terkedu.

“Tolong la. Saya tahu saya salah. Dan saya dah dapat hukuman dia. Saya janji tak akan muncul depan awak lagi. Tolong la.”

Rayu Elfira berserta manik-manik jernih dikelopak matanya.

“Elfira, saya tak pernah mendoakan perkara buruk pasal awak. Tak pernah. Saya tak tahu.”

“Sekarang awak dah tahukan. Tolong la lepaskan saya. Saya nak balik,” jerit Elfira.

“Yus beritahu yang awak masih nakkan cinta saya lagi, betul ke?”

Mie menanti reaksi dari Elfira. Mendengar nama Yus Elfira bagaikan tertusuk. Yus ini memang nak kena. Mereka kawan baik sehingga sekarang. Dia dah katakan, sekali berkawan selamanya tetap kawan.

“Itu dua hari yang lepas. Sekarang saya tak nak dah” ujar Elfira.

“Elfira kalau nak berbohong pun jangan la tunjuk yang awak itu tak reti nak bohong langsung.”

Cepat-cepat Elfira menarik tangan dari bermain dibelakang badan. Lupa nak buang habit buruk itu.

“Nak tipu lagi?”

Dia mengangguk sebelum mengeleng.

“Mana satu ini?” sakat Mie.

“Tak kisah la. Perkara yang paling utama sekarang kita dah tak ada kena mengena. Dah tepi jangan nak halang laluan saya.”

Elfira menolak kuat tubuh Mie yang menghalang jalannya. Sikit pun tubuh itu tidak beralih.

“Dulu slogan kata sanggup buat apa sahaja demi kemaafan. Ini belum apa-apa dah pergi tanpa dapat kemaafan. Ini ke Nur Elfira yang sanggup lakukan apa sahaja bila slogan tercipta” sinis Mie.

Dia memeluk tubuh. Menanti reaksi dari Elfira.

“Bila awak pergi tanpa kata-kata apa pun saya rasa dah jelas jawapan itu. Tiada kemaafan untuk saya.”

“Itu bukan jawapan saya.”

“Sudah lah benda dah lepas. Saya pun dah terima hukaman. Terpaksa melayan kerenah kaki buli dekat sekolah sampai teruk kena hentam sampai tinggal nyawa-nyawa ikan. Encik abah, mak dan ayah awak pun dah hukum saya. Saya rasa cukup kot sampai situ.”

Dia ingat lagi sewaktu Mie pergi macam itu dia rebah. Sehari disekolah selepas itu dia kena serang dengan orang yang sama. Dia masih boleh bertahan. Dia hanya orang biasa, budak sekolah biasa. Selama dua hari berturut kena pukul dah cukup membuatkan dia mengalah. Encik Abah datang menjenguk dia. Terkejut melihat keadaan dia dan on the spot kena angkut balik. Nak bantah tak boleh. Lepas seminggu dekat hospital kena soal siasat dengan Encik Abah. Encik Abah yang baru tahu kejadian antara dia dan Mie terus mengamuk. Kena hantar balik kampong. Sambung belajar dekat kampong. Sebelum balik jumpa mak dan ayah Mie untuk mintak maaf. Teruk kena marah dekat mak Mie. Dia tak kisah. Sebab memang layak. Lepas itu, hilangkan diri dekat kampong sehingga la sekarang.

Kali pertama balik rumah Encik Abah lepas enam tahun berjumpa pulak dengan dia. Lari dari dia, jumpa balik dekat rumah Encik Abah. Rasa macam sia-sia pun ada. Sekarang dah ada depan mata, cakap benda yang membuatkan dia penat. Kalu ikut pekiraan dia, Mie dan dia dah tak ada apa-apa hubungan.

“Saya minta maaf sebab awak terpaksa menghadapi itu semua” sayu Mie.

Dia pun terkejut. Lepas Elfira pindah sekolah dia ingat Elfira dah mengalah. Dia memang tak tahu apa-apa pasal Elfira. Ego nak tanya. Move on hidup macam biasa, tapi rasa kosong sebab masih sayangkan Elfira. Dalam kata lain, dia masih tunggu Elfira datang. Kalau Elfira datang dia akan maafkan. Enam tahun tunggu Elfira. Dia masih ada dekat-dekat, tak berani pergi jauh takut Elfira tak jumpa dia. Dua hari yang lepas sewaktu ada kerja luar dia terjumpa Yus. Borak macam kawan biasa, enam tahun tak jumpakan. Lepas itu Yus bukak cerita pasal Elfira. Terduduk kejap dengan pasal Elfira.

Bila fikir balik sebenarnya salah Elfira tak besar mana pun. Sebab waktu itu salah dia pun ada. Pancing kemarahan gadis itu. Tika itu umur pun masih dalam lingkungan budak sekolah tak fikir panjang. Bila dah besar ini makin matang sikit. Cuma ego tak pernah padam.

“Benda dah lepas tak payah dikenang. Lagi pun saya nak mulakan hidup baru.”

“But remember something my dear, kita masih dalam status tunang.”

“Mengarut.”

“Awak tak pulangkan cincin pun lagi dan satu lagi saya tak pernah nak putuskan hubungan ini. Mak, ayah dan Encik Abah tak putuskan pertunangan ini secara rasmi lagi.”

Elfira dah terdiam. Masih tunang? Dia meraba perlahan leher. Loket yang berbentuk cincin itu dipegang.

“Macam kenal je loket itu. Opss cincin tunang kita la.”

Mie datang dekat. Dia memandang rantai yang berada dileher Elfira sebelum tersenyum puas.

Elfira diam. Dia cuba membuka rantai tersebut, namun dihalang oleh Mie.

“Biarkan. Saya nakkan cinta awak dan awak pun nakkan cinta saya. Kita dah bazirkan masa selama enam tahun. Sepatutnya lepas kita tamat sekolah kita dah boleh hidup bersama. Saya tak nak bazirkan masa walaupun hanya seminit. Saya bagi cinta saya dekat awak.”

Kata-kata Mie membuatkan Elfira mengeluh.

“Saya dah tak layak nakkan cinta awak.” Perlahan dia bersuara.

“Saya yang tentukan siapa yang layak untuk cinta saya, dan saya pilih awak Nur Elfira. Tanpa ragu dan talian hayat.”

“Saya…”

“Nur Elfira, awak masih cintakan saya atau tidak?”

“Tak kot.”

“Elfira jangan nak tipu. Kalau nak tipu tangan itu jangan nak sorok dekat belakang” Tegur Mie.

Lembut. Kelakar dengan tingkah Elfira. Tak nak tapi nak.

“Orang tak tahu. Orang tak tahu. Orang dah berhenti fikir pasal benda ini.”

“Jom kita jumpa Encik Abah nak. Kita settle kan benda ini. Kalau boleh kita cepat-cepatkan tarikh nikah kita.” Pujuk Mie.

“Tapi….”

“Sudah la Elfira. Tiada sebab nak rasa takut lagi. Semua salah kita berdua jugak. Insha allah lepas ini keadaan akan jadi baik.” Elfira mengangguk.

Dia sebenarnya dah rasa macam lost. Tapi betul jugak cakap Mie. Salah mereka berdua. Siapa tak nak hidup bahagia selama-lamanyakan.

Tanpa perlu berkata I love you dan I love you too, mereka berdua tahu apa yang mereka mahukan. Kesilapan yang lalu telah disambut dengan kemaafan. Tanpa perlu ungkapan syahdu mereka berdua tahu bahawa yang salah perlu diperbetulkan dan sudah tiba masanya mereka mengatur langkah dengan lurus, memohon restu dan berkat dari orang tua dan berdoa, terus berdoa agar kasih yang terpatri tidak terlerai lagi. Bagi mereka itu adalah jawapan indah untuk semua episod penuh kacau bilau yang telah terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience