BAB 9

Romance Completed 15462

Elfira mengetuk dahi Yus dengan pensil. Geram betul tengok perangai Yus.

“Weh sakit la” marah Yus. Dahi digosok.

“Kalau tak nak kena ketuk buat apa yang aku suruh. Jangan nak mengelak”

Elfira menarik buku latihan Yus. Dibulat-bulat ayat yang berada didalam
buku tersebut.

“Ini kau kena ingat. Kata kunci penting. Kau lancarkan semua jadikan ini klu untuk kau ingat” terang Elfira. Yus hanya mencebik.

“Kata nak jadi pandai ini baru bagi latihan sikit dah bising” bebel
Elfira.

Dia menarik buku rujukan pengajian am. Mencari-cari perkara yang boleh jadi isu.

“Sikit kau kata. Ini nak masuk buku ketiga aku kena lancar” rungut Yus.

Jadual hari ini dia perlu melancar sebanyak mungkin maklumat. Hampir sebulan dia mendapat tutor dari Elfira. Dia sendiri terkejut bila Elfira yang menariknya untuk study bersama. Kebiasaan dia hanya study sendiri. Tanpa ditemani sesiapa yang mengajar dan diajar. Pergi kelas tution pun asyik kena kutuk dengan cikgu baik tak payah. Membazir duit je. Nak buat macam mana dah tak pandai terima je lah kalau orang kutuk.

“Minum dulu fira. Dari tadi makcik tengok korang buat kerja” sapa Mak
Limah.

Dulang ditangan disambut Elfira. Mak Limah, ibu kepada Yus.

“Mak Fira buli adik.” rengek Yus.

Mengadu konon. Elfira dah mengetuk jari Yus dengan pencil.

“Tengok mak” dia menarik muncung.

“Terima kasih la Fira kerana sudi tolong Yus. Jarang ada orang yang sudi tolong dia.”

Dia bersyukur kerana akhirnya Yus berolehi kawan yang sudi menerima kekurangan diri itu. Dia sendiri sedih melihat anaknya menjadi mangsa buli emosi. Teruk jugak dia kena buli. Dia sebagai seorang ibu sedih melihat situasi anaknya itu. Tapi apakan daya, untuk menghalang dari kena semua. Alam remaja anaknya itu dia tak boleh nak masuk campur.

Dia hanya mampu memberi kata-kata nasihat kalau Yus kalah untuk menghadapi keadaan sekarang nanti bila berada didunia luar bagaimana? Sampai bila dia perlu berada disamping anak bongsunya itu. Sedangkan adik-beradik lain berada dibenua yang berbeza. Umurnya semakin tua.

“Makcik Fira dah kawan dengan Yus. Maka ke semua masalah Yus masalah
Fira jugak” pujuk Elfira.

Dia seorang yang mementingkan persahabatan. Dia tak akan sesekali membelakangi sahabatnya. Berjaya dia maka berjaya la sahabatnya.

“Kamu sambung la. Makcik ada hal sekejap”

Mak Limah bangkit menuju ke dalam rumah. Semoga persahabatan mereka sehingga ke syurga.

Elfira memandang tajam Yus.

“Mengadu nampak” Yus ketawa.

“Ala nak manja-manja dengan mak je”

“Banyak la kau manja dah besar gajah nak duduk bawak ketiak mak”

“Ala biar la. Itu tandanya aku sayang mak aku. Kau tak sayang mak kau ke?”

“Gila tak sayang mak sendiri. Sayang la. Cuma tak sempat nak tunjukkan kasih sayang bila mak aku meninggal masa melahirkan aku” Yus terdiam.

“Weh sorry tak tahu” sebe-salah Yus. Hal ini macam ini sensitive sikit pada sesetengah individu. Rilex la.

“Aku dah terima hakikat yang mak aku tak ada” Elfira ketawa.

Buat apa nak sedih-sedih baik doakan arwah mak dia aman di alam lain. Doa anak yang solehahkan paling bermakna. Yus mengangguk.

“Ada ada satu soalan untuk kau”

“Apa?”

“Asal kau tak masuk kelas sains kau kan pandai. Pelik aku tengok kau masuk kelas corok”

“Tak ada sebab. Lagipun kelas corok ini seronok. Tak ada tekanan” luah Elfira.

Semakin hari semakin faham dia dengan rentak gadis dihadapannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience