BAB 2

Romance Completed 15462

“Hai.”

Elfira menegur lelaki yang sedang enak menjamu selera. Sebaik sahaja lelaki itu mendongak wajah itu melemparkan riak terkejut. Elfira buat tak nampak. Dia menikmati waktu rehat dengan tenang tanpa mempedulikan lelaki itu.

“Macam mana kau....”

“Mintak tukar sekolah dengan Encik Abah. Dia ada khusus 5 bulan. Tak salah kalau tukar selolah kejap”

Lelaki itu merengus. Dia bangun. Dulang makanan di angkat.

“Aku tak kenal kau”

“Tahu”

Elfira masih leka. Kata-kata lelaki itu memang dia boleh agak.

“Kau kenal ke dia Fira”

Yus meletakkan dulang makan dihadapan Elfira yang masih enak menjamu selera. Dia kenal lelaki itu. Tiada siapa yang boleh cakap dengan lelaki itu kerana dia pelajar tingkatan 6 atas yang paling kejam. Tiada belas ehsan. Belajar baru yang masuk 3 bulan awal dari Elfira. Semua orang takut dengan budak lelaki itu. Tapi sayang muka hansome.

“Tak” jawapan Elfira mengundang kerut didahi Yus.

“Tapi kau cakap dengan dia”

“Yelah takkan cakap dengan hantu pulak”

Elfira malas nak layan. Dia menikmati nasi ayam yang diberi. Masa rehat dah nak habis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience