Bab 1

Humor Series 47108

OIII MAK ROJAK!!! "

" oii mak kau! " Aku terkejut dan marah. " kau ani (ini) kan, kalau mau sedar kan aku dari lamunan tu, bisai bisai (baik-baik) bah sikit. Nasib baik aku ni nada penyakit jantung. Bersyukur aku Alhamdulillah.. kalau ada.. eee minta minta lah dijauhkan! "

Aku membebel sebaik saja teman baik aku, Yaya, mengejutkan aku dari belakang. Ku lihat dia sedap ketawa sambil memegang perut nya menahan ketawa. Dia ni, kalau tak kejutkan aku memang tak sah lah! Pedihnya pula dia panggil aku mak rojak! Panggilan istiemewa dari sahabat ku ini menunjukkan aku selalu bercakap dua bahasa. Itu sebab jadi rojak bahasa aku.

" oh. jadi, kau berangan lah tadi tu? " Dia pun mengambil tempat duduk di depan ku dengan sisa ketawa nya.

" Kau kan! eee geramnya aku.. tau tak? kau ni, bakal saja kawan baik aku, kalau tak.. "

" kalau tak apa? ih beb, datang balik bahasa Malaysia mu ah? " Yaya cepat cepat mencelah sambil menaikkan sebelah kening nya.

" kalau tak, dah ku cincang cincang badan mu! "

Tak kisah dengan bahasa aku yang agak rojak tu. kadang kadang bahasa Brunei, kadang kadang bahasa Malaysia. Dah nama nya aku campuran Brunei-Malaysia. Kat rumah, paksa layan dua bahasa. Dah biasa kut!

" woah! takutnyerrrr ~ " Dia buat muka ketakutan. takut lah sangat.

" eh, sudahlah! mas (malas) ku ah kan (nak) melayan perangai gila mu ani " kataku dengan menekankan keras perkataan 'gila' padanya.

" yela tu zara, kau atu(itu) pun kalau mood baik mu datang, kau tu yang lebih gila dari aku tau! " Kawan baik ku ni, memang tak tahu erti kalah. Mahu menang saja kerja nya. menang. menang. menang.

Ialah, siapa tak kenal Cahaya Yaseera ni? Kalau ada perlawanan berdebat, memang dia yang selalu menang! Tapi sebagai kawan baik dari tingkatan enam lagi, aku lah yang seksa sebab terlebih kenal dia. Kalau terlebih, makna nya aku lebih kenal perangai dia macam mana. Tapi bersyukur aku, sebab mempunyai sahabat yang baik dan selalu menegur bila aku buat salah sengaja atau tidak sengaja. Inilah dikatakan sahabat dunia akhirat. Aamiin.

Aku hanya diam dan memberi dia pandangan 'whatever! '

" Kau ni kenapa? Confirm kau ni ada masalah. cuba cerita arah aku. kenapa kau inda(tak) gila gila ngan aku ari ani? "

" eyshhh mulut~ " aku kecilkan kedua mata ku kepadanya tanda protes dengan kata kata nya tadi.
" Rilek lah sis, kita must enjoy today. Ri ni kan ari special kita. boring jua (juga) kau ni. " Dia memberi wajah menyampah nya sambil mengayun-ayunkan tangannya di depan ku.

Ya, untuk pengetahuan semua, hari ni adalah hari kami tamat pengajian dari University Brunei Darussalam (UBD). Setelah bertahun-tahun aku bertungkus lumus dalam bidang perubatan, akhirnya aku berjaya juga mendapat segulung ijazah yang akan menjamin masa depan aku. In Sha Allah. Niat aku selepas ni, nak kerja sementara kat tadika tapi harapan terus punah selepas saja babah dan mama memutuskan untuk aku tinggal di Johor sementara waktu untuk menemani sepupu aku di sana. Yang mana negeri Johor adalah tempat kediaman aku yang kedua.

Oleh kerana, mama aku orang Johor.. jadi keluarga mama semuanya menetap di sana. Tempat lahir aku ialah di Brunei tapi pada berusia 6 tahun aku dan keluarga berpindah ke Johor. Tapi setelah aku berumur 15 tahun, kami sekeluarga berpindah balik ke Brunei sebagai penduduk tetap. Makna nya, dah hampir 10 tahun aku menetap kat Brunei sama seperti masa aku kecil di Johor. Masa yang agak lama tu membiasakan aku dengan negeri Brunei yang aman ni. Alhamdulillah, memang aman sebab nama 'Darussalam' melambangkan erti aman.

" Zara? " panggilan Yaya membuatkan aku terbangun dari 'mimpi'.

" ah? " aku buat buat bodoh.

" Kau ani kanapa? Kau okay ka? Kau sedih kan tinggalkan Uni? " Yaya sudah mula menunjukkan rasa perihatinnya kepada ku. Oh, dia lah satu-satunya sahabat sejati ku!

" Bukan macam tu Ya. aku ni.. tengah bingung. " kataku dengan ringkas. Tak peduli lah dengan bahasa rojak aku, asalkan masih dalam bahasa Melayu. Jangan bahasa Filiphin, sudah!

1 saat.. 2 saat.. 3 saat.. aku masih diam sambil menundukkan wajahku.

" kau jangan kan berdrama boleh? Cakap tu biar lurus, jangan sebiji biji kan explain arah aku. Boleh tetido aku kalau macam ni. " Yaya pura pura tidur membuat kan aku ketawa kecil.

" ah kan lawa kau ketawa macam atu. " sambungnya.

Tawa ku hilang serta merta. " jadi tadi aku tak lawa lah? " tanya ku selamba.

" tak. " jawab nya dengan selamba juga. Sarkastik.

" okay fine. daripada aku naik gila kang, lebih baik aku cerita arah mu awal ani. " Aku merapatkan sedikit wajah ku. Begitu juga dengan Yaya. Jadi, wajah kami sekarang lebih dekat dari sebelumnya. Macam orang nak mula membuat plan 'pembunuhan' lah gaya nya. Semua orang di sekeliling sedang sibuk menikmati jamuan, tapi kami?

" Kau ingat lagi ka, yang aku ada plan kan karaja ( kerja) sementara di tadika? "

" a'ah aku ingat masih. kenapa kan?"

" Sebenarnya, babah sama mama ada rancang something arah ku. "

" Apa tu? mereka mau kau kahwin? dengan siapa? bila? kau setuju tah?(ke) " tanya nya bertalu talu sebaik saja aku berhenti mengambil nafas se saat sebelum menyambung, tapi cepat saja dia mencelah bagai tak ingat dunia.

Aku berkerut. " Oh c'mon. Apa clich

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience