BAB 13

Romance Completed 15462

“Kau okay tak ini?”

Yus meraba dahi Elfira. Semalam dia nampak Elfira telan panadol. Dia hanya membiarkan. Sejak beberapa hari ini dia rajin menginap ditempat Elfira. Semuanya kerana paksaan Elfira. Lagi pun dia tahu Elfira pasti bosan duduk sana sendirian. Emak yang memberi kebenaran. Pasal Elfira bukan la rahsia bagi emaknya. Elfira dah pun dianggap sebagai salah seorang dari ahli keluarga mereka. Emak pun senang dengan kehadiran Elfira. Sedikit sebanyak dia tahu pasal Elfira. Elfira ini kira banyak rahsia dalam kehidupanya.

“Okay” jawap Elfira sepatah.

Dia merebahkan kepala keatas beg. Nak rehat kejap. Kepala dah pusing-pusing.

“Kau tunggu sini aku nak beli ubat dekat koop”

Elfira diam. Tak larat nak bantah cakap Yus.

“Tepi la”

Elfira menepis tangan yang meraba dahinya. Orang nak tidur pun susah. Mie hanya diam. Dia duduk mencangkung. Jelas kelihatan wajah Elfira yang pucat dihadapannya. Sekali lagi dia meyentuh dahi Elfira. Kali ini agak lama.

“Aku nak tidur ini. Boleh tak kau jangan kacau”

Elfira menepis tangan tersebut. Dia berpaling ke sebelah kiri. Mata masih terpejam. Mie tersenyum sebelum menggeleng.

“Degil” desisnya.

Dia bangun. Dimuka pintu dia berselisih dengan Yus.

“Macam mana dia boleh demam?” soal Mie garang.

Yus yang mendengar cuak. Takut.

“Se…semalam dia kena hujan” gagap Yus.

Dah rasa macam malaikat maut je kat depan dia ini.

“Ada ubat?” Yus terkejut.

Dia menunjukkan panadol dan air mineral ditangan.

“Jaga dia” Mie beredar.

Yus tercegang. Dia menarik nafas lega. Belum sempat dia hempus nafas lega, nafas itu tersangkut ditengah-tengah. Seisi kelas memandangnya dengan aura ungu. Aura tak puas hati. Aduh masak-masak. Dia lupa siapa Mie. Mie itu putera kegelapan. Walaupun dia punya gelaran agak tak menarik tapi ramai yang obses terhadap dia sebab yang utama Mie ada semuanya. Pakej yang lengkap.

Itu sebab ia menjadi pandangan helang-helang yang lapar. Aduh masalah betul bila terjebak dengan putera kegelapan ini. Mata-mata yang melihat gelagat Mie dan Elfira tadi telah menimbulkan perasaan yang tak enak. Perasaan tak puas hati. Kenapa putera mereka ambik berat pasal Elfira? Putera yang penuh dengan aura dingin boleh tersenyum kepada Elfira. Kenapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience