Bab 11

Humor Series 47108

Bab 11.

Jari jemari nya di ketuk berulang kali di stereng kereta mengikut alunan lagu yang dimainkan di radio. Cuaca hari ni cukup baik, tidak terlalu panas dan berjaya menghilangkan mood yang kurang baik. Masalah yang dihadapi terpaksa dilupakan sementara waktu.

Dalam pada Adam seronok menghayati lagu senyum dari Aziz Harun, tiba-tiba lagu itu tertutup sendirinya. Opss salah, di tutup oleh seseorang.

Adam memandang orang di sebelah. Dia berpeluk tubuh sambil memandang di luar.

Baru Adam nak tegur, tiba-tiba dia teringat kan sesuatu.

Janji.

(Terhimbas kembali)

" I have one? " Adam berkerut apabila Zara ingin meminta sesuatu padanya.

Zara tersenyum yang sukar Adam tafsirkan. "YES..mr Adam. "

Adam ketawa kecil. Sebelum dia berkata apa-apa, dia arahkan si kembar untuk menunggu di meja makan.

Sekarang tinggal hanya mereka berdua.

" Kau nak aku buat apa? "

" Senang je. Make a promise to me. " Zara mengecilkan kedua matanya pada Adam.

Adam tersengih. " Tu je? What a simple thing to do. "

" Elehh.. really? Ok, kau kena berbaik dengan adik-adik tiri kau. Well, kau kena layan diaorang dengan kasihsayang,lemah lembut, tidak kasar dan spend more time with them. Terutamanya Fizun. So how is it sound? "
Adam menelan air liur. Berfikir sekejap. Kalau dia berbaik dengan si kembar rasanya senang je. Tapi Fizun? Hmm.. sebenarnya senang saja nak berjanji, tapi susah nak ambil hati yang sorang tu. Ambil hati? Aishhh.. macam tak ikhlas je bunyi nya. Hmm.. Coba-coba je lah! Asalkan si babysitter ni tak berhenti kerja.

Adam menggaru kepala yang tidak gatal. " Yelah yelah, aku janji. " .. Terpaksa.

Zara tersenyum puas sambil memetik jarinya. " Good! "

Adam menggeleng kepala. Apasal mereka semakin rapat ni? Rapat pun.. tapi macam kucing dan tikus. Mungkin kerana Zara tidak lagi memanggilnya encik', jadi Adam rasa Zara tidak lagi merasa janggal bila mereka saling berhadapan.

"Kau pergi lah masak. Kasihan Faid ngan Faiq tu, lapar. "

Zara mengangguk laju. Lalu melangkah pergi. Tapi dia berpusing balik. " um.. Apa yang terjadi semalam tu aku minta maaf ek? Tak sangka pula kena wajah kau.. " Katanya pada Adam sambil ketawa yang di buat-buat dengan wajah yang bersalah.

"Dan.. " dia menyambung lagi. " pasal aku nak berhenti tu jangan beritahu kak Mera ya? Nanti dia marah pula kat aku. "

Adam menghela nafas dan mengangguk dua kali. Lalu dia gunakan tangan kanan ku untuk menyuruhnya pergi. Malas nak buka mulut lagi dah. Mungkin akibat terkejut melihat perubahan antara kami berdua.

Tapi.. Adam tersengih automatiknya melihat Zara bergegas pergi ke dapur. Dia nampak.. comel.

(Himbasan tamat)

Teringat akan janji, Adam terpaksa lah buat apa yang telah dia janjikan. Macam mana nak dekati budak degil ni? Dia saja yang tak mahu nak cakap ngan Adam.

Kak Mera pun sama! Boleh pula dia pergi dengan abang Muaz dan meninggalkan kami berdua dalam satu kereta? Aishh! Adam melepaskan kusutnya di hati.

Di lihat Fizun semula. Dia masih dengan posisinya. Seolah-olah tidak mahu melihat abang tirinya. Adam berdehem lalu memasang volume radio semula.

" Senyum.. senyum denganku.. senyum.. senyum selalu. tiada seindah senyumanmu. " Dengan automatiknya, lidah Adam ikut menyanyi. Best lagu ni!

Tapi lagi sekali Fizun menutup volume radio. Adam berpaling ke arahnya Masam ja muka. Lalu Adam buka balik volume radio. Fizun tutup. Adam buka. Fizun tutup. Adam buka.

Ok, Adam dah hilang sabar! Di tarik nafas dan melepaskannya perlahan. Mata kembali focus memandu sambil berkata. Kata-kata Zara muncul tiba-tiba di telingaku.

'Well, kau kena layan diaorang dengan kasihsayang,lemah lembut, tidak kasar dan spend more time with them. Terutamanya Fizun. '

Dengan nada lembut, Adam berkata. " Fine, If you want it to be silent. "

Dapat Adam rasa adik tiri nya menoleh padanya.

" Kau tengok abang? " tanya nya. Mata masih focus di hadapan.

Dan Adam dapat rasa Fizun berpaling semula.

" no. " Pada pendengaran Adam, nada suaranya agak dingin tetapi kerana dia masih budak-budak, jadi suara yang comel pun boleh mengalahkan suara yang kasar.

"Kenapa kau benci sangat kat abang ni? " Walaupun panggilan Adam kurang mesra, tapi sekurang-kurangnya dia tengah coba untuk menarik perhatiannya. Janji tetap janji. Kalau tidak ada perubahan antara aku dengan Fizun, mungkin Zara akan berhenti jadi babysitter?

" you hate us first. "

Hai laa. aku cakap melayu dia balas english. Layan! Bisik hati Adam.

" I have my own reason why I hate you kids. "

" We have same father. "

" I hate our father too. "

" Why? "

" Because of your mum. She.. " Adam tak terkata. Sungguh pedih rasanya mengingati masa lalu.

Akhirnya Adam memutuskan untuk tidak mahu mengingatinya. " Nevermind. "

" I miss them.. "

Kata-kata serak dari Fizun itu membuatkan Adam berpaling ke arahnya. Badan gempal itu sudah bergerak menahan tangis.

I'm sorry kid, I know you're innocent but.. it was hurt back then.. somuch. Hati Adam sayu.

" It's okay.. " Adam coba memujuk.

Fizun memandangnya dengan mata yang merah. seolah-olah meminta kasihan. Rasa bersalah mula menyusuk diri.

"Give me a space again kid. Be patient.. "

Adan tidak pasti adakah Fizun faham atau tidak. Tapi Adam masih memerlukan ruang dan masa untuk menerima budak-budak dalam hidupnya. Dia tahu dia sangat kejam pada mereka selama 3 tahun kebelakangan ini. Tapi kerana masa lalu.. dia jadi ego.

*******

" Mak Kiah.. " Aku menghampirinya sambil tersenyum-senyum selepas saja aku menghantar si kembar ke ruang rehat untuk menonton kartun.

" Zara, kamu dah bersihkan meja makan tak? " Tanya nya sambil makan corn soup. Senyuman ku tidak di balas.
Aku mengingat. Aahh.. Belum! " Lupa pula, saya pergi bersihkan dulu ya. " Aku pun bergegas keluar dari dapur.

Setelah selesai, aku pun kembali ke dapur semula. Tersengih-sengih menghampiri mak Kiah yang sedang membasuh pinggan. " Mak Kiah"

" Makcik nak kamu buang sampah kat luar boleh? " Tanya nya serius.

Aku menggaru kepala. Apa sal aku banyak buat kerja dapur hari ni? Eyshh, tak tak! tolong tu kena ikhlas Zara. Maka aku pun membuang sampah dan setelah selesai aku kembali ke dapur semula.

Kali ni ku lihat mak kiah sedang menyiang ikan. Aku menghampirinya lagi. " Mak Kiah.. "

" Zara tak pergi tengok si kembar ke? Sepatutnya.. "

"Mak Kiah. " Aku mencelah lembut. Bukan nak kurang ajar tapi aku baru sedar bahawa dia coba menghindari diri dari berbual dengan ku. Aku tahu dia sengaja suruh aku buat ini buat itu hanya kerana dia tidak mahu membangkitkan isu hal semalam.

" Mak Kiah kenapa ni? " ku tatap wajahnya yang masam.

" Apanya kenapa? Mak Kiah tak ada masalah ngan kamu pun.. " Dia enggan melihatku.

" Ya.. saya tahu mak Kiah.. Maksud saya tu bukan dengan saya tapi sejak semalam mak Kiah lain semacam.. "

" Kamu tu hanya babysitter kat rumah ni.. kamu tak perlu masuk campur masalah mak Kiah.. " Walaupun kata-kata itu agak kasar, tapi aku faham dia tak mahu orang jaga tepi kain dia. Aku saja yang keras kepala.

" Mak Kiah . saya ni risau tengok mak Kiah.. nampak lain. Walaupun baru sebulan lebih kita kenal, tapi seolah-olah saya kenal mak Kiah selama setahun. Mak Kiah yang dulu yang selalu ceria dah hilang.. "

Mak Kiah terhenti dari menyiang ikan lalu membasuh kedua tangannya.

Ku ikuti langkahnya yang ingin pergi ke meja. Lalu dia duduk. Aku pun duduk. Kami duduk saling berdepanan. Ku lihat dia yang hanya tunduk. Wajahnya nampak sedih.

" Mak Kiah dapat rasa.. kehancuran akan datang dalam keluarga ni.. "

" Ah? " aku terkejut. " Apa maksud.. mak Kiah? " Tanyaku lambat-lambat.

" Mak Kiah memang dah agak keluarga ni akan mengalami kehancuran.. buat kali kedua. " Dia mengulangi perkara yang sama dengan sebak.

Aku terdiam lama akibat terkejut. Membiarkan dia berbicara lebih lanjut.

" Mak Kiah tak mahu tengok keluarga ni hancur lagi.. " Kata nya sambil mengalir air mata.

Hancur. Hancur. Hancur.

Perkataan itu dia ulangi sebanyak tiga kali. Memang wajar lah dia berkata tentang keluarga ni memandangkan mak Kiah sudah lama berkerja dengan mereka. Sejak arwah tuan Fairuz dan puan Zahirah masih hidup lagi. Iaitu kedua ibu bapa kak Mera dan Adam. Tapi.. kenapa perkataan 'hancur' itu yang keluar dari mulutnya?

Aku turut sebak melihat mak Kiah. Kedua tangannya ku sentuh " Mak Kiah. saya minta maaf sebab buat mak Kiah sedih.. tapi apa yang mak Kiah fikirkan tu, saya akan pastikan tidak akan terjadi. Saya akan buat keluarga ni bahagia.. selama saya jadi babysitter untuk keluarga ni, saya akan berusaha untuk menyatukan mereka.. terutamanya encik Adam dan adik-adik tirinya.. "

Dia memandangku sayu. " Tidak Zara.. kamu tak akan faham.. memang mak Kiah akui kamu akan membawa perubahan dalam keluarga ni, tapi perubahan itu pasti akan di lalui oleh kehancuran.. "

Ya Allah.. aku jadi pening. Kenapa mak Kiah ni cakap berputar belit? Akhirnya perbualan kami berhenti di situ. Aku tidak mahu terlalu memaksanya untuk memberitahu ku segalanya walaupun aku ingin sekali mengetahuinya. Apa yang penting, aku akan mulakan misi aku untuk keluarga ini meraih kebahagian walaupun kehancuran itu harus ku tempuhi! Wahh bersemangat pula aku hari ni. Macam orang tengah berpolitik gaya nya.

Tapi buat masa ni, aku kena tumpukan perhatian dengan kerja!

*******

Sebaik saja kaki nya melangkah ke dalam pejabat, tiba-tiba muncul satu suara yag memecah suasana ruang pejabat itu.

" Sayang! " Panggil Bella dengan wajahnya yang masam sambil berjalan ke arah Adam. Dapat dia rasa staf-staf sedang memerhati mereka berdua. Tatkala matanya melihat mereka, mereka pun terus berpura-pura melakukan kerja.

Apabila Bella sudah ada di depan Adam, tangan nya Adam ragut kasar lalu membawanya ke bilik pejabat. Bella hanya mengikut tanpa bantahan.

Pintu di tutup rapat lalu melepaskan tangan Bella.

" Kau buat apa kat sini? "

Bella memandang Adam dengan wajah yang seakan-akan tidak percaya. " seriously? after what I had done for you last night? Really,I can't accept hat words from your mouth sayang "

" You sure know that this is my office and one of our rule is you should not come here. You have crossed the line Bella. " Kata Adam keras menahan geram. Nada suara terpaksa direndahkan supaya tidak kedengaran oleh staf-staf di luar.

Adam tahu dia bersikap kasar pada tunang nya sendiri tapi otaknya sentiasa ingat bahawa pertunangan antara mereka hanyalah terpaksa.

" But why you saved me last night sayang? " Bella binggung. Bukankah Adam menunjukkan rasa sayangnya pada Bella kerana Adam menyelamatkanya dari di siram air oleh Zara semalam? Sampai bila kah tunang nya ini akan menyanyanginya seperti dia menyayangi Adam?

" Aku just tak mahu wajah kau semakin buruk kalau make up kau hancur kena air. "

Adam ingatkan kata-kata itu akan membuatkan Bella jatuh, tapi dia silap besar. Bella tiba-tiba menghampiri Adam. Baru Adam sedar Bella memakai dress yang menjolok mata. Adam tunduk enggan memandangnya. Tapi jari Bella sudah mendarat di dada Adam yang berlapik dan berjalan perlahan-lahan hingga ke bawah.

Adam tarik tangannya kasar apabila jari Bella sudah mendarat di atas pusat Adam.

" Aww!! " Bella esakitan. Ganasnya punya tunang!

" Kau jangan harap nak dapatkan hati aku, sungguh pun aku bernafsu tapi tsk..tsk..tsk.. aku tidak akan pernah tergoda oleh kau! " Tangannya Adam lepaskan lalu menunding jari ke wajah Bella.

" Ingat Bella, pertunangan ini bukan atas dasar cinta. Aku terseksa selama tiga tahun terpaksa berlakon happy dengan kau. Dan kau bernasib baik kerana aku tidak beritahu parents kau yang kau lah punca party family aku hancur."

Ya, Adam teringat akan kata-kata Zara dan dia percaya bahawa Bella yang memulakan pergaduhan dengan Zara. Adam tidak perlu untuk menyiasatnya lagi kerana dia lebih kenal siapa Bella yang tidak pernah puas hati dengan orang lain yang lebih cantik darinya.

Bella sudah mencebik! Airmata nya sudah merah.
" Adam! How could you? Kenapa you semakin kasar ni? Apa yang telah merasuk diri you? Look at me! Am I not beautiful enough for you? Am I not sexy enough for you? "
Bella menangis! Walaupun dia tahu taktik nak buat Adam lemah iaitu dengan cara menangis tapi dengan sendirnya, air mata itu mengalir. Hatinya sakit! Sampai bila diperlakukan begini oleh tunang sendiri?

Adam sudah lemah. Dia pantang melihat perempuan menangis. "please.. stop..don't cry. " pujuk nya ambil mengusap rambut ke belakang berulang kali.

" I want to end this relationship so bad.. but because of I loveyou somuch.. I can't leave you just like that.. " Bella menangis semahu-mahunya sambil menutup wajahnya. Dia nak berlakon tapi kenyataanya tidak! Dia benar-benar sakit hati dengan kelakuan Adam yang tak pernah berubah! Adam sudah gelisah. Buntu.

tok! tok! tok!

Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu. Adam cemas.

" wipe your tears. C'mon! " pintanya laju pada Bella. Bella memandang Adam tajam.

" Kalau I tak mahu? "

" Senang. I akan putuskan tunang. "

Ok, Adam sanggup kira berapa kali dia minta putus tunang ngan Bella. Sudah 18 kali! Dan Bella?

" No! No!No! ok fine! " Bella pun pergi ambil tissu di meja dan melap air matanya. Bella cepat saja mengalah. Demi hubungan yang dia jaga dengan setia selama tiga tahun! Tak mungkin dia akan tinggalkan Adam macam tu saja? Tapi sejak kehadiran Zara, Adam semakin kasar! Tidak boleh dibiarkan.

Bunyi ketukan berbunyi lagi.

"Adam? " Suara Jai memanggil. Oh ingatkan siapa..

" Masuk lah. " Jai pun masuk. Dan matanya terbeliak melihat mereka berdua.

" Opss.. sorry.. ganggu ke? "

" No, just come in. " jawab Adam.

" Bella, bulih you pergi sekarang? I have work to do.. " Bella tersenyum pada Adam dan Jai seolah-olah apa yang terjadi tadi langsung tidak memakan hatinya. Adam memang sudah terbiasa, walaupun dia masih binggung adakah tunang nya ini orangnya gila atau sebaliknya. Cakap saja pasal putus dari mulut Adam, Bella tak mahu!

" I'll call you later. " ujar Bella.

Setelah perempuan itu pergi, Adam pun duduk di sofa sambil melepaskan keluhan.

" Kau dah ok dengan Bella ke? " tanya Jai.

" automatically fine by itself. " jawabnya malas.

Jai ketawa. " Kasihan aku tengok perempuan tu Dam, meroyan betul dia nak kan kau. Sedangkan kau ni.. sekelumit perasaan pun tak ada tuk dia. "

" Aku dah buat semampu aku tuk jauhkan diri dari dia tapi dia aje yang tak pandai faham. I don't know when this relationship will end but one day.. I'm pretty sure it will end.. " Adam berhenti seketika. "Ih sudahlah! malas lah aku nak cakap pasal ni. apa ceta? Kau dah selesaikan semuanya ke? "

" everything done. Apa yang terjadi semalam aku yakin tidak akan diheboh-hebohkan dalam media ataupun dalam internet. "

" Good. "

" Umm.. Umm.. " Jai tersenyum malu pada Adam sambil menggaru kepalanya. Dia kelihatan segan dan malu-malu kucing?!

Adan mula geli geliman! " wey! Kau apa hal buat muka macam tu? ah geli!! "

Wajahnya berubah marah. " Eyshh.. kau ni, aku bukan nak ngorat kau! Perasaan! Gila! ewwww!! "

Adam ketawa. " Habis kau nak apa ter umm ummm tu? "

" Ok, aku nak sesuatu dari kau ni, aku nak.. " Jai kembali senyum.

" Nak apa? "

" nak nomber phone Zara! " jawabnya laju.

Adam terkejut. Hatinya tiba-tiba jadi panas. Dia yang belum ada nomber phone Zara, dia pula berlebih-lebih? Tie di leher baju di longgarkan laju. Tekak rasa haus sangat!

" Kau tolong ambik air tu. " arahnha pada Jai. Jai bergegas mengambil botol di meja kerja sambil kebinggungan.

" Kau belum minum sejak tadi ke? " Botol ditangannya Adam rampas lalu meneguk hingga habis. Soalan Jai tidak di jawab.

" Hairan. Melihat kau sekarang ni mengingat kan aku tentang semalam. Kau jadi haus sangat apabila aku sebut nama Zara. Dan hari ni aku sebut nama dia lagi dan kau pun jadi haus. Ke.. "

" Jai, kau nak nomber dia kan? " Adam mencelah laju sebelum kawan baik dia itu membuat kesimpulan.

Dia mengangguk laju. Tersenyum lebar.

" Kalau macam tu, later aku tanya. Anyway, aku nak pergi atas jap nak jump akak aku. Kau sambung lah kerja kau ok. "

" Aww,thankyouu my friend!! "

Adam tersengih. Thankyou palak otak kau! Aku tanya bukan tuk kau , tapi tuk aku. Bisik hatinya jahat.

*******

Sepasang kekasih berada di dalam kereta menunggu untuk wanita itu turun. Wanita itu malah memandang lelaki disebalahnya dengan senyuman bahagia.

" Why are you looking at me? Tak nak turun ke?" Tanya lelaki itu. Wanita itu turut tersenyum.

" I'm happy to see you again. "

" me too. " jawabnya.

" I miss them. " sambungnya lagi.

Senyuman wanita itu serta merta mati. I know.. " jawab nya ringkas.

" Should we.. "

Belum habis lelaki itu berkata, wanita itu mencelah laju.

" No! " Wanita itu tahu apa yang hendak lelaki sebelahnya itu akan katakan. Setiap tahun dia akan bertanya soalan yang sama.

Wajah lelaki disebelah ini nampak sedih.

" Sampai bila sayang? "

" No.. bukan masanya lagi untuk kita buat semua tu. " Wanita itu bersungguh-sungguh berkata.

Dia mendengus kasar. " please don't make me to lost my patient. It had been almost 12 years. "

" I'm sorry.. but please be patient more.. please understand my situation.. I love you.. " Wanita itu coba untuk menenangkan kekasih hatinya.

Lelaki itu memejamkan matanya. " Just pray.. If I can endure it. " Lalu menyentuh lembut pipi wanita tersebut " Iloveyou more my love.. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience