Bab 8

Humor Series 47108

Bab 8

DRESS yang cantik dan labuh di depanku itu ku sentuh. Kainnya yang lembut dengan berwarnakan merah dan pink membuatkan aku ingin sangat memakainya. Kombinasi warna yang menarik! Tapi melihat harga nya yang beratus-ratus, niat terus terbantut. Kalau seratus atau dua ratus tak pe kot, tapi ini hampir nak empat ratus? Pengsan! Bukan BN, tapi RM. Walaupun aku selalu tinggal di Malaysia, tapi tak pernah aku berbelanja satu pakaian sampai empat ratus.

" Zara suka dress ni? " Suara kak Mera mengejutkanku dari belakang.

" Eh akak.. err, tak lah. saya cuma suka warna dress ni je. " Tidak pasti adakah aku jujur atau tidak ataupun tidak kedua-dua nya sekali.

" Yeke? Tapi akak tengok Zara sentuh tadi. Lama Zara sentuh.. Nak kan? " Dia ketawa.

" Tapi harga dia mahal lah kak.. Tak pe, kita cari tempat lain eh? Tempat murah sikit.. " Walaupun malu mengatakan hal sedemikian, tapi aku tidak mahu mengambil kesempatan itu.

Benar, kak Mera akan membelikan aku satu untuk aku memakainya nanti di majlis hari jadi budak-budak. Namun, aku takut aku tak layak berada di majlis itu.

" Eysh Zara ni, malu lah pula nak beli dress ni. I don't care with the price, as long as you look beautiful when you're around with the kids. " Kak Mera mengenyetkan matanya. Belum sempat aku bersuara.. " Let's take this for you. "

Aku mengalah saja.

DUA hari sudah berlalu, akhirnya hari yang di tunggu sudah tiba. Aku teruja sangat untuk melihat budak-budak berseronok dengan majlis mereka sendiri. Kak Mera kata, encik Adam akan nampak lain setiap kali birthday party di adakan. Sebab encik Adam akan nampak lebih penyayang kepada budak-budak. Memandangkan ramai orang di jemput ke majlis itu. Walaupun itu hanya lakonan semata-mata untuk mengaburi mata semua orang, tapi lakonan itu adalah saat yang terindah buat Kak Mera.

Sejujurnya, aku juga tidak sabar!

Aku tilik makeup yang natural di wajahku. Aku nampak sangat lain. Seperti bukan aku. Cantik sangat makeup ni! Walaupun pada awalnya aku enggan nak bermakeup, tapi aku di paksa oleh kak Mera. Dia kata nanti aku rugi kalau tidak di dandan oleh makeup professional dan dia juga ikut rugi sebab dia yang menyewa.

Manakala mata beralih lagi pada dress yang sudah ada di badanku. Ngam pada badan. Tidak ketat tidak juga besar. Suka! Shawl merah juga digayakan di kepala oleh kak Mera sendiri.

" Oh Zara, you look beautiful! " Pujinya. Aku ketawa.

" Kak, I feel macam bukan babysitter lah pula. " Aku cemas walaupun bibir masih tersenyum. Bukan aku tak biasa, aku juga pernah bergaya macam ini. Tapi entah kenapa aku rasa malu depan keluarga kak Mera. Lebih-lebih lagi pada tetamu yang akan datang nanti.

" Well, that's better. Sebab akak nak Zara malam ni berseronok dengan kitaorang. Bukan sebagai babysitter tapi kalau boleh, sebagai part of this family. You're my sister instead" Aku nampak bersinar-sinar mata kak Mera apabila dia berkata begitu. Rasa di hargai dan ingin menganggapnya sebagai kakak kandung juga semakin membuak-buak dihati.

Badannya ku peluk serta merta.

" " Akak Zara! " Tiba-tiba suara Fizun muncul. Aku pusing ke arahnya dan badan gempal itu nampak comel saja apabila dia memakai baju kemaja putih. Kot kecil yang berwarna hijau masih di tangannya.

" Wow. akak cantik.. " mata Fizun membesar serta merta apabila dia melihat aku. Kot ditangan hampir terjatuh. Aku dan kak Mera ketawa melihatnya.

" Fizun pun comel. Napa belum pakai kot tu? " Kak Mera menyambut.

" Nak akak Zara pakaikan! " Alahai! Garang tapi manja.
Ada masanya dia nak aku, ada masanya dia tak nak aku. Sampai bila kita nak bermesra wahai adik comel?

" Ok, meh sini akak pakaikan. " Kot yang ditangannya ku ambil.

" Faid dan Faiq kat mana sayang? " Kak Mera bertanya.

" Kat dewan main ngan kawan. " jawab Fizun ceria. Dia pun tak sabar nak main agaknya.

" Done. Jom! "

ADAM pun sudah bersiap lantas dia pun pergi ke dewan kecil di belakang rumah iaitu tempat dimana selalu dan akan diraikan birthday party si kembar dan Fizun. Walaupun ianya adalah belated birthday untuk Fizun, tapi Mera tetap mahu meraikannya juga. Adil katanya.

Adam melihat belum ramai lagi tetamu yang datang, masih awal lagi. Tapi malangnya untuk Adam, Bella sudah tiba bersama keluarganya. Dan ini akan meletihkan dia untuk berlakon depan semua orang! Lebih-lebih lagi untuk kMera dan kedua ibu bapa Bella. Kelakarnya, Bella tidak kisah dengan lakonan Adam itu sebab Bella yakin tunang nya itu akan berkahwin dengannya juga. Tapi keyakinan itu tidak ada pada Adam.

" Assalamualaikum Datok, Datin " Tangan Dato Faisal, ayah kepada Bella Adam jabat Senyum di beri. Tangan Datin Laila juga di sambutnya.

" Wa'alaikumussalam.. " jawab mereka bersama.

" How are you? Long time no see.. " Dato Faisal memulakan bicara.

" Alhamdulillah, I'm fine. I've been busy lately, sorry Dato. How are you and your wife? "

Setelah beberapa minit mereka berborak kosong, Adam mengambil kesempatan itu untuk meneliti setiap barang-barang yang ada di dalam dewan kecil itu. Tak ketinggalan, si kembar yang sedang bermain dengan sepupu-sepupu mereka itu telah menangkap perhatian Adam.

" Sayang.. " tiba-tiba Bella menegurnya.

" Hmm? " jawab Adam malas. Mata masih tertumpu kepada budak-budak yang asyik bermain.

" You look handsome.. "

" Thanks "

" Am I look beautiful tonight? "

" Yes. " Jawab Adam acuh tak acuh.

" But, you don't look up at me! " Bella sudah mula merajuk.

Mata beralih ke arah Bella. Adam melihatnya memakai dress panjang yang berkilat dan ketat menampakkan bentuk badannya. Rambut dilepaskan tanpa memakai tudung.

Pada kali pertama melihatnya, Adam sedikit terkejut kerana tunang nya tidak memakai tudung. Tapi bila di fikirkan balik, Bella memang bukan seorang yang istiqamah dalam memakai tudung. Kadang buka, kadang pakai. Like.. I don't care. Adam menyampah.

" Honestly, you look more beautiful if you are just.. wear tudung. " Adam jujur.

" ah? I thought.. "

" I don't know why but last year party, you wore tudung right? What have made you changed your mind? " Adam menaikkan kening. Tanda ingin tahu apa yang telah membuatkan Bella bertukar fikiran untuk berubah.

" Sayang, I'm not your wife yet so you have no right to control me. " Katanya sambil tersengih.
Adam ikut tersengih. Belum sempat dia berkata, tiba-tiba terdengar suara si kembar memanggil Kak Mera.

Adam pun dengan riangnya ingin mendapatkan kakaknya yang baru masuk dewan itu. Tapi tiba-tiba langkahnya terhenti. Adam jadi beku. Matanya turut kaku. Mulut pun terkunci.

Senyumannya..

Ketawanya..

Gerakkannya..

Cantiknya dia..

' Ya Allah.. She's beautiful.. ' Tanpa sedar, Adam memuji Zara yang ada di belakang Mera bersama-sama masuk dewan. Oh Adam, apa dah jadi ni?!

*****

"AKAK Mera!! "

sebaik saja kami melangkah ke dewan kecil, si kembar sudah berlari mendapatkan kami.

Aku yang masih di belakang kak Mera berasa malu untuk berdepan dengan semua orang walaupun masih belum ramai lagi yang datang. Mataku liar melihat dekorasi dewan ini. Sangat elegent walaupun ada banyak belon di gantung dan juga di lantai. Tidak ketinggalan mainan-mainan turut di sediakan untuk kanak-kanak bermain.

Ku lihat Faid dan Faiq juga memakai baju kot yang berlainan warna. Faid memakai kot berwarna merah dan Faiq memakai kot berwarna biru. Tema tahun ini adalah sangat menarik. Seperti majlis untuk orang muda gayanya. Mereka tidak terlalu menampakkan majlis kanak-kanak pada tahun ini kerana menurut kak Mera, dia ada satu pemberitahuan nanti sebelum penghujung majlis. Kirakan ianya bukan hanya birthday party.

Faid dan Faiq terlalu gembira. Dia menarik kedua tanganku untuk masuk. Aku semakin malu apabila di pandang orang. Tapi tiba-tiba mataku tertangkap akan pandangan seseorang.

Dia.. nampak kacak dengan pakaian kot hitam. Sangat lain dan nampak sungguh bergaya. Rambutnya di pacak kemas. Ku lihat dia seolah-olah tercenggang melihat aku. Ingin sekali aku senyum, tapi niat ku terus terbantut apabila melihat Bella meraih lengan encik Adam lalu memeluknya.

Kini mataku melihat kepada Bella. Dia nampak cantik seperti seorang puteri. Tapi lebih cantik kalau dia memakai tudung.

Aku tertunduk dan ikut rentak si kembar. Sedar diri Zara! Tak mungkin encik Adam akan terpikat dengan kecantikkanmu sedangkan di sisi nya lebih cantik dan seksi. Ahh.. apa yang aku fikirkan ni? Aku kan tak suka dia! Aku benci dia! Dia ego, dia pemarah, dia keras kepala. Dia bukanlah type aku. Dan.. aku hanya seorang babysitter.

Pandangan encik Adam itu hanya pandangan biasa saja. Kau simpan dalam otak kau tu ketat ketat Zara!

Setelah beberapa minit, ramai orang datang tanpa putus-putus. Aku pula hanya melihat budak-budak bermain di depanku. Memang janggal suasana yang aku rasa. Tapi apa boleh buat? Aku hanya seorang babysitter.

" Zara. " Mak Kiah akhirnya datang menegurku. Oh.. akhirnya!

" Mak Kiah! Saya malu lah.. saya nak masuk rumah.. " Kataku sambil mencuri pandangan orang yang melihatku. Hatiku berdebar-debar apabila melihat encik Adam melihatku dengan tajam sambil dia minum air.

" Apa nak di malukan? Tak da apa lah.. "

" Ramai orang tengok.. "

" Tu sebab Zara cantik sangat malam ni. " Mak Kiah mengusap bahuku sambil tersenyum makna.

" Eysh, bergurau pula mak Kiah ni.. "

" Gurau apa nya? Mak Kiah cakap benar lah. "

Kami sama-sama ketawa. Tapi tiba-tiba mak Kiah berhenti. Dia seolah-olah kaku melihat seseorang. Aku pun pusing ke belakang melihat apa yang di lihatnya.

Tiada siapa yang mencurigakan. Aku hanya nampak kak Mera dengan seseorang yang baru datang. Lelaki. Dia nampak masih muda tapi kalau di bandingkan dengan kak Mera, lelaki itu mungkin lebih tua. Mereka hanya berborak lalu memanggil Fizun. Lelaki itu memeluk Fizun dengan erat. Mungkin sepupu mereka.

" Mak Kiah tengok si.. " Soalan ku terhenti di situ apabila ku berpusing kerana di depanku tidak ada lagi makcik Kiah. Tapi bertukar ganti orang.

Jantungku berdegup kencang.

" Looking for makcik Kiah? " Dia bertanya.

Aku menelan air liur. Mulutku terkunci. Tidak tahu nak cakap apa!

" Hello? "

" Ah? umm, err saya ingatkan mak Kiah tadi " kataku gagap sambil tunduk.

" who are you? "

Aku terkejut dengan soalannya membuatkan aku mendongak melihat wajah tampannya walaupun masam. Matanya disepetkan.

" I'm.. Zara. " jawabku tanpa berfikir panjang. Betul kan?

Encik Adam tersengih. Terserlah sedikit senyumannya. Senyuman yang digilai orang ramai. Itu kata kak Mera. Tapi aku? Senyumannya itu maut!

" What a straight-forward woman. I mean who are you in this family? "

Oh!

" I'm just.. a babysitter. "

" Good. so why are you wearing this kind of expensive dress? My sis bought it for you? "

Aku mengangguk. Tunduk lagi. Kalau tidak, aku boleh demam seminggu melihat wajahnya.

Aku nampak kaki encik Adam berjalan setapak ke depanku.

"You know what.. "

Dua tapak.

" you look.. "

Aku terundur diri setapak apabila terasa dia sangat hampir kerana bau collogne nya yang menangkap hidungku. Mata terpenjam erat.

" Adam! " tiba-tiba seseorang memanggilnya.

Dia terhenti. Aku lega.

Seorang lelaki muncul menyapa Adam. Kacak orangnya tetapi belum dapat mengalahi kekacakkan encik Adam. Sekali pandang, dia seperti lelaki kacukkan.

" Jai! You're late. "

" Sorry bruh. Qiee buat hal. Dia suruh aku tunggu, tapi dia yang lambat. So aku tinggalkan dia je lah. "

" Qiee? " Oh bibirku! Kenapa kau berani bersuara? Aku baru ingat, yang sepupu ku itu di jemput ke majlis ini.

" Hey, who is she? " Lelaki yang bernama Jai itu melihat aku dari atas ke bawah. " Beautiful. "

Aku jadi malu. Arghhh, aku tidak seharusnya disini!

Encik Adam berdehem.

" Dia.. Zara. umm.. a babysitter "

Jai ketawa sambil menepuk bahu encik Adam. " what?! No way Adam.. wow.. "

" Yes way! Jomlah kita kesana. " Encik Adam menolak Jai ke depan, meninggalkan aku seorang.

Aku jadi buntu. Aku sepatutnya menjaga budak-budak tetapi mereka tidak memerlukan ku memandangkan mereka ada kawan-kawan bermain. Apa yang harus aku buat?

*******

Wey Dam! Tak sangka dia rupanya sepupu Qiee yang dia tengokkan gambar Zara hari tu. Cantik sangat kalau face to face. " Jaiden sudah mula membuka isu.

Air di cawan Adam minum. Menghilangkan rasa dahaga. Sejak dia melihat Zara berpakaian cantik dan bergaya macam tu, entah kenapa dia rasa panas. Zara nampak sangat cantik. Hampir saja Adam memberitahu Zara yang dia kelihatan cantik malam ini.

" Bruh, kenapa diam ni? "

" Aku panas. "

Jai ketawa. " Kau sebenarnya dalam dunia mana? Dewan sejuk kau kata panas. Kau nervous ke? "

" Ah? yeah yeah aku nervous. kejap lagi aku naik pantas. " Alasan yang sangat munasabah Adam! dia ketawa dalam hati.

" weird, tiap tahun kau naik pantas. Tak pun nervous sampai macam ni sekali. " Dia menaikkan keningnya meminta jawapan.

" Jai, jangan buat hal.. " balas Adam lalu meneguk air oren itu sampai habis.

" Kau nak minum lagi ke? Nampak dahaga sangat .. " Jai hanya mampu tersengih walaupun Adam tahu sahabatnya itu akan menyimpan rasa curiga dan meluahkannya padanyw nanti.

Adam menggeleng laju. Tidak lama kemudian, dia nampak isyarat dari kakak nya untuk menyuruhnya memulakan acara.

" Aku naik dulu. " pamit Adam pada Jai. Jai hanya tersenyum makna.

*****

"So let the party begins. " Akhirnya Adam menghabiskan kata-kata ucapannya.

Aku terpegun melihat encik Adam di atas pantas. Aku suka dia berbahasa english dengan sopan. Aku suka dia membaca doa. Lancar dan bertajwid. Aku suka apabila dia banyak senyum. Kacak.

Hatiku rasa lain semacam.

"C'mon Fizun, Faid and Faiq, come over here! " Adam menyambung dengan ceria.

Ku lihat budak-budak dengan senyuman yang lebar naik ke pantas lalu berdiri di tempat masing-masing dengan kek yang tersedia di depan mereka. Adam memulakan lagu hari jadi lalu di ikuti oleh kami. Setelah itu, Adam menyuruh mereka memotong kek bersama-sama. Budak-budak nampak sangat bahagia. Aku pun turut merasa gembira.

Setelah itu Adam memeluk mereka bertiga. Salah satu dari mereka nampak janggal apabila berbuat perkara sedemikian. pastinya Fizun. Aku tahu dia juga turut terpaksa berlakon demi megaburi mata semua orang. Sekarang dia sudah masuk 9 tahun, pasti susah baginya untuk menerima kenyataan bahawa itu semua lakonan. Tapi dia berjaya juga mengawalnya.

Adam benar-benar berbeza malam ini. Dia seperti bukan Adam yang aku jumpa pada kali pertama. Dia lebih kepada peramah dan lemah-lembut. Memang type lelaki ku. Tapi itu semua lakonan. Hanya lakonan. Dia tidak akan berubah melainkan dia sendiri nak berubah. Jadi Zara, jangan sekali-kali menaruh harapan! Dia dan aku bagaikan langit dengn bumi. Jauh beza.

" Kau balik rumah tak malam ni? " tanya Qiee sambil mengambil nasi.

Aku mengerakkan bahuku ke atas. " Aku tidak pasti lagi. "
" Better not. Sebab party ni selesai tengah malam. Banyak games, quiz and even cabutan bertuah yang akan di adakan nanti. You will be tired. "

" Ok, if you said so. Thanks Qiee. " aku senyum kepadanya setelah melihat pinggan dia yang penuh dengan makanan. Nak rasa muntah pula melihat makanan penuh satu pinggan itu.

" Seriously, you look gorgeous tonight cousin. " Dia mengenyetkan matanya padaku.

Kami sama-sama ketawa. " Thanks cousin. We should take pictures again later. This time a lot. "

" Sure. hey, kau tak makan ke? Nampak sedap ni.. "

" Aku kenyang makan buah tadi. Lagipula, aku tak makan makanan berat malam-malam macam ni. "

" Ikut suka hati kau lah Zara. Jangan kau lapar pula tengok aku makan sedap-sedap. "

Aku ketawa lagi. " Don't worry, I won't be with you. Aku nak cari budak-budak. " lalu meninggalkan dia yang sudah duduk di kerusi. Aku ketawa kecil.

" Zara! " panggilan Qiee tidak ku hiraukan. Pasti wajah dia jadi masam selepas aku tinggalkan dia sorang-sorang.

Aku pun mencari budak-budak. Orang ramai sibuk dengan makanan masing-masing. Aku jadi risau kalau budak-budak belum makan. Mereka langsung tak sentuh makanan sebelum majlis ini dimulakan.

Itu dia! Aku nampak Fizun dan adik-adiknya bermain dengan budak-budak yang lain. Mereka bermain games yang dikendalikan oleh orang yang bertanggungjawab dalam menyempurnakan salah satu aktiviti ini.

Belum sempat kakiku tiba ke tempat mereka, tiba-tiba aku di tahan oleh seseorang. Ku lihat dia tersengih jahat melihat ku.

" Hey "

" cik Bella? " Aku terkejut dengan kehadirannya.

" Kau betul ke seorang babysitter? "

" Yee saya, kenapa cik? " Aku bertanya lembut dan senyum diberikan. Walaupun soalan itu agak memanaskan jiwa, tapi aku tak mahu bikin panas. Lebih baik sabar.

Dia melangkah kedepan. Lalu menarik sedikit bajuku dibahu. " Seorang babysitter tak layak pakai dress mahal macam ni. " Aku terkejut dengan tindakkannya.

Dia menyambung lagi. Kali ini hujung shawl ku di tarik perlahan. " Dan shawl ni tak sesuai dengan personaliti kau. " Lalu dilepaskannya shawl ku.

Mataku membulat. Tapi belum sempat aku buat apa-apa, dia sudah mencengkram kedua pipiku. Lalu digoyangkannya kekanan dan ke kiri. " Dan makeup ni nampak comot. Wajah kau nampak tua. Macam makcik-makcik. " Dilepaskannya kedua pipiku dengan kasar. Aku kesakitan sambil mengusap pipiku.

Hatiku jadi panas. Kedua mataku tajam melihat kedua matanya.

Cik Bella sedap ketawa. Aku lihat ada dua ke tiga orang melihat aku diperlakukan sedemikian. Mereka kehairanan. Aku harus pergi. Aku takut aku akan hilang sabar. Aku malu. Aku tidak mahu diperlakukan buruk macam ini sekali.

Aku ingin mengatakan sesuatu padanya, tapi terlebih dahulu dia membuka mulut.

" Dan ini.. " Di tangannya terdapat cawan berisi air, lalu di tuangnya ke atas kasut ku dengan perlahan. " Babysitter macam kau memang jauh tidak layak memakai kasut mahal ni. So let me help you untuk melayakkan pemakainya.. "

Aku menutup mulutku. " Cik Bella.. " Aku tidak terkata. Aku seperti nak menangis tapi aku coba tahan apabila semakin ramai orang datang melihat aku di buli. Ada yang ketawa, ada yang kasihan dan ada yang tidak mahu membantu. Aku bukan salah satu aktiviti dalam majlis ni!

" Wow, what have you done Bella? " Tiba-tiba datang seorang perempuan yang berpakaian sama seperti cik Bella. Mungkin sepupu atau kawan.

" I did nothing. Aku cuma kasihan kat perempuan ni. So poor. Hey Zara, kau ingat ni baik-baik. Adam itu milik aku. Itu bermakna keluarga dia juga akan jadi milik aku. Aku benci tengok kau lebih rapat dengan kak Mera dan budak-budak tu. "

" Saya.. saya.. " aku jadi gagap. Mataku rasa panas. Akhirnya airmataku jatuh. Aku tidak pernah seumur hidup diperlakukan seperti ini. Aku tidak tahu apa harus aku buat.

Bella ketawa. " Bodoh sangat parents kau eh? Bodoh sebab hantar kau ke tempat yang tak layak untuk kau. "

Aku terkaku. Air mataku berhenti berlinangan. Tangan ku genggam erat. Hatiku panas. Mataku tajam melihat Bella.

" Kau cakap apa pasal parents aku? " Nada suaraku berubah. Bahasaku sedikit berubah. Tidak ada lagi 'saya'. Aku paling benci bila parents aku disebut yang langsung tidak ada kena mengena dalam hal ini. Tambahan ketika ini aku sangat memerlukan mereka.

Bella sedikit terkejut melihat aku tapi masih tersenyum jahat. " Aku cakap kedua ibu bapa kau.. BODOH! " perkataan 'bodoh' di tekannya dengan kuat membuatkan seluruh tubuh aku jadi panas.

Cawan yang berisi air oren di meja berdekatan ku capai lalu ku humban air tersebut ke arah dress nya bahagian perut. " This is because you're insulting me. "

Bella terkejut dan mengelapar. Aku tersenyum puas. Tapi belum cukup memuaskan hatiku.

Satu cawan lagi ku capai. Bella sudah ketakutan. " And this is for my parents.. " Tanpa berfikir panjang, aku pun mengumban air itu tepat pada wajahnya. Teriakkan Bella bising satu dewan membuatkan semua orang jadi diam.

Tapi..

Mataku membulat!

Air itu bukan kena pada wajah Bella.

Ku lihat wajah basah encik Adam sambil matanya menikam tajam ke dalam mataku. Nafas dan dadanya berombak. Rahangnya juga ikut bergerak-gerak tanda marah.

" Kau.. "

Cawan di tangan terlepas.

Oh tidak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience