Bab 10

Humor Series 47108

Bab 10

Ku lihat jam di dinding menunjukkan baru pukul 5.20 pagi. Azan subuh belum lagi berkumandang. Sambil menunggu fon untuk berbunyi azan, tiba-tiba aku teringat kan kedua ibu bapaku. Pasti mereka sedang berkumpul di bilik solat setelah menunaikan solat subuh.

Dengan cepat tanganku mendail nomber babah. Airmata ku sudah mengalir merindukan mereka sambil menunggu panggilan ku dijawab.

" Hello.. Assalamualaikum lai.. awal jua mengcalling babah ani.. subuh masih. " Babah menjawab dengan suara ceria nya.

Ya Allah..

Rindunya babah. Aku coba menahan air mata. Esakkan terpaksa aku diamkan supaya babah tidak menyedari aku sedang menangis. Ya, aku anak manja ok?

" Wa.. walaikumussalam babah.. um, babah apa khabar? Mama mana? Mama sama Za'im ok-ok saja kan? "

Babah ketawa kecil. Aku tersenyum pahit mendengar tawanya.

" Alhamdulillah babah sehat.. mama sama Za'im pun sehat. Za'im baru jua naik ke atas. Mama ni duduk sebalah babah. Zara macam mana? Ok? Kenapa suara lain atu? Damam ka? "

Aku menghela nafas lega. Alhamdulillah mereka baik-baik saja.

" Alhamdulillah.. Glad to hear that. um, Zara yeah, inda berapa sehat.. "

" Makan ubat sudah? Jangan lupa makan ubat ah, payah karang berkeraja.. " Ujar babah lembut.

" No worry babah.. In Sha Allah I will be fine soon. Um bah.. Zara rindu kamu semua.. " Sebak. Airmata jatuh tapi aku masih berhati-hati untuk babah tidak menyedarinya.

" Manja nya.. " Babah ketawa. " Baru jua sebulan labih.. aduhh.. awu, kami semua pun rindu Zara.. Melihat gambar Zara yang Zara hantar di malam, kuat hati babah kan kawinkan anak babah ani.. Makin lawa. " Babah bergurau membuatkan aku ketawa kecil.

" Babah ni.. Inda mau ah dangar your joke atu " Aku nak merajuk tapi tak kena masa pula!

" Abang.. jangan di main-main kan perkara pasal menjodohkan ani. " Kedengaran suara mama di hujung talian. Oh, aku rinduuu!

" Mama! please babah, hand it to mama. I want to talk to her "

" Eleehh, anak manja! Mendangar saja suara mama, tarus lupa babah. " Aku ketawa dengan kata-kata nya yang berbaur gurauan itu.

Maka aku pun seronok berborak dengan mama sehingga airmata pun tak sudi mengalir lagi. Tapi hati berulang kali nak memberitahu mama aku sedang ada masalah dan hari ini aku akan berhenti berkerja sebagai babysitter. Tapi tak sanggup rasanya untuk membuatkan mereka sedih terhadapku. Mereka bangga kepadaku sebab aku mula berdikari. Tapi apa kan jadi kalau aku telah mengewakan mereka? Akhirnya aku memutuskan untuk tidak memberitahu setelah mendengar azan subuh berkumandang. Talian ku tutup. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya rinduku terobat.

Selesai menunaikan solat dan mandi, aku hendak pergi mendapatkan mak Kiah untuk memberitahunya hal sebenar yang aku tidak boleh lagi berkerja disini. Beg yang tidak terlalu besar itu aku bawa dengan isi nya yang sedikit memandangkan pakaian ku selebihnya dirumah Qiee.

Tombol pintu ku buka sambil memegang beg. Tapi tak semena-mena, beg ku terjatuh selepas melihat seseorang yang betul-betul ada di depan ku sambil meletakkan kedua tangannya di dinding dekat pintu. Seolah-olah dia menunggu aku untuk membuka pintu untuknya.

Dia senyum padaku. Lalu bersiul sebentar sambil melihat beg aku yang mendarat elok di lantai.

" Hello young lady " Keningku terangkat melihat Adam yang tersenyum padaku. Oh oh, sungguh menghairankan. Dia tak pernah pun senyum padaku. Apa dah jadi , apa dah jadi ? Aku mimpi apa semalam? Hatiku menggelabah semacam. Tapi aku jadi kaku apabila melihat senyumannya bertukar serius.

"Kau nak kemana? Kau ingat kau boleh keluar dari rumah ni? You have a responsible to do, so sorry to say but.. you won't go anywhere. " Dia berundur dua tapak lalu mengira dengan jari. Bibirnya menguntum senyuman. " 1.. 2.. 3.. "
Aku mencebik. Macam budak-budak baru tahu nak mengira gaya nya.

" Akak! Akak! " Tiba- tiba muncul suara si kembar dan mereka datang mendapatkanku dengan ceria. Tiba-tiba hati ku jadi sayu. Kalau aku tinggalkan mereka, siapa yang akan menjaga mereka nanti? Kalau mereka dapat babysitter baru, boleh gerenti ke mereka akan sesuai dengan oranglain? Hatiku mula tak sanggup.. apatah lagi aku mula menyayangi mereka. Oh mai.. kenapa aku baru terfikir tentang Fizun, Faid dan Faiq?

Aku lihat Adam senyum sinis padaku lalu berkata..

" I know how much you love them.. " selepas itu dia pusing meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

Seakan-akan tidak percaya, dia telah pancing aku dengan budak-budak supaya aku tidak boleh keluar dari rumah ini. Oh seriously dude? Geramnya aku, kau cabar aku ek? Tunggu kau!

*****

(Sebelum kejadian di atas)

Adam capai telifon bimbitnya dengan malas yang terletak di meja tepi katil apabila azan subuh mula berbunyi.

Dia duduk sambil menggosok kedua mata. Tangan dan kaki di bunjurkan. Kepala di letupkan kanan dan kiri. Mata hampir tertutup tapi lekas-lekas dia buka. Mengantuk! Kaki pun melangkah ke tandas dan membasuh muka. Segar.

Adam melihat wajahnya di cermin. Tak semena-mena muncul wajah Zara yang tersenyum di cermin tanpa di minta. Adam menggeleng sambil menutup mata. Tapi sayang, wajah Zara masih ada. Oh gila! Cepat-cepat Adam ambil air lalu menyiram cermin. Di gosok cermin itu sekuat mungkin dengan sabun menggunakan berus gigi.

Setelah beberapa minit, berus gigi itu dibuang ke sampah apabila dia kehilangan tenaga. Badan disandarkan di dinding sambil mata terpejam. " Ahh.. this is crazy. "

Teringat akan semalam. Betulkah apa yang Adam dengar semalam? Betulkah Bella menghina ibu bapa Zara sampai macam tu sekali? Tapi tak mungkin Zara menipu. Tangisannya cukup membuktikan Adam.Tangisannya yang.. nyata dan murni.

Tapi.. oh no, you shouldn't go Zara. Budak-budak memerlukan kau. Hanya kau yang dapat menjaga mereka. Mereka sangat suka kan kau. Bisik hati Adam.

Walaupun kepergian Zara dari rumah ini akan membuatkan Adam tenang, tapi dia tidak lah terlampau mementingkan diri sendiri. Dia tidak mahu menyesakkan otaknya yang sedang mencari penyeselaian untuk masalah di party semalam. Kalau Adam biarkan si babysitter itu pergi, maka itu akan menambah lagi masalah untuk mencari babysitter baru.

" you won't go anywhere Zara.. walaupun kau sudah kasar ngan aku semalam. Aku maafkan kau kali ni.. "

Adam tersenyum nipis. Idea bernas sudah mari!

Pintu bilik Faid dan Faiq Adam kuak dari luar dengan berhati-hati. Dia melihat mereka masih nyenyak tidur. Adam ambil kesempatan untuk melihat bilik mereka. Sangat teratur dan comel dengan campuran warna biru dan merah pada dinding, cadar dan barang- barang yang lain.

Sejujurnya, Adam jarang pergi ke bilik adik-adik tiri nya dan itu menunjukkan juga yang dia kurang berminat terhadap mereka. Selama tiga tahun, Adam tidak menyedari adik-adik nya yang sudah membesar. Malas mahu tahu dan malas mahu peduli. Segala tanggungjawab di serahkan kepada kakaknya yang sangat menyayangi budak-budak itu. Tapi dia lebih terbuka hati kepada si kembar memandangkan mereka masih kecil dan sebab itu lah dia hendak jadikan mereka berdua sebagai alat untuk menghalang Zara berhenti jadi babysitter. Berbanding dengan Fizun yang suka lawan kata, dia malas nak bersua muka dengan budak itu.

" Faid.. Faiq.. " Adam membanguni mereka.

Faid cepat sekali bangun. Manakala Faiq masih bersembunyi dalam selimut.

" A.. bang Adam? " Faid sedikit terkejut. Reaksinya seolah-olah menunjukkan dia sedang bermimpi. Abang Adam ada di bilik mereka?! Tak pernah di buat-buat!

" Hey, sorry sebab abang bangunkan Faid pagi-pagi buta ni. " kata Adam sambil berbisik pada Faid yang berkelip-kelip matanya tanda masih mengantuk. Adam tersenyum melihat wajah comelnya. Baru nak perasan ada adik yang comel tahap gaban?

Faid sedikit ketakutan. Biasanya dia akan larikan diri. Tapi melihat senyuman Adam, dia kaku di situ. Mungkin abang nya itu sudah berubah?

" Rindu kat akak Zara tak? "

Mata Faid tiba-tiba terbuka besar . " Rindu sangat.. " Dia merengek manja. Tiba-tiba hilang takut! " Semalam kat party tak selalu jumpa.."

Aku dah agak dah, mereka sangat suka dengan Zara. Bisik hati Adam.

" Kalau macam tu, bangunkan adik.. kita sama-sama breakfast ngan akak Zara ok? "

Senyuman Faid semakin lebar menampakkan giginya yang berbaris lurus. Budak kecil yang tak pandai membaca ada agenda tersembunyi di sebalik senyuman Adam. " Abang Adam ikut sekali? "

Adam mengangguk laju.

" Yeayy!! " Faid melompat-lompat di katilnya membuatkan Faiq terbangun.

" Hai Faiq. " sapa Adam. Tapi Faiq hanya melihatnya dengan selamba lalu berbaring semula. Mengantuk sangat hingga tak larat nak bangun. Tahu-tahu Adam tertawa kecil dengan tingkah comel si kembar. Kenapa selama ini dia tak menyedari ada budak-budak comel di rumahnya?

****

" NANTI kalau abang habis kira sampai tiga baru korang pergi kejutkan akak Zara ok? Tunggu kat sini ya.. shhh" Pinta Adam pada si kembar. Lalu si kembar bersembunyikan diri mereka tidak jauh dari bilik Zara.

Kerusi yang terletak hampir dengan bilik Zara, Adam duduki. Perfect place. bisiknya. Lalu dia mengambill fon di poket seluar. Banyak notifications yang datang tidak putus-putus.

Adam melepaskan keluhan berat apabila melihat banyak mesej yang datang bertanyakan tentang hal semalam. Nasib baik lah dia ini tidak diketegorikan orang yang terkenal dalam kalangan orang-orang dalam industri perbinaan memandangkan dia bukan seorang bos. Kalau tak, habis imejnya diperlekehkan orang ramai. Apa-apa pun, sia tahu masalah ini tidak lah terlampau di sebarkan dengan begitu luas lebih-lebih lagi pada wartawan. Sebab Adam tahu kakak nya orang yang terpengaruh dalam syarikat dan syarikat yang lain dan tiada siapa yang berani untuk menentangnya.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki Zara yang menuju ke arah pintu. Lekas-lekas Asam berdiri betul-betul di depan pintu sambil menyandarkan kedua tapak tangannya di dinding. Seperti hendak menghalang dia pergi.

You won't go anywhere.. bisik hati Adam lagi.

(Selepas kejadian di atas)

" I know how much you love them.. " Selepas itu Adam pergi meninggalkan Zara yang kelihatan terkejut melihat kedatangan si kembar.

" encik! " Asam pusing badan dan Zara sudah ada di depan matanya. Manakala si kembar tercenggang melihat kami berdua.

" opss sorry, I shouldn't call you 'encik' lagi since aku akan pergi dari rumah ni. " Kata Zara dengan menekan 'encik' dan berbisik pada ayat terakhir.

Adam tersenyum nipis. Tak terasa dengan kata-kata pedas tadi..Perempuan ni ada ego juga rupanya.

" you sure? " Adam mengangkat kening sebelah sambil berjalan setapak ke depan. Zara jadi tidak keruan membuatkan dia mengundur setapak.

" Please jangan buat your bad scene again in front of this twins. " Adam berbisik kepada Zara. Serta merta Zara melihat si kembar. Si kembar saling senyum melihat dia. Cairlah hatimu perempuan!

" I know deep in your heart, you don't want to leave them. Kan? " Adam coba lagi untuk membuatkan Zara berfikir kali kedua sebelum dia benar-benar pergi tinggalkan rumah ini.

" What do you want Adam? " Tanya nya keras pada Adam sambil berbisik. Takut si kembar mendengar mungkin.

" I want you to stay.. "

*******

Not really sure how to feel about it.
Something in the way you move
Makes me feel like I can't live without you.
It takes me all the way.
I want you to stayyyyyy...

Tiba-tiba lagu stay dari Rihanna sedang bermain indah di minda ku. Aku seakan-akan jadi terpukau sekejap mendengar lagu tersebut. Lupa sekejap orang yang ada di depan mataku. Orang?

Oh-oh.. Ku lihat wajah Adam yang kehairanan. Dia melambai-lambai tangannya ke muka ku.

Aku menggeleng laju! Come to you sense Zara! Telinga ku tiba-tiba menangkap ketawa Adam. Dia ketawa? seriously?

" Am I cool enough to mesmerize you? "

Aku terdiam. Zara please Zara. Adam mahu kau stay untuk jadi babysitter bukan stay untuk dirinya. Oh, Apa yang telah aku fikirkan?

" Akak.. lapar! " Tiba-tiba Faid dan Faiq merengek lapar kepadaku. Alahai sayang.. Bagaimana akak nak pergi dari rumah ni kalau korang memerlukan akak? Bisik hatiku.

" Faid.. Faiq. " Tiba-tiba Adam duduk bercangkung di depan si kembar. " Sabar sayang.. akak Zara akan masakan tuk kita ok? Suka tak?" Wah, dia betul-betul friendly dengan mereka ataupun hanya berpura-pura di depanku?

" Yeay!! Jomlah akak masak.. kita orang lapar.. " pinta Faid.

" Sakit perut.. lapar.. " sambung Faiq lagi dengan wajah yang menunjukkan dia betul-betul lapar.

Ya Allah, melihat keadaan mereka.. sesungguhnya aku tidak sanggup meninggalkan mereka.

" Adam. " panggilku. Entah apa yang merasuk aku sehingga aku hilang hormat padanya.

Dia pun berdiri. Keningnya terangkat.

" I will stay.. for them. But you have owe me something. "

Adam berkerut. " I have one? "

Aku tersenyum sinis " YES .. mr Adam."

*******

TANGAN ku ligat memutar corn soup yang hampir siap di masak olehku. Corn soup ini aku warisi dari seorang chef iaitu babah aku sendiri. Memang.. walaahh! ( nyummy) Setelah sebulan lebih berkerja sebagai babysitter, tak pernah aku masak untuk budak-budak sebab dilarang oleh mak Kiah. Aku hanya ikut membantu tapi yang memasak ialah mak Kiah sendiri sebab memang dia berkerja sebagai tukang masak untuk keluarga ini.

Tapi hari ni, aku di paksa suruh masak oleh Adam untuk dia dan yang lainnya dan perkara itu menghalang mak Kiah untuk memasak. Akhirnya, aku ikhlaskan saja untuk mencipta bab baru hari ini. Bab apa? Bab memasak!

Setelah siap, mak Kiah membantu aku untuk menyediakannya di meja makan.

Kedua mata ku menangkap Adam dan si kembar di meja makan yang sedang bermain games di I pad. Manakala Fizun sedang berpeluk tubuh dengan wajah nya yang masam. Pasti dia jauh hati melihat adik kembarnya sedang seronok bermain dengan Adam. Kasihannya dia..
Kenapa lah Adam tak ajak Fizun sekali? Kalau memang Adam dah berubah, kasihani lah budak Fizun tu!

Aku berdehem. Adam mendongak. Aku membulatkan mata. Dia angkatkan kening. Ku alihkan mataku pada Fizun. Adam pun melihat Fizun yang masam lalu dia angkat bahu tanda tak kesah.

Aku menahan rasa geram. Dia lupa ke tentang janji nya tadi? Tak sampai sejam, dia dah lupa? Apasal kurang tajam ingatan tu..

Aku pun menghampiri Adam dan berdiri di sebelah nya. Dia membetulkan duduk. Aku mencendok corn soup ke dalam mangkuknya sambil melihat mak Kiah berlalu ke dapur. Setelah memastikan mak Kiah hilang dari pandangan, aku lekas-lekas mengambil kesempatan.

" Are you trying to make a fun of me? " Bisikku pada Adam yang sedang bermain dengan sudu di dalam corn soup.

" Apa lagi kau ni? " Tanya nya sambil membuat wajah 'malas nak layan'.

" Ini tak adil. Kau layan si kembar saja apa hal? Fizun tu kenapa kau tak bawa main sekali? " Bisikku lagi. Ohh, bibirku jadi sakit kerana terlalu berjaga- jaga agar suara ku tidak di dengar oleh budak-budak.

" Dia yang keras kepala tak nak ikut main. " Jawabnya selamba lalu menyuap corn soup ke mulutnya. Aku pula menunggu reaksi Adam tentang makanan yang pertama kali aku masakkan untuk mereka.

" Sedap tak? " Tanyaku kepada Adam. Tapi dia hanya diam.

" Sedap tak Fizun? " Posisi ku bertukar alih ke Fizun. Dia tersenyum padaku. Nampak comrl berbanding tadi yang hanya masam. " Sedap sangat! Boleh bawakan corn soup ni untuk Fizun tak? "

Aku tersenyum kegirangan. Tak sangka pula aku akan menerima sambutan yang baik tentang makanan corn soup yang telah aku masak.

" Abang nak bawa ke sekolah? " Tanya Faid yang asyik dengan makanannya. Si kembar pun memberi reaksi yang sama. Mereka suka!

" Abang nak bagi-bagi kat kawan abang juga. " jawab Fizun. Lalu dia memandangku. " Boleh tak kak? "

" Boleh sayang, lagipun akak masak banyak sangat tu. Fizun bawa banyak2 ek? " Aku gosok kepalanya perlahan. Kesihan tengok budak ni..

" Aku nak juga buat bekalan kat office. " Tiba-tiba Adam berbunyi tapi dingin sambil melap mulutnya. Mataku membulat melihat mangkuk nya yang sudah kosong bersih.

Aku tersenyum hampir nak ketawa. Kalau sedap tu, cakaplah sedap! Ini tak. Berbunga-bunga dia puji masakan aku.

" Yalaahh Encik Adam.. " kataku sambil menekankan perkataan 'encik'. Saja nak sindir.

" Woaaah!! whats going on here? Did I miss this precious moment? " Tiba-tiba akak Mera muncul yang sudah elok berpakaian kerja nya. Cantik. Wajahnya nampak berseri-seri pagi ini. Maksudku.. lebih berseri dari hari-hari sebelumnya. Kang tengah hangat bercinta lah katakan. Boleh lupa masalah yang dia hadapi sekarang ni.

" Morning kak. " Sambut Adam lalu di ikuti oleh budak-budak.

Seperti biasa, kak Mera mencium pipi adik-adik tirinya. Memang rutin harian kak Mera berbuat seperti itu agar budak- budak tidak merasa kehilangan kasih sayang. Seperti sudah jadi ibu kepada mereka bertiga.

" sis, you can sit here. I'm finish already. " Adam bangkit dari kerusi 'bos' lalu Kak Mera pun duduk.

" wahh, corn soup? MakKiah tak pernah masak ni... "

Aku ingin membuka mulut, tapi Adam terlebih dahulu berkata sambil memakai kot hitam nya." um, babysitter kita yang masak kak. "

" Oh really? " Aku mengangguk laju sambil tersenyum. Kak Mera pun mencoba untuk rasa. Satu suapan. Dua suapan. Tiga suapan.

" mmmm.. sedapnya Zara! "

Aku tersenyum lebar. Ofcourse, Zara masak pasti sedap. Oh thanks babah!

" Terimakasih kak. Oh ya, saya nak masuk dapur jap. Nak bekalkan Fizun dan encik Adam corn soup ni. " Aku pun laju berjalan ke dapur. Tapi sempat aku dengar kak Mera berkata kepada Adam. " Adam, since when? "

Maksud kak Mera, sejak bila Adam nak bekal makanan untuk dia makan kat office? walaupun aku nak tahu jawapan Adam, tapi aku sudah pun masuk ke dapur. Tangan ku lincah menyediakan bekalan untuk mereka berdua.

" Zara.. "tiba-tiba mak Kiah bersuara.

" Hmm? " jawabku tanpa memandangnya. Tangan sibuk mengambil tupperware.

" Ada apa-apa yang terjadi antara Zara dan Adam tak? "

Aku terhenti. Lalu memandang Mak Kiah. Aku buat-buat senyum. Senyum yang nampak mengendahkan kebenaran. " Maksud mak Kiah apa? Tak da lah.. macam biasa je. " lalu aku menyambung kerjaku.

" Maksud mak Kiah, pagi ni Adam nampak lain tadi di meja makan. Zara pun sama. "

Aku pura-pura ketawa. " Yake mak Kiah? Kalau Adam dah berubah, syukurlah. Zara pun ikut berubah kalau macam tu. Zara akan layan dia lebih baik dari sebelumnya kalau dia layan budak-budak dengan cara yang baik jugak. "

" Baguslah kalau macam tu, makcik percaya sejak kamu melangkah masuk ke rumah ni, pasti akan membawa perubahan dalam keluarga ni. " Katanya sambil menyentuh bahuku. Aku hanya tersenyum tanpa mengkaji lagi apa maksud disebalik kata-katanya.

" Oh ya makcik, saya nak tanya sesuatu. "

Makanan pun dah siap di bekal. Tinggal nak simpan kat bag je lagi.

" Tanya lah. Apa dia? "

" Mak Kiah ok tak? Kenapa masa party semalam mak Kiah hilang dari saya selepas melihat kak Mera dengan encik Muaz? Dan semalam juga, mak Kiah pergi macam tu je padahal kita kan nak selasaikan masalah. "

Raut wajah mak Kiah tiba-tiba jadi berubah. Dia diam seketika sambil menunduk.

" Mak Kiah? " panggilku.

" Ehem. " Tiba-tiba Adam muncul depan pintu dapur. Aku beralih kepadanya. Mata kami terpaut seketika. Sesaat.. dua saat.. akhirnya aku berpaling. Hati ku rasa berdebar-debar. Ishh.. tak mungkin!

" Ih Adam? Nak pergi office ke? " Mak Kiah lekas-lekas bertanya. Aku tahu dia coba menghindari soalan ku tadi.

" Ya mak Kiah kejap lagi lah. Um Zara, bawa bekalan kami tu ke depan. "

Aku mengangguk lalu mengambil dua bag yang berisi makanan. " saya pergi dulu ya mak Kiah, nanti kita sambung ok? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience