BAB 15

Romance Completed 15462

Lepas kelas tamat dia dah kena seret Yani dan geng dekat belakang bangunan. Malas dia dengar Yani membebel. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Muka Elfira yang annoying itu yang memuatkan Yani geram. Dia tak tahu muka Elfira memang macam itu. Elfira pulak malas nak kecoh-kecoh. Diakan cool. Biarkan je apa yang Yani nak buat. Yani bukan kunci utama dia datang sini.

“Weh”

Terkejut Elfira yang sedang menunggu teksi. Tak larat nak balik jalan kaki macam biasa membuatkan dia mengambil keputusan menunggu teksi.

“Mie”

Elfira melemparkan senyuman pada Mie. Mie dah menghampiri dia. Berkerut muka Mie sebaik sahaja menghampiri Elfira.

“Jatuh.” Cepat-cepat Elfira bersuara.

“Tak tanya.”

“Saja nak beritahu.”

Senyuman masih tak lekang dari mulut Elfira.

“Apa motif kau ganggu aku sampai sini?” dingin Mie.

Dia memeluk tubuh. Berlagak macam biasa. Macam tiada apa yang berlaku. Dia cuba mengelak dari memandang Elfira.

“Orang nak mintak maaf sebab orang dah hina Mie” sayu Elfira.

Betul dia memang bersalah sebab telah hina lelaki itu. Semua kerana ego dia.

“Kalau aku tak maafkan? Kau ingat aku tak ada maruah ke? Aku tahu la aku tak sehebat kau. Kau tak boleh nak menghina aku. Depan kawan-kawan kau dan lagi satu aku tak boleh terima kau hina tunang kau. Aku sendiri” luah Mie.

Kesalahan Elfira agak besar bagi dia. Maruahnya terasa mencabar. Hanya sebab dia lewat Elfira dah menghemburkan semua.

“Elfira tahu. Semua ini memang salah Elfira. Dan sebab itu Elfira mohon maaf. Elfira janji saat Elfira dapat kemaafan dari Mie Elfira akan pergi tak akan ganggu Mie lagi” tekad Elfira.

Itu la tujuan dia. Memohon kemaafan dan meraih cinta Mie kembali. Dia tahu dia terpaksa memilih antara dua. Cinta mahupun kemaafan jadi dia rela memilih maaf.

“Kau ingat senang ke?” saat itu Mie berpaling.

Terkejut melihat hidung Elfira berdarah. Seperti mengagak reaksi Mie, cepat-cepat Elfira menekup hidung.

“Kesan dari jatuh tadi” Dia sengih.

Dalam masa yang sama cuba menahan badan yang semakin membisa. Demi satu kemaafan semua itu hanyalah perkara kecil.

“Ehem… kau akan hilang dari pandangan aku bila aku maafkan?” soal Mie.

Meminta kepastian. Dia tak tegar melihat Elfira yang berterus-terusan mengejarnya. Dia takut jika berlaku sesuatu pada Elfira. Dia tahu keadaan sekolah itu.

“Confirm.” Tekadnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience