Bab 4

Humor Series 47108

Ya Allah. Bersepah nya bilik mainan budak-budak ni. Banyak barang-barang permainan di merata-rata tempat. Seperti kedai mainan yang hendak lelong mainan aku tengok. Kalau boleh lelong, memang untung lah aku. Eh, kesitu pulak!

Aduh, bagaimana aku hendak mulakan pekerjaan ni? Nak panyap barang-barang ni ke atau nak layan budak-budak yang sedang bermain? Ku lihat si kembar sedang bermain mainan lego manakala Fizun sedang bermain dengan games X-box 360 nya.

Kalau sudah mereka sedang menumpukan perhatian dengan permainan mereka, jadi aku mulakan perkerjaan ku dengan memanyap barang-barang mereka.

Belum sempat aku sentuh satu permainan, tiba-tiba aku di tegur oleh Fizun. " Jangan panyap barang kita orang. Biarkan je kat situ "

Mak aihh.. berlagaknya jadi budak-budak. Sudah lah bercakap tak tengok orang tua. Eh? Maksudnya tak tengok akak dia ni. Mana hormat dan santunnya? Tak kena ajar ke?

" Tapi tak elok mata memandang ni, kalau terpijak itu ini, kan susah? Nanti luka. Akak tolong panyapkan eh? " Aku coba berhati-hati dengan kata-kata ku. Aku belum pasti lagi berapa umur budak Fizun dan si kembar itu, tapi yang pasti belum sampai tahap mumayiz lagi.

" Fizun kata jangan panyap, jangan panyap lah! Apa degil sangat ni? " Aku terkejut dengan jeritannya. Kali ini dia memandang ku tajam. Ya Tuhan. Budak ke alien ni?

Manakala Faid dan Faiq sudah berlari mendapatkanku. Kedua kaki ku di peluk mereka. Alahai.. kasihannya! Pasti takut dengan jeritan abang Fizun tadi kan?

" Ye ye, akak tak panyap. Akak tak degil lagi dah " Lalu Fizun menjeling ku dan sambung bermain dengn X-box nya. Terpaksa mengalah! Kalau tak, boleh runtuh satu mansion ni dek jeritannya. Seperti Za'im, dua kali lima samalah mereka. huh, teringat pula kat adik yang nun di sana.

Aku menurunkan badanku lalu memeluk badan mereka. " Takut dengan abang Fizun tadi ya? "

Mereka menganggung serentak Alolo, comelnya si kembar ni! Tapi aku belum beza kan lagi siapa Faid dan siapa Faiq.

" Mana satu abang mana satu adik? " Tanya ku lembut.

" Faid abang. " si abang masih tunduk.

" Faiq adik. " manakala si adik tersenyum sedikit mungkin malu dan terserlah lah lesung pipit Faiq. Ku toleh pula pada si abang.

" Faid, mana senyuman Faid ni? Adik senyum nampak comel. Faid pulak? " Lalu si abang tersenyum. Comel jugak walaupun hanya ada satu lesung pipit. Agaknya aku dah dapat bezakan mana satu Faid dan mana satu Faiq. Mana satu abang dan mana satu adik. Senang je!

" Jom main? " Aku mempelawa mereka.

" Nak makan ice cream " Tiba-tiba Faiq mengadu sambil memegang perutnya.

" Nak ice cream? Alaa, pagi-pagi mana boleh makan ice cream sayang "

" Tapi Faiq nak ice cream! Perut berbunyi "

" Faid pun nak juga makan ice cream lah! "

Aduh, kalau dua-dua mahu ice cream, tak kan aku biarkan saja? Nanti merajuk pula mereka! Aku juga yang susah lebih-lebih lagi ini adalah hari pertama aku kerja. Layan saja lah.

" Ok lah, akak ambil ice-cream dulu ya? "

" Ikut! " Mereka berdua lantas mengekori ku dari belakang. Eyshh, kenapa comel ni?

" Kitaorang nak makan ice cream kat luar taman belakang! " kata faid ceria

Ada taman kat belakang? wow! " Best ke makan kat luar? "

" Best! " Kata mereka serentak.

" Ok, kalau macam tu tunggu akak kat taman belakang ok? Akak ambil ice cream dulu ya?"

Mereka mengangguk lalu berlari menuju ke tempat belakang. Tadi, sempat juga mak Kiah tunjukkan aku jalan untuk ke taman. Taman itu walaupun tak berapa luas tapi cantik dekoration nya. Lalu aku terus saja ke dapur untuk mengambil ais krim yang di minta oleh si kembar.

" Cari apa kamu tu? " Mak Kiah yang sedang melap pinggan menegurku.

" Ais krim untuk si kembar. "

" Ohh, Si faid tu suka flavour chocolate. Si Faiq tu pula nak flavour vanilla. Fizun tak nak?"

Apabila mendengar kata-kata mak Kiah tadi, aku pun menukar balik perisa nya.

" Fizun tak nak. Dia asyik sibuk dengan game dia "

" Dia memang macam tu.. " Mak Kiah mengiakan.

" Okaylah mak Kuah, saya pergi taman dulu ya. "

Dengan perasaan yang riang gembira, aku pun berjalan hendak ke luar. Walaupun pada awalnya aku blank namun nasib menyebelahi ku bila ada salah seorang pekerja di mansion tersebut memberiku jalan arah ke belakang untuk menuju ke garden.

Aku pun akhirnya tiba di tempat yang di tuju. Halaman kecil tapi di sebelah taman, terdapat beberapa mainan seperti kat taman permainan. Ahh.. patutlah si kembar nak keluar. Di luar pun ada mainan. Best nya!

Tapi taman permainan itu nampak kosong saja. Sunyi. Tiada orang. Tiada si kembar. Aik?Mana mereka ni? Aku cari-cari seluruh halaman tersebut tapi tetap sunyi. Aku melangkahkan kaki ke halaman depan pulak.

Tiba-tiba aku ternampak seorang pakcik yang sedang membasuh kereta.

" Assalamualaikum pakcik.." Ku hampirinya.

Lelaki tua itu terkejut. " Wa'alaikumussalam. kamu siapa? "

" Saya Zara, babysitter baru. Saya nak tumpang tanya, pakcik ada nampak Faid dan Faiq tak? "

Pakcik itu berkerut. " Si kembar? "

Aku mengangguk laju. Dalam hati, berdoa supaya pakcik ni tahu.

" Pakcik tak nampak dia orang pun. " Jawabnya serta merta.

" Oh tak apa lah pakcik, saya cari kat dalam dulu ya. "

Sebelum aku masuk ke dalam, aku mencari lagi mereka di taman tapi jawapannya masih sama. Sampai saja aku kat dalam, aku terus pergi ke tempat bilik mainan mereka. Ku lihat Fizun masih sibuk dengan game nya.

" Fizun!" Panggil ku dengan cemas.

Fizun terkejut tapi masih selamba " kenapa? "

" Fizunnampak tak adik-adik? " Aku bertanya sambil tercungap-cungap.

" Bukan kah akak sama mereka tadi? Fiz dari tadi main game lah" Jawabnya dengan kurang berminat. Kedua matanya masih tertacap di kata television.

" Mereka tak sama akak lah.. "

Aku cemas! cemas!

Fizun pun terus memandang ku. " Mungkin dengan mak Kiah kut. "

" Fizun boleh tolong akak carikan tak? Akak takut ni, tak ada bunyi dari mereka langsung. "

Fizun mengheluh lalu bangkit. " Fizun tolong cari kat atas "

Aku mengangguk! Fuhh, nasib baik mood dia baik pada masa ini. Aku yang sedang gelisah terus ke dapur mencari Mak Kiah. Namun hampa nya, Mak Kiah pun tak tahu dimana mereka berdua.

Okay tenang Zara, tenang..

Aku keluar balik menuju ke taman mencari mereka buat kali ke tiga nya.

" Faid! Faiq! " aku memanggil si kembar di halaman rumah belakang. Kedua mata ku meliar-liar mencari kelibat mereka. Tiga kali ronda sudah aku mencari. Sudahlah halaman besar. Seorang pun belum ku temui.

" Mana dia orang ni? Habis lah aku kalau encik Adam tahu! " aku membebel sorang-sorang.

" Akak! "

" Fizun! " panggil ku pantas setelah melihat abang si kembar, Fizun sedang berlari ke arahku. " Fiz jumpa tak kat dalam rumah? "

" Tak kak. Fiz tak jumpa mereka. " jawabnya dengan tercungap cungap.

" Aduh... Macam mana boleh mereka hilang ni? Akak dah pesan kat mereka supaya tunggu akak kat sini sebab akak pergi tandas jap. tapi dia orang dah hilang. aduh.. mati lah akak kalau macam ni.. " Aku risau. sungguh risau! Baru hari pertama kerja, sudah jadi macam ni? Layakkah aku jadi babysitter? arghh parah!

Yang aku membuat aku cemas dan gelisah ialah tiada satu bunyi pun yang datang dari si kembar. Sekurang-kurangnya ketawa mereka pun tiada!

Setelah 30 minit dengan meminta pertolongan dari pekerja yang lain, maka disahkan bahawa si kembar, Faid dan Faiq telah..

Hilang.

AKU yang berada di belakang mengambil kesempatan untuk melihat setiap wajah pekerja yang berkerja di mansion ini. Ada lima orang termasuk mak Kiah. Yang lain-lain seperti pemandu, tukang bersihkan rumah, tukang basuhkan pakaian dan tukang bersihkan halaman rumah. Kesemuanya tua-tua, tiada yang muda seperti ku. Rasanya aku lah pekerja yang paling muda di situ. Mereka semuanya berkumpul di luar rumah menunggu encik Adam datang. Seperti menunggu ketibaan seorang prince gayanya. Namun perkerja-perkerja ini nampak risau. Termasuk aku. Tapi kerisauan itu rasanya lebih kepada pekerja yang lain daripada aku walaupun aku yang bersalah di sini.

Kenapa mereka harus ketakutan kalau ini bukan salah mereka? Ini salah aku.

"Makc Kiah, kenapa mereka semua ni nampak takut-takut je? " aku bisik mak Kiah disebelah ku yang mungkin nampak tenang sahaja.

" Mereka takut kena tempiasnya. " bisik makcik Kiah balik. " Biasanya, kalau ada apa-apa masalah macam ni, memang kami semua turut di soal siasat oleh Adam. Tapi masalah si kembar hilang ni tak pernah "

Kecut perut ku mendengar kata-kata mak Kiah sebentar tadi. " Garang sangat ke encik Adam tu makcik? "

" Sangat.. sampaikan adik-adik tiri mereka pun takut kan dia. "

Adik-adik tiri? Inilah kali kedua makcik Kiah menyebut kata-kata tersebut. Fizun, Faid dan Faiq tu hanya adik-adik tiri kepada Cik Mera dan encik Adam ke? Hmm.. masuk akal juga. Patutlah jarak umur tu jauh. Si Qiee ni sengaja tau tak bagitau aku lebih dalam lagi mengenai keluarga bos aku.

Tidak lama kemudian, muncul satu kereta sport dengan jenama BMW yang berwarna hitam.

Pekerja yang tadinya bising terus terdiam, kedua tangan ke belakang dan wajah di tundukkan. Mataku sibuk melihat mereka. Hairan. Hormat sangat ni kenapa? Dia tu bukan prince pun yang patut di hormati macam tu sekali. Manakala mak Kiah memberi reaksi selamba. Ini makcik lagi buat aku pening lah.

Sebaik saja encik Adam keluar, ku lihat wajah nya masih masam tapi kali ni double masam lebih-lebih lagi panas terik matahari menyapa wajahnya. Ah, kenapa tidak ada orang nak payungi lelaki ni yang konon nya prince tu?

" I just want to straight to the point. Before I report to the police, I want to ask you first. Whom the last person that saw them? " Ujarnya sambil berpeluk tubuh.

Aku yang ketika itu tunduk terus mendongak apabila menyedari pekerja-pekerja lain memberi lalu untuk encik Adam melihat siapa yang patut di salahkan. Hanya makcik Kiah masih setia di sisi ku.

Kedua kaki ku jadi lemah semacam. Ku lihat dia berjalan ke arah ku menambahkan lagi gelisah yang sedari tadi tersimpan di hati.

" mak Kiah or a.. babysitter? " Tanya nya serta merta. Kirai di angkat.

" Saya! " Aku berterus terang sambil tunduk. Tidak ada keberanian untuk menatap wajah prince ni.

" Everybody, you can continue your work. And you, follow me. "

Serta merta perkerja-pekerja pun sibuk melarikan diri. Bertuah pakcik dan makcik-makcik semua hari ni di sebabkan aku, mereka semua tidak di soal siasat.

" Adam, bawa bincang baik-baik ye? " Tiba-tiba mak Kiah bersuara membuatkan aku terbeku seketika. Rapat sungguh kah Makc Kiah dengan keluarga ni sehinggakan memanggilnya pun dengan hanya panggilan nama.

" Jangan risau mak Kiah" katanya perlahan kepada makcik Kiah dengan sedikit senyum. Reaksi nya nampak lembut saja apabila dia memandang makcik Kiah. Dengan aku? Mimpi!

Seraya itu, aku pun mengekori encik Adam. Sempat aku mengerling kepada mak Kiah dengan menunjukkan wajah yang sedang ketakutan.
Makcik Kiah hanya senyum dan mengatakan sesuatu tanpa suara 'Kamu akan okay-okay saja'

Okay-okay saja? Aamiin..

Encik Adam memandang kedua mata ku tajam. Aku jadi tidak keruan. Kejap tunduk, kejap dongak. Kepala yang tidak gatal di garu.

Kenapa dia diam saja ni? Ruang tamu yang sunyi itu membuatkan aku semakin gelisah. Cakap lah wahai encik Adam, cakaplah! Aku tak betah nak pandang wajah prince kau ni.

" Ahh err.. " Aku akhirnya memulakan kata-kata tapi..

" Mana tanggungjawab awak terhadap mereka? Awak ingat mereka tu patung? dibiar kan macam tu saja? " Terus saja dia memotong kata kata ku tadi. Barulah aku nampak kerisauan di wajahnya. Menyedari dia tidak speaking pula kali ni.

" Saya minta maaf encik Adam! sungguh! saya tak sengaja. saya urgent sangat nak ke tandas. Adik adik encik nak sangat main di halaman sampai tak tertunggu saya. " kataku bersungguh sungguh agar dia memahami kondisi ku yang sebenar. Matanya ku tenung dengan mengharapkan balasan kasihan darinya. Wajah yang kacak di depan ku tidak lagi ku tenung dengan perasaan suka sebab dia nampak buruk saja bila marah. oppss, terkutuk pula.

" Awak baru saja kerja tak sampai 4 jam! mana disiplin awak sebagai babysitter? awak sebenarnya tahu ke tidak menjaga budak-budak? arghh, habislah aku dimarahi oleh akak ni kalau dia tahu! " dia memarahiku sambil membebel, tiada perasaan kasihan langsung pun terlintas di hatinya.

Belum sempat aku membalas kata kata nya..

" Sayang! " tiba tiba muncul suara perempuan dari luar rumah.

" Akak Zara!! " setelah itu, di ikuti suara Faid dan Faiq yang ceria.

" Encik! mereka datang! " laju saja kaki ku melangkah keluar untuk mendapatkan si kembar. Encik Adam mengekoriku dari belakang. Senyuman ku jadi lebar.

" Faid! Faiq! " Aku terus berlari mendapatkan mereka dan sibuk memeriksa keadaan mereka. Tiada yang mencurigakan, mereka baik baik saja.

" Sayang~ " perempuan tadi menghampiri encik Adam dengan manjanya. Pakaiannya sopan dengan tudung shawl di gayakan di kepala.. seperti artis lah konon. Aku terus jadi pemerhati mereka.

tapi eee, geli tengkuk leher ku mendengar suara manja perempuan ni! kalau aku dalam kedudukan encik Adam, pasti dah ku halau dia.
" Kau berhenti kat situ! jangan dekat " encik Adam memberi amaran keras kepada perempuan tadi.

wah wah, solute! tak suka rupanya. hahaha kasihan kau perempuan. Walaupun encik Adam nampak garang, tapi bila dia marah kat perempuan ni, geli hati pun ada.

" kenapa ni sayang? " dia terhenti. suara masih di manjakan.

" Kau bawa kemana adik adik aku? " tanya nya keras.

" Alaa, I kan nak jumpa you tadi nak lunch sama. I ingat nak surprise kan you sebab tu I bawa adik adik you, tapi you tak datang datang pun sayang. "

" Kau culik adik adik aku hah? " Aku yang sedang membantu Faid dan Faiq membuka balut plastik ais krim sedikit tersentak dengan kata kata encik Adam tadi. uwihh.. ayat.. power!

" eh, mana ada sayang! " perempuan tu marah. Tapi marah pun macam tak marah. suara di lenggokkan. " I nak surprise kan you aje. "

" kau sepatutnya minta izin kat babysitter dia dulu. kenapa dia tak tahu kau bawa mereka keluar? "

Ah betul betul betul! kan dah kena kata menculik. patut minta izin dulu dari aku. Sudahlah aku yang kena marah tadi oleh encik Adam. Perempuan ni kena ajar beradab. Namun kata kata ku semuanya hanya terbeku dihati.

" Mereka ada babysitter baru ke? I tak tahu pun! kenapa you tak bagitau I? I kan tunang you, sampai hati you! "

Mana tak tahunya, dah nama nya kerja tak sampai 4 jam. ehh? Tunang encik Adam rupanya. Tapi kenapa encik Adam tak se sweet macam perempuan ni ek? Curiga!

" Tunang? Oh, I wish I can erase that title from us! " Encik Adam kelihatan menyesal sambil memberus rambutnya ke belakang kasar. "for me, you have no right to know about that Bella. "

fuhh! kalau lelaki cakap macam ni kat aku, memang aku black list terus. Tak payah nak terhegeh- hegeh pada yang tak sudi. Buang masa wey.

Dalam pada aku menunduk melihat si kembar memakan ais krim, tak ku sangka tak ku duga perempuan yang bernama Bella itu memandangku sinis setelah ku mendongak.

" You mean, she is their new babysitter? " Dia menunjukku dari atas ke bawah.

aik? Kata kata encik Adam tadi tak memakan hatinya langsung ke? malah memandangku sinis seolah olah aku ada masalah besar dengannya. Salah ke aku jadi babysitter?

" Yes " jawab encik Adam acuh tak acuh. malas nak layan agaknya tapi terpaksa layan.

" Why is she so young?! " Bella tiba tiba marah membuat aku sedikit terperanjat. Dia memandang encik Adam meminta jawapan. Manakala encik Adam hanya memandang ke tempat lain sambil bercekik pinggang.

lagi sekali, salah ke aku muda untuk jadi babysitter? tunggu aku tua berkeredut baru boleh jadi babysitter? oh.. please lah!

" Bella, I think you have to go now. Thanks for bringing them home safely. I have no mood to argue with you right now. so please, since I ask you nicely. " Nada suara encik Adam sedikit rendah daripada sebelumnya tapi kedengaran sangat tegas.

" Tapi sayang.. "

" Bella.. " Encik Adam memberi amaran kepada tunangnya sambil merenungnya tajam.

oh menakutkan!

" fine! " Bella pun memusingkan badannya tapi sempat menjeling ku tajam. kakinya di hentak hentak kuat dengan bunyi kasut bertumit nya bergema satu rumah. uweshh, kuat sangat tu! tak sakit ke?

" Zara.. "

" ya encik Adam? " jawab ku serta merta! Tak nak terlepas satu saat pun.

" tolong teruskan tugas awak. saya nak kembali kerja. " Tanpa berlengah, dia terus melangkah kan kakinya.

" betul encik? " aku bertanya kegirangan. " Terima kasih encik! " walaupun dia tidak memandang ke belakang, tapi aku ucap juga terima kasih ku kerana dia masih memberi kesempatan untuk aku berkerja sebagai babysitter untuk adik adik dia.

Nampak gaya nya, selepas insiden ini aku harus melakukan tugas dengan betul dan berdisiplin! ingat tu Zara dan tempalkan ingatan tu teguh teguh kat otak kau!

" FAID dan faiq kenapa pergi ikut suka hati je dengan akak bella tadi tu? " Aku yang tidak puas hati dengan kejadian tadi, terus pergi siasat si kembar. Harus di tanya! Tapi kena bawa berlembut. Hati kanak-kanak tak sama dengan hati orang dewasa.

" Akak Bella bawa kita makan keluar.. " jawab si abang, Faid. Matanya tidak memandang ku. Takut mungkin.

" akak Bella baik.. bagi kitaorang ice cream " Sambung Faiq pula sambil tangannya sibuk main kereta mainan. " Vroom..vroom! "

Alahai si adik ni.. beza dengan si abang. Innocent sungguh!

" Tapi kan, akak dah janji nak bawa ice cream untuk Faiq dan abang. "

" akak lambat! " Katanya sambil berlari-lari membawa kereta mainan nya lalu di terbang-terbangkan seperti kapal terbang. Aduh, itu bukan kapal terbang sayang. Aku hanya menggeleng melihat telatahnya.

Jadi salah aku lah ni?
Memang salah kau pun Zara!
Dah nama nya hari pertama, nak buat macam mana?
Disebabkan hari pertama lah kau kena jaga disiplin.

Arghh, aku berdebat dengan diri sendiri. Sampai bila-bila pun tiada penghujungnya kalau di layan sangat emosi ni.

Aku menoleh melihat Faid yang kedua matanya kini sudah tajam melihat kaca tv. Karton spongebob telah menarik perhatiannya.

Aku yang ingin menegur nya terus terbantut. Tidak mahu kacau si abang yang sedang seronok melihat karton.

Tiba-tiba, Iphone 5 ku terjerit-jerit meminta di angkat. Selepas saja aku melihat nama panggilan, aku pun keluar dari bilik si kembar. Laju saja kaki ku menuruni tangga dari tingkat atas.

" Hello, Assalamualaikum ma. " Sambutku terlebih dahulu. Bibir mengukir senyuman. Rindu dekat keluarga!

" Wa'alaikumussalam lai.. Apa kabar? buat apa kamu tu? Sudah lunch ka? " Tanya mama berturut-turut membuatkan aku ketawa.

" Rilek lah mama. Zara Alhamdulillah, baik-baik saja. Zara alum lunch. kajap lagi lah.. mama, babah dan Za'im apa kabar? " Jawab dan tanya ku dengan teruja.

Ku dengar ketawa halus mama di hujung panggilan. " Alhamdulillah, kami di sini pun baik-baik saja. "

" Alhamdulillah.. " sambutku.

" So, Zara ada kerja ke di sana? " Tanya mama tiba-tiba. Aku yang baru masuk dapur terus duduk di kerusi dekat meja makan. Makcik Kiah pula hanya tersengih melihat ku sebaik saja ku menunjukkan iphone di tangan.

" Err, ada ma. " jawab ku takut-takut.

" Kerja apa? "

" umm, babysitter? " jawab ku dengan tidak pasti. Harap-harap lah mama aku ni tak marah. Aku bukan tak nak beritahu keluarga, tapi aku hanya mau comfirm kan pekerjaan aku ni. Nanti kalau tak jadi, mereka akan kecewa pula kat aku.

" Babysitter? " Sedikit nyaring suara mama di hujung panggilan. Terkejut mungkin.

Aku tersengih. " Okay jua bah jadi babysitter. Asalkan inda boring di rumah si Qiee atu "

Ku dengar mama mengeluh. " Zara dapat tahan ke? "

" InShaAllah mama.. minta restu dan doa mama dan babah ya.. "

Setelah 20 minit lamanya kami melepaskan rindu masing-masing, akhirnya panggilan mama dari Brunei itu aku tutup. Alhamdulillah, terlerai sudah rindu. Keluarga aku jauh, mana tak nya rindu setiap masa?

" Kamu dari mana Zara? kenapa macam makcik dengar tadi Zara ada cakap bahasa sabah.. atau makcik yang salah dengar,"

Aku ketawa kecil setelah mendengar makcik Kiah yang kelihatan bingung itu. " Saya dari Brunei sebenarnya mak Kiah.. " Entah kenapa aku tersipu malu pula memberitahu tempat asal ku a.k.a tempat kediaman pertama.

" Brunei? " Kedua mata mak Kiah terbeliak. Terkejut ke tu? Lalu, cepat saja dia duduk sebelah kerusi ku.

Aku mengangguk laju.

" Haihh.. kenapa tak bagitau makcik awal-awal? "

Aku berkerut. " Kena bagitau ke mak Kiah? "

" Kena lah. Boleh makcik layan Zara lebih special. Datang jauh-jauh dari Brunei? " ujar mak Kiah dengan berseri-seri.

" Ih, tak payah lah makcik.. saya ni bukan dari Brunei saja, tapi malaysia juga. Mama saya dari Johor. Saya memang tinggal kat sini memandangkan saya baru saja habis graduate. Tapi tak tahu sampai bila. "

" Ohhhh.. " Panjang pula 'ohh' Mak Kiah ni. 3 harkat kut?

" Sebab tu saya nak kerja. Asyik duduk kat rumah sepupu saya tu bosan juga. "

" Yalah, baguslah kalau macam tu. Perempuan ni kena cepat bertindak lebih-lebih lagi untuk mengambil pengelaman berkerja. Nanti tidak lah kamu penat nak jaga makan minum suami dan anak-anak selepas saja balik kerja an? Kira dah biasa. "

"Ih makcik ni, kat situ pula. Malu lah saya. Saya ni muda masih. Calon pun belum ada. " Aku tersenyum-senyum tapi senyuman itu tiba-tiba mati. Teringat pula janji ku pada Syazwan. Janji yang suatu hari nanti aku akan memberi dia jawapan. Bukan calon ke tu namanya Zara? Haihh.. serabut nya otak fikirkan seseorang ni! Kan lebih baik single, tak payah serabutkan otak. Aku ni single tapi available lah pula. Terutamanya pada si Syaz. Rindu ke aku kat dia?

" Hah? Ingat siapa pula tu? kata belum ada calon.. " Mak Kiah tiba-tiba mengejutkan ku.

" Ah? Takda lah makcik.. " Aku pura-pura menidaknya.

" Yelah tu Zara.. "

" Ih mak Kiah, cik Mera nya mana? " Aku coba menukar topik. Tapi betul lah, memang aku curious nak tahu tentang keluarga majikan ku ini.

" Ah, Mera kat KL sekarang ni. Sibuk dengan kerja kat sana. Insha Allah esok dia balik lah. "

" Ohh, tapi kan mak Kiah.. dari tadi saya tertanya-tanya, Fizun dan si kembar tu hanya adik-adik tiri mereka ke? "

" A'ah. " jawab mak Kiah ringkas.

" parents dia orang kat mana? "

" Dah meninggal. " Jawab nya lambat-lambat seperti tak rela nak bagitahu.

Aku mengucap di hati. Inalillah.. kasihannya budak-budak tu, baru kecil dah kehilangan kedua ibu bapa..

" Kasihannya mereka.. "

" Hmm.. kasihan sangat.. "

Belum sempat aku membuka mulut, mak Kiah lantas menyambung. "hmm dahlah, kamu pergi panggil budak-budak tu, jom lunch. Lewat pula lunch dia orang kali ni. "

Ku lihat mak Kiah sudah berlalu ke singki seperti mencoba hindari aku untuk bertanya lebih lanjut. Kenapa ya mak Kiah seolah-olah tak mahu berkongsi cerita? Mungkin dia belum bersedia untuk berkongsi memandangkan aku baru berkerja. Tunggu lah satu hari nanti, aku akan tahu juga cerita disebalik keluarga ini. Seperti ada sesuatu yang aku perlu tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience