Bab 3

Humor Series 47108

Seminggu kemudian.
Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

"Kau tak bosan ke asyik duduk kat rumah? " Sepupu aku yang bernama Aqielah atau panggilan manja Qiee itu tiba-tiba muncul.

Aku yang mengunyah popcorn sambil menonton television terus berpaling ke arah nya yang baru saja landing ke sofa. Sebenarnya sedari tadi aku hanya memandang kaca tv dengan pandangan kosong. Terimbas balik sedikit kenangan sebelum aku ke Johor. Nasib baik Qiee tegur, kalau tak.. mungkin sampai esok pun aku tak akan sedar.

" Bosan juga ni. Dah tiga hari aku duduk kat rumah. Tapi yang best nya dalam rumah kau ni banyak makanan. " Aku jujur sambil tersengih.

Alhamdulillah, sudah tiga hari aku menetap di Johor tanpa sebarang masalah atau pun kerisauan di hati. Pada hari pertama saja aku sedikit kekok tinggal dengan sepupu rapat aku yang saling menjauh ini. Malamnya aku menangis sebelum tidur rindukan keluarga aku. Huhh.. anak manja ke aku? Tapi sudah tiga hari berlalu, aku mula rasa selesa. Syukur aku dapat sepupu aku yang layan aku dengan baik.

" Eleh kau ni, nanti kalau kau banyak makan, badan kau nanti naik! Tak cantik lah kau. "

" eh, aku cantik ke Qiee? " Aku tersenyum seperti kerang busuk.

Anak mata Qiee mengerling ke atas dengan sarkastiknya. " Yee kau cantik zara.. disebabkan lesung pipit kau tu. Macam Wawa Zainal pula aku tengok. "

Aku ketawa. "Aku memang Wawa Zainal pun. "

" Eh, kau tu bukan Wawa Zainal, tapi kau Zara Zainal. " Dia membetulkan kata kata ku sambil ketawa. " perasan lah kau ni "

" Bukan selalu pun perasan depan kau. "

" Eh Zara. " Tiba tiba Qiee serius.

Aku pun turut serius. " apa dia? "

" Kau bila nak cari kerja ni? "

" Kerja? Kat sini ada tadika tak? "

" Kau nak kerja kat tadika? kenapa? " Soalan di jawab dengan soalan.

" Sebab aku nak cuba juga jadi pengajar. Tapi dekat budak budak aje. "

Memang tidak dinafikan, aku memang suka dengan budak budak. Mereka comel. Mereka kelakar. Mereka suci.

" Kau suka budak-budak? " Entah, tetiba je Qiee ni melompat girang kat sofa.

" yelah. kau ni kenapa? "

" Asalkan budak-budak? " Dia meminta kepastian lagi sekali.

" A'ah asalkan budak-budak, kanak-kanak, kids, children. Kau ni dah kenapa Qiee? " Aku menggeleng dengan pertanyaannya.

" Okay~ memandangkan kau mahu kerja dan kau suka budak-budak.. kau nak tak jadi babysitter? "

" Ah? " Aku terkejut. Babysitter tu termasuk mengajar jua ke? Ih, seperti orang dari keluar gua pula gaya ku. Babysitter tu kan penjaga budak-budak.

" Iyee babysitter. Bos aku tengah cari babysitter ni. " Qiee kelihatan kusut.

" Bos kau? cari babysitter? Bos kau muda ke? Bos kau masih ada kids? " Macam keanak-anakkan pula soalan aku. Aku ingat bos dia dah tua bangkak.

" Not kids. but his brothers. Bos aku minta carikan babysitter untuk adik-adik dia minggu lepas. "

" Oh. " Aku terdiam sekejap.

" Aku tanya ni, kau nak ke? "

" Bagi aku fikir jap. "

Aku nak ke? Jadi penjaga budak-budak? Mesti comel-comel budak-budak tu kan? Hmm.. memandangkan aku tidak ada kerja dan hanya duduk kat rumah, jadi..

" Okaylah. " Aku menayangkan wajah selamba aku.

" Betul? Yakin? "

" Betul dan yakin. " aku memberi keputusan muktamad.

" Okay! Later aku bagi alamat rumah dia dan esok aku bagitau bos aku. Thankyou Zara. " Dia mendepakan kedua tangan nya minta peluk.

" Kau kenapa? " aku pura-pura blur. Kening berpaut.

Wajahnya terus mencuka. " Peluk lah! "

Aku ketawa " Aku main-main je " Terus saja aku membalas pelukkanya. Hmm.. pelukannya membuatkan aku rindu dekat keluarga aku.

Ya Allah.. jaga lah keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat aku dimana saja mereka berada. Aamiin Ya Rabbal Alamiin..

HERE I am! Bisik hatiku.

Jam menunjukkan 7.45 pagi. Dua hari lepas aku di suruh untuk datang kerja hari ini dalam pukul 8 setelah bos Qiee mahu terima aku sebagai babysitter. Nasib baik bos dia ni tinggal tempat yang berdekatan pada area yang sama dengan rumah Qiee iaitu di Bandar Baru Uda.

Akhirnya aku tiba juga di tempat yang bakal jadi tempat pekerjaan ku. Tapi.. ini bukan rumah weh. Ini mansion! Orang kaya betul rupanya bos si Qiee ni. Tak ku sangka bakal bos aku orang yang berduit. Agak-agak gaji aku besar tak walaupun hanya seorang babysitter? Oh tak tak, aku berkerja ikhlas okay!

Dengan automatiknya pagar besar itu terbuka setelah ku menekan lonceng. Entah kenapa, hatiku berdebar kencang apabila pagar besar itu hilang di pandangan.

MasyAllah.. besarnya rumah! Ih, mansion. Keturunan anak raja ke? Tak kan lah kut. Qiee langsung tak cakap apa-apa kat aku pun.

Kedua kaki ku dengan perlahannya menapak menuju ke pintu mansion itu. Aku tidak terkata betapa indahnya rumah ini. Cukuplah aku katakan ianya bagaikan istana kerana halaman nya yang sangat luas. Ditambah dengan fountain di tengah-tengah. Banyak bunga-bunga indah di tanam. Bagaikan Syurga. Tapi Syurga sebenar lagi lebih indah walaupun tak terjangkau dek fikiran manusia.
Setelah sampai betul-betul depan pintu, aku pun mengetuk seraya memberi salam.

Aku menangkap bunyi teriakkan kanak-kanak yang sedang bermain dari dalam. Ah, pasti mereka lah yang akan aku jaga.

" Assalamualaikum! " Aku memberi salam lagi. Tapi kali ni suara ku lebih kuat dari sebelumnya.

Sunyi.

Tetiba saja tiada bunyi lagi yang dapat aku tangkap dari dalam. Ku lekatkan telinga aku ke pintu besar itu. Sah memang sunyi. eh? Hairan.

Sebelum aku membuka mulut memberi salam untuk ke tiga kalinya, tiba-tiba tombol pintu bergerak.

Aku cepat-cepat mengundurkan diri dua tapak. Bersedia berdepan dengan bakal bos atau sesiapa saja.

Perlahan-lahan pintu itu dibuka..

Aku berdebar-debar menunggu..

Berhenti.

Tiba-tiba pintu itu berhenti dari di buka.

Aku menunggu lagi..

Satu saat.. dua saat.. tiga saat..

Pintu tak di buka. Hanya sedikit saja.

Tidak semena-mena aku coba tolak sedikit pintu itu dengan jari tunjuk aku. Berhati-hati.

Ah, aku tak berani masuk.

Aku ketuk lagi. " ada sesiapa tak? "

Eysh, ada orang ke tak ni? kenapa seram sejuk saja aku rasa. Macam rumah hantu lah pula gayanya. Janganlah macam ni..

Namun, kerana rasa ingin tahu, aku panjangkan sedikit leher aku untuk mengintai sedikit keadaan di dalam. Tapi apa yang aku jumpa ialah satu kereta mainan di lantai yang licin berkilat. Entah kenapa, dengan sendirinya tangan kiri ku mengambil mainan tersebut manakala tangan kanan ku menolak pintu.

Dalam sedang aku mengambil kereta mainan itu, tiba tiba aku terasa basah seperti di pancut air di iringi oleh ketawa kanak-kanak. Kereta mainan ku lepaskan serta merta.

Cepat saja aku berdiri. Tapi malang tak berbau, wajah ku pula di serang oleh air yang ku percaya datang dari pistol air sebelum mataku tertutup secara automatiknya. Mulut ku bising mengerang minta dihentikan. Tapi ketawa kanak-kanak semakin nyaring bergema satu rumah!

Oh damn! aku di PRANK!

" Ahhh!!! Tolonglah berhenti!! " Aku tak tahu berapa juta kali aku meminta tapi aku tetap diserang. Tiada kesudahannya. Kedua tangan ku melambai-lambai minta di hentikan. Ahh Basah!

Seminit dah berlalu..

Tiba-tiba..

" Hoii !!! " Suara garau sudah muncul. Oh, sangat menakutkan.

Ku dengar bunyi ketawa kanak-kanak tadi terus terhenti. Serta merta serangan pistol air turut terhenti. Terdengar pula tapak kaki yang berlarian.

Mata ku masih tertutup. Di mulut penuh dengan air. Tanpa berfikir panjang, ku hemburkan air keluar dari mulut ku perlahan-lahan. Hembur dan hembur.. sampailah tiada lagi air di dalam mulut. Fuhh.

Sebaik saja aku membuka mataku, mataku terus membulat. Mulutku terlopong.

Terkejut habis!!

Ku lihat seorang lelaki dengan wajah nya yang basah berada betul-betul di depan ku. Baju nya di kawasan dada turut basah. Dadanya berombak laju seperti menahan marah. Paling menakutkan.. matanya merenung tajam kepada ku.

Oh tidak.

Aku hembur kat muka dia ke tadi? atau..

" What are you doing?! I'm wet! " Lelaki itu marah. Sedikit tersembur air ketika dia bercakap.

" Ahh err.. " Aku ketakutan. Tangan ku terketar-ketar. Apa yang ku buat ni?! seperti Keanak-anakkan! Malunyaaaaaaaa.

" Stay here! " Arahnya tegas dengan jarinya di tunjuk ke arah lantai. Laju saja langkahnya meninggalkan aku.

Arghhh Zara! what have you done to that man?! Oh sungguh memalukan! Sangat memalukan..
Kenapa lah kau buat perangai bodoh ni Zara? Suka hati je hembur air kat wajah lelaki tadi. Memalukan tau tak? Ohh dimana aku nak letak wajah aku ni?

Setelah lelaki itu hilang dari pandangan, terus saja aku ambil beg sikut yang bersikut kemas di belakang. Ku ambil sapu tangan untuk melap tangan dan wajah ku yang basah. Pasti hancur makeup natural ku! Aku lepaskan nafas dengan geram apabila melihat baju dan tudung bawal ku yang juga turut kebasahan.

Oh bersabar lah Zara!

Tiba-tiba muncul kanak-kanak lelaki tiga orang tadi yang mem-prank aku dengan kereta mainan yang telah buat aku tertipu untuk mengambilnya. Pintar!

Mereka tersengih dan ada yang ketawa terkekek-kekek. Salah seorang mereka ialah lebih besar daripada yang dua nya. Yang dua itu pula masih kecil dan mempunyai wajah yang hampir sama. oh kembar!

Aku yang hendak marah tadi tiba-tiba saja rasa tak jadi pula. Aku lihat wajah tak bersalah dan cute overload mereka membuat kan hati ku cair. Oh, aku cair bila berdepan dengan budak-budak macam dia orang ni.

Zara, mereka dah buli kau, kau okay aje? Sesungguhnya aku masih mempunyai perasaan.. weseh! Mereka hanya kanak-kanak lah. what's a big deal?

" Ehem " aku mendehem kepada mereka seraya memberi senyuman semanis mungkin. Aku pun menghampiri mereka dan duduk berlutut di depan mereka.

" Adik-adik ni siapa nama? " Tanya ku lembut. Wajah mereka aku tengok satu persatu.

Yang besar berpeluk tubuh sambil membuat wajah garang merenungku. Elehh.. dia ingat aku akan kecut ke tengok dia? Lagi aku nak gigit adalah, tebam sangat pipi tuh!

" Makcik ni siapa? "

Aku terlopong. Hati pedih. Makcik? Aku yang baru berumur 26 tahun ini dia panggil aku makcik? Arghh, nasib baik dia ni budak masih yang tak pandai bezakan mana muda dan tua. Apa salah nya dia panggil aku akak?

" Bukan makcik sayang, panggil akak. Nama akak Zara. "

" No, its up to me to call you whatever I want. "

Mak aihh, speaking pulak!

Aku masih maniskan wajah dengan senyuman. Kalau begini lah caranya, memang aku nak lari awal ni jugak. Sebab macam tak sanggup je jaga diaorang. Tapi tidak kenapa aku coba dulu, kan? Kalau memang tak sanggup, aku boleh berhenti jadi babysitter lah. Bukan masalah besar pun kan.

" Ok, its up to you dear. What's your name and they are your brothers? "

" Oh, you can speak in english " Kali ini budak itu mengangkat kening nya. Manakala si kembar hanya memerhati kan aku. Yang seorang kebinggungan dan yang seorang lagi seperti malu-malu.

" Yeah, akak boleh cakap english. " Aku mengiakan.

Budak itu terus mengusap dagu nya dengan lembut. Seperti berfikir. Seperti orang dewasa lagaknya!
" My name is Fizun. And they are my brothers. Faid and Faiq. "

" oh haii Fizun, Faid and Faiq. I'm your new babysitter. " Kataku sambil melambai-lambai depan mereka. Salah seorang daripada kembar yang malu-malu itu membalas lambaianku.

" Faiq, don't! " Fizun tiba-tiba memarahi adiknya. Serta merta Faiq tertunduk ketakutan. Eyshh.. dia memarahi adik nya ke tu? Sian pulak!

Belum sempat aku berkata apa-apa, tiba-tiba mereka bertiga berlarian setelah melihat sesuatu dari belakangku. Aku lantas berdiri dan berpusing..

Oh, lelaki yang kebasahan tadi itu datang balik. Tapi kali ni penampilannya sangat berbeza. Dia menyalin baju yang baru ditambah dengan kot hitam nya. Kali ni dia memegang beg kerja. Rambut pula terpacak kemas. Dan wajah nya yang tidak lagi basah itu nampak.. sweet.
Ketenangan wajah nya membuat kan aku terpaku seketika. Janggut yang lebat tapi sederhana di dagu menambahkan lagi kekacakkannya.

Opss! Zara.. stop! Gila ke apa? Tak pernah di buat-buat olehku menilik wajah orang lebih-lebih lagi terhadap kaum lelaki.

" Awak babysitter baru tu ke? " Tanya nya dengan wajah yang masam. Seriously, Tak tahu nak senyum ke apa?

" Yee.. saya. Um, en..cik? " Gagap dan wajah di tundukkan. Malu terkenangkan dengan kejadian tadi..

" Saya Adam. "

Whoot! Dialah bos si Qiee. Qiee hanya beritahu nama saja tapi.. kenapa dia tak bagitau aku yang bos dia ni orangnya tampan?!

" Oh maaf encik Adam, tadi tu saya tak sengaja. saya.. saya tak tahu encik Adam ada di depan saya. " Kataku bersungguh-sungguh dengan tapak tangan ku di satukan seperti seorang rakyat menyembah ampun kepada sultan gayanya. Mata ku tutup, tidak mahu melihat wajahnya yang lebih masam dari makanan masam.

" That's okey. Just do your work. Thanks for being a babysitter for them. I'll have to go now. " Dia pun terus menuju ke pintu untuk pergi.

Uweshh.. lepas ni aku terpaksa layan dua bahasa lah gayanya.

" Ok encik Adam. Selamat berkerja. " Ucap ku takut-takut.

Dia hanya diam dan tidak berpaling ke belakang. Langkah diteruskan. Lalu pintu di tutup sedikit kasar. Terkejut aku di buatnya!

" Cik adik tenung apa tu? "

"Hah?!" Aku terkejut kedua kali nya. Dada ku urut berulang kali.

Disebalah ku kini ada seorang makcik yang tersengih. " Cik ni babysitter baru mereka ke? "

" Ya saya. Ih tak yah panggil saya cik lah makcik. Panggil saya Zara je. " aku tersenyum. Sedikit tenang daripada sebelumnya.

" Oh, umur berapa? " Tanya nya lebih lanjut membuatkan aku berkerut. Wajib jawab ke?

" saya 26 makcik. " jawab ku juga walaupun soalan itu sedikit sebanyak membuatkan aku keliru.

" Oh, paling muda! " katanya sambil menakup mulutnya. Terkejut sangat makcik ni. Kenapa?

" Kenapa kalau saya paling muda?" Aku binggung.

" Sebelum ni, kebanyakkan babysitter kat sini tu berumur. Paling muda pun makcik rasa dalam 35 tahun. Tapi tak sangka pula Zara memecah rekod paling muda. 26? macam tak caya pun ada. " Makcik tersebut bersungguh-sungguh bercerita.

Aku berkerut. " Betul ke makcik? "

" yee betul. " Makcik itu mengangguk. La.. Patut lah kenapa budak Fizun tadi panggil aku makcik. Rupanya selama ini penjaga mereka itu makcik-makcik.

" Oh.. saya ni bukan apa makcik, saya suka sangat kat budak-budak sebab tu saya nak jadi babysitter. "

" Sanggup ke? " Makcik seperti berbisik.

" Apadia makcik? " Sungguh, aku kurang jelas.

" Tidak apa lah. Ah kalau macam tu, makcik tunjukkan bilik kamu. "

Aku pun mengekori Makcik..

" Makcik, nama makcik? " tanya ku sambil berjalan beiringan dengannya.

" Nama makcik Rokiah. Panggil mak Kiah. "

" ohh, mak Kiah berapa lama kerja kat sini? "

" Huihh.. makcik kerja jadi tukang masaka kat sini lama sangat. Sebelum datangnya adik-adik tiri mereka. "

Jawapannya itu membuatkan aku terkejut. " Sebelum datangnya adik-adik tiri mereka? Apa maksud nya mak Kiah? Zara tak faham.. "

" Err tak ada apa-apa lah. " Mak Kiah seakan-akan berahsia.

Belum sempat aku berkata-kata, makcik itu menyambung. " Nah, bilik Zara. "

Ku lihat di depan ku sudah ada pintu.

" ahh depan ni bilik mak Kiah Yang sebelah tu sambungan dapur. Kita boleh lalu tempat tu. Kalau main entry dia kat depan lah. Besar dapur rumah ni Zara, senang mak Kiah nak masak. "

Aku mengangguk. " Jadi bilik kita sebelahan aje? kenapa tak satu bilik sekaligus mak Kiah? "

" Bilik ni memang khas untuk babysitter. Lagipun kalau satu bilik ngan mak Kiah, pasti tak muat "

" Oh, tak pa lah mak Kiah. " Aku senyum.

Sebenarnya aku merancang untuk tidak tinggal dalam rumah besar ini. Kalau boleh dalam pukul 10 malam aku boleh balik ke rumah Qiee yang tidak jauh dari sini. Segan pula rasanya tinggal sini apatah lagi ada bos muda kat rumah ini. Tak elok kan.

" Zara mana beg kamu? "

" Beg? Ni kat belakang " jawab ku. Ku tunjukkan beg sikut di belakang.

Mak Kiah ketawa. " Apa lurus bendul budak ni. Maksud mak Kiah, Beg besar untuk pakaian kamu. "

Waduh! Aku tersipu malu. Kepala yang tak gatal di garu. " Maaf mak Kiah, saya nak bincang dengan encik Adam dulu. Saya tak nak tinggal sini lah. Saya.. nak balik rumah lepas selesai kerja. "

" Ohh. Tapi Zara janganlah bincang dengan Adam, pergi bincang dengan Mera je. Mera tu lah bos kita " Mak Kiah memberi pendapat.

" Mera tu siapa mak Kiah? " Tanya ku serta merta. Mera tu ibu kepada encik Adam ke? Tak kan lah kut. Kalau betul pun, kenapa mak Kiah panggil Mera kenapa tak 'puan Mera' ?

" Mera tu akaknya Adam. Anak sulung arwah tuan Fairuz dan puan Zahirah. " Oh, terjawab sudah persoalan di minda ku.

" Ohh.. okaylah. Mak Kiah. temani Zara tau. Takut lah Zara " Mana tau kan, cik Mera lebih 'masam' dari encik Adam?

" Ih.. Tak pa lah, Mera baik orangnya. " Lalu mak Kiah menghampiri aku sambil berbisik. " Lebih baik dari si Adam. "

Aku tersedak. Oh patutlah encik Adam nampak garang.. tak baik rupanya! Berlurus bendul pula aku.

Nampak gayanya, aku kena banyak tahu tentang keluarga bos aku ini.

"Baiklah, Zara pergi kerja. Mak Kiah nak sediakan bahan-bahan yang nak dimasak untuk lunch nanti. "

" Okay mak Kiah " Mak Kiah pun melangkahkan kakinya pergi ke dapur yang sangatlah dekat itu.

" Baik-baik tau kerja tu.. " Nasihat Mak Kiah sebelum masuk ke dapur dengan tersenyum simpul penuh makna. Lain semacam je senyuman tu. Apa maksud dengan senyuman mak Kiah tu ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience