Bab 5

Humor Series 47108

Bab 5

Keesokan harinya.. Aku bangun awal sebelum subuh lagi untuk membersihkan diri lalu menunaikan kewajiban yang diperintahkan oleh Allah bagi setiap umat Islam. Yang bezanya kat Malaysia, waktu fardhu lima waktu itu akhir sedikit dari negara Brunei kira-kira sejam kemudian.

Aku memutuskan untuk tidor kat sini malam tadi memandangkan bos aku, cik Mera belum balik dari KL. Insha Allah, hari ni lah dia akan balik. Selepas tu boleh lah aku meminta izin kat fia untuk balik rumah selepas berkerja. Konon nya nak part-time kerja.

Waktu baru menunjukkan 7.10. Waktu sebegini masih awal untuk berkerja memandangkan budak-budak belum bangun.
Cuti sekolah pada panggal kedua lah katakan. Tapi minggu depan mereka akan bersekolah semula.

Ku lihat mak Kiah sedang bersiap sedia dengan bahan-bahan yang ingin di masak untuk sarapan hari ni. Lantas ku menawarkan diri untuk membantu.

" Mak Kiah.. Saya nak tanya sikit,Encik Adam sudah balik ke? Semalam kali terakhir saya tengok jam dalam pukul 12 tapi dia belum balik lagi. " Tanya ku sambil membantu memotong lobak.

Pertanyaan selamba ku itu mengundang ketawa kecil mak Kiah. " Zara ni babysitter untuk budak-budak ke tuk si Adam tu? "

Aik!? Aku tersentap dengan jawapan makcik Kiah. pula..

" err, saya bukan apa mak Kiah.. saya hairan je. Saya fikir encik Adam ramah dengan adik-adik tiri nya. "

"Macam terkeluar dari topik ada juga ya apa yang Zara cakap ni. " Makcik Kiah mengusik.

" Alaa makcik ni.. " aku muncung. Makcik Kiah ni macam tau-tau je yang aku nak jaga tepi kain orang. Nyehehe jahat!

" yelah yelah, Adam belum balik lagi. Tidur kat office kut atau apartment dia. Adam tu kalau kerja dia akhir siap, tak sempat lah nak balik rumah. "

Wah wah, sudahlah ada mansion, nak lagi apartment? Kalau aku, tak sunyi mansion ni olehku.

" Ohh, orangnya memang rajin kat office ke mak Kiah? "

Alahai mulut aku ni.. tak dapat di kawal! Mak Kiah mengangkat kening nya terlebih dahulu lalu menjawab.

" Memang rajin. sampai tak ada masa untuk adik-adik tiri dia. Asyik akak dia aje yang selalu luangkan masa ngan mereka. kasihan budak-budak, dari awal sudah tak disukai oleh Adam. " Ku lihat Mak Kiah menggeleng sambil mengeluh kecil.

Dari awal tidak disukai? Dari budak-budak tu lahir ke maksud nya? Aii.. melampau pula kalau sampai kat situ. Hati tertanya-tanya, tapi dapat ke kawal lidah aku ni nak bertanya lagi?

" Zara janganlah risau, lama-lama Zara akan tahu juga kisah nya macam mana. Tapi mak Kiah tak nak beritahu dari mulut ni. "

" Habis nak beritahu dari mana? dari hidung ke? " aku bersoloroh sambil ketawa. Manakala mak Kiah menampar tangan ku lembut.

" Eysh, kamu ni.. kat situ pula. Maksud mak Kiah,dari mulut keluarga ni lah. Dari Mera ke. Mera tu baik orangnya, jauh daripada Adam yang ego. Pasti dia suka kalau Zara kat sini. Sebab dia nak sangat adik perempuan ni. Manalah tau Mera mau anggap Zara sebagai adik dia. "

Aku mengangguk sambil tersenyum. Teringat tentang semalam aku melihat bingkai gambar yang bergantung di dinding. Gambar sekeluarga bos tanpa budak-budak. Dari sana aku melihat kakak encik Adam. Cantik orangnya. Kelembutan wajahnya menunjukkan orangnya mungkin lemah lembut juga.

Gambar budak-budak tidak juga ketinggalan yang comel-comel dengan baju kot mahal mereka. Tapi tidak ku nampak gambar ibu tiri mereka a.k.a ibu kepada Fizun, Faiq dan Faid. Hanya seorang wanita yang sudah tua tapi cantik dan mengikut firasat itulah ibu kepada encik Adam dan cik Mera iaitu arwah puan Zahirah. Kerana wajah nya yang hampir sama dengan cik Mera. Sangat mysterious pula kisah keluarga ni.

" Mudahan ya mak Kiah. Saya pun nak sangat kenal dengan cik Mera. Cik Mera nya balik pukul berapa? kata dia balik hari ni kan? "

" a'ah, karang petang lah Mera balik. Tu biar Adam yang uruskan. "

Aku mengangguk. Haii.. tak sabar pula rasanya nak jumpa cik Mera yang dapat ku hidu friendly dia dari jauh. over lah pulak.

" Tak sabar rasanya nak jumpa dengan cik Mera. "

Dalam hati menaruh harapan agar bos pertama a.k.a cik Mera dapat menerima diriku sebagai penjaga kepada adik-adik tirinya.

"AKAK! Faiq nak main yang tu! " Faiq mengocang-gocangkan lengan ku sambil menangis.

Ku lihat Faiq yang menangis sambil air hingus meleleh dari hidung dia. Kasihan nya budak comel ni. Dia sedari tadi nak main mainan yang abang dia, Faid sedang main. Mainan kereta kontrol itu asyik dimainkan di luar garden.

" Tapi tu abang punya. Faiq punya kan dah rosak. " pujuk ku sambil melap air hingus Faiq dengan tissu.

" Tak nak! Nak abang punya! Faiq nak abang punya! " Faiq memberontak lagi sambil kedua kaki nya dihentak kuat di kerusi kayu.

" Ni abang punya lah. Faiq main lah mainan yang lain " Balas si kembar nya sambil asyik bermain dengan kereta kontrol.

Aku mengeluh. Alahai.. macam mana aku nak selesaikan masalah ni? Kepala yang tidak gatal di garu berkali-kali.

" Akak! Nak mainan abang! "

" Shhh stop cry sayang~ Apa kata kita tanya kat abang Fizun nak pinjam kereta kontrol dia? "

Faiq tiba-tiba diam. Di lihatnya aku dengan sayu seperti meminta kepastian. Sendu-sendu nya masih ada.

Aku tunjuk ke arah Fizun yang sedang asyik bermain dengan i pad nya tidak jauh dari kami. " Faiq tanya abang Fizun ok? "

Faiq mengangguk. Laju saja langkahnya menuju ke Fizun. Selepas itu, ku lihat Fizun meletakkan i pad di meja berdekatan lalu masuk ke dalam rumah.

Faiq berlari anak-anak ke arah ku dengan senyuman comel nya. Lesung pipit di kiri terserlah.

" Dah! " Katanya.

Aww.. so cute!

" Goodboy Faiq.. " Kepalanya ku gosok lembut. Semakin dekat hubungan kami, semakin sayang pula aku dengan mereka.

Tidak lama kemudian,datang Fizun dengan kedua tangannya penuh membawa kereta mainan dan kontrol nya.

" Nah, Faiq main ya. Hati-hati, jangan rosak lagi. Ni kak Mera beli mahal tau. "

Aku tersenyum melihat keperihatian si abang kepada adik-adik nya ini. Dari awal lagi, dia memang ada tanggungjawab itu untuk menjaga adik kembarnya.

" Kak Mera belikan ya? " Aku bertanya sekadar basa-basi sambil mata memandang si kembar rancak bermain. Fizun masih berdiri di samping.

Fizun mengangguk sambil tersenyum. " akak Mera selalu berikan kita orang mainan. Mahal-mahal pula tu. Sebab tu Fizun tak nak rosakan satu pun mainan Fizun. "

wah petanda baik, Fizun dah pandai senyum kat aku!
" Ohh.. baiknya kak Mera.. "

" Akak Mera memang baik.. bukan macam abang Adam. Fizun tak suka ngan abang Adam. Dia jahat kat kitaorang. "

Aku terkejut. Betul ke apa yang aku dengar ni?

" Fizun duduk dekat akak sini. " Arahku. Aku ingin tahu sedikit sebanyak tentang keluarga ini. Manatahu aku boleh korek dari si budak ni. Tapi harapan ku meleset apabila melihat Fizun berpeluk tubuh. Senyumannya hilang.

" Akak ingat akak dah friendly ngan adik-adik Fizun, akak pun boleh friendly ngan Fizun? Dalam mimpi akak je! Blurkk! " Dia menjelirkan lidah padaku. Aku tersentak. Mak aihh.. budak ni! Sekejap nya tukar perangai! Ingat kan dah baik ngan aku. Hancur harapan duh.

Tiba-tiba kami dikejutkan bunyi hon kereta dari depan berkali-kali.

Si kembar terlebih dahulu berlari laju ke halaman depan. " Akak Mera! Akak Mera! "

" Akak Mera dah datang kak. Jomlah! " Kali ni Fizun melompat kegirangan. Laju saja dia meninggalkan aku seorang diri di taman. Haihh..

" Yah, tunggu lah akak! " Jeritku sambil berjalan laju.

Setiba ku di depan, ku lihat Fizun dan adik kembarnya berpelukkan dengan cik Mera. Cik Mera bertudung shawl labuh itu sangat manis di pandanganku. Kulitnya yang putih sama saja seperti encik Adam. Tapi yang bezanya, cik Mera penuh dengan senyuman. Cantik. Encik Adam pula ku lihat dia berpeluk tubuh sambil memandang murung kepada mereka yang sedang bergembira. Wajahnya juga nampak sedikit kusut.

" Look, what I've got here for my lovely brothers. " Cik Mera lekas-lekas mengambil beg besar yang di isi oleh mainan-mainan. Satu persatu di ambil lalu di beri kepada budak-budak. Budak-budak apa lagi, seronok lah dapat mainan baru walaupun sudah berlambak mainan di dalam rumah. Orang kaya lah katakan.. apa kisah?

Tanpa sedar, aku mengulum senyuman dari jauh.

" Suka tak? " tanya cik Mera.

" Sukaaa!! " jawab mereka kegirangan apatah lagi si kembar.

" Sis, you need to rest. You're tired right. Let the kids go inside. " Tiba-tiba encik Adam bersuara dengan muka kusut nya.

" yeah, kejap lagi ya Dam. Fizun, Faid dan Faiq jom bawa mainan ni kat dalam. Kita main kat dalam yee. " Cik Mera lalu bangkit. Sweetnya majikan aku!

Aku pula masih kaku di tempat yang sama. Segan pula rasanya nak tegur. Tegur jelah Zara oi! Dengan lafaz bismillah..

" Assalamualaikum. " ucap ku sambil berjalan ke arah mereka. Semua berpaling kepadaku.

" Akak Zara! " Si kembar memanggilku ceria. Manakala cik Mera menjawab salamku sambil tersenyum. Ku hulur tangan kepadanya lalu di sambutnya serta merta.

" Siapa ya? " tanya nya lembut.

Belum sempat aku menjawab, encik Adam menyampuk. " A new babysitter. "

" Ohh! Babysitter yang baru datang semalam tu ke? " Tanya nya sambil ketawa kecil.

" Yee cik Mera, saya Zara. " Sambut ku malu-malu.

Budak-budak sudah pun masuk ke dalam rumah. Tak sabar-sabar agaknya nak main mainan baru.

" Young and beautiful. Dari mana Adam dapat Zara ni? "

" Ah? " Encik Adam tidak terjawab. Terkejut mungkin kerana kakaknya yang memuji ku cantik. Itu dari mulut orang sendiri, belum lagi puji diri sendiri.

" Um, sebenarnya saya dapat tawaran kerja ni dari my cousin, Qiee. Qiee tu pekerja encik Adam. "

" Oh yaa, Aqielah. I know her. "

Aku mengangguk. " Ya cik Mera, dialah orangnya. "

" Ih tak payah bercik-cik. Panggil kak Mera je. Ok?"

Haihh.. baiknya bos aku ni! Seratus persen jauh beza dengan adik dia.

" Err ok cik.. ehh.. kak Mera. " jawabku gagap.

" That's okay. Lama-lama biasalah tu Zara. "

" Akak, masuklah rumah dulu. Panas kat luar ni. " Rungut encik Adam sambil melap peluh di dahi dengan sapu tangannya.

Aduhai si prince ni, tiada siapa yang suruh dia stay kat luar. Kalau nak masuk, masuk jelah. Tak usah tunggu kita orang. Ke.. dia ni tunggu kakak dia masuk dulu baru dia masuk? Tahu juga erti hormat ya kalau kenyataan ku itu betul. Hormat kat kakak dia aje kot..

" sure, jomlah kita masuk dulu Zara. Nanti kita borak-borak lagi ya. " Kak Mera memeluk bahuku lalu masuk kedalam rumah sama-sama. Sempat aku menangkap jelingan encik Adam kepadaku sebelum masuk. Menyampah ke prince?

" Cantiknya Zara ni.. "

Tangan kanan ku di gosok lembut oleh Kakak Mera. Kedua pipi terasa panas dek malu di puji sedari tadi.

SELEPAS makan malam, kami pun menikmati pencuci mulut di ruang tamu sambil menonton television. Semua orang ada termasuk mak Kiah. Encik Adam pula asyik dengan I phone 6 nya. Manakala budak-budak bermain dengan mainan baru mereka. Jelas terpancar kebahagian mereka sejak Kak Mera pulang.

" Akak ni.. Zara biasa-biasa je. "

" Untung lah akak kalau dapat adik ipar macam Zara. "

Selepas saja kata-kata itu terkeluar dari mulut kak Mera, si prince terus terbatuk-batuk.

" Ih, kamu kenapa Adam? " makcik Kiah bertanya. Pura-pura tidak faham.

" A'ah Adam ni, tiba-tiba terbatuk pula. Kenapa? " Kak Mera menyambung.

" Akak ni.. cakap macam tu pula. Adam ni belum ready lagi nak kahwin. "

Aku hanya tersengih mendengar. Belum ready kahwin ye? Siapa pula nak kahwin ni?

" Eleh Adam ni, mana ada akak cakap pasal Adam pun. "

" Habis tu, tadi akak cakap pasal adik ipar kat babysitter tu? "

" memang betul pun. Tapi akak tak cakap pun suruh Adam kahwin dengan Zara. Lagipula Adam kan dah ada tunang. " Kak Mera cuba memancing. " Adik-adik akak lagi banyak ni hah, bukan Adam sorang je. "

Aku hanya menggeleng melihat kerenah adik beradik ni. Kelakar pun ada.

Manakala Adam tersentak sambil menggaru kepalanya sembunyikan malu. " err, Adam terasa kak.. "

" ke.. Adam memang nak kahwin dengan Zara? " lagi sekali kak Mera seperti mencuba-cuba.

Kali ni aku pula terbatuk-batuk. Mak Kiah sudah ketawa terkekek-kekek.

" Akak.. " encik Adam sudah rasa rimas pada gurauan kakaknya. Namun aku dapat lihat dia sedikit lembut dengan kakaknya. Tiada pula raut wajah yang garang seperti mana yang aku nampak sebelum-belum ni.

Aku hanya diam. Kahwin dengan bos? Macam na tu yee? Boleh masuk dek akal ke? Kalau jodoh, tak kemana kan? eysh, kat situ pula aku! sedar diri Zara oi. Tak setaraf.

" Zara okey je kan? "

" hah? " aku terkejut dengan soalan yang tidak di jangka dari mulut kak Mera itu.

err, okay kut. jawabku dalam hati. Nakal juga aku.

" Akak ni.. sudah-sudahlah tu. " Encik Adam mengeluh. " Lebih baik Adam naik atas. Sleeping is much more better than hearing your nonsense words. " Dia sudah bangkit dari sofa.

" Ahh, menyamal lah tu. "

" Tak lah. Adam memang tired. Goodnight. "

" ok night, see you tomorrow at office. "

Selepas saja kelibat encik Adam menghilang, bermula lah sesi perkenalan antara aku dan kak Mera dengan lebih mendalam lagi. Tapi aku pula yang seronok memberitahu tentang latar belakangku berbanding dengan kak Mera. So far yang aku tahu, kak Mera ni sudah berumur 32 tahun tapi belum kahwin lagi. Berkerja sebagai CEO di syarikat pembinaan arwah tuan Fairuz yang sudah pun menjadi hak miliknya dengan mutlak. Aku merasa bangga kerana seorang wanita mampu mengendalikan salah satu syarikat terkenal di Malaysia. Menunjukkan wanita itu sebenarnya kuat dan lemahnya hanya pada keadaan tertentu sahaja.

" Malam ni biar Zara sleepover kat sini saja lah. Esok baru Zara boleh balik okay? "

Permintaan kak Mera itu aku tunaikan. Jadi malam ni aku tidak balik, harap-harap lah si Qiee dapat faham.

' CANTIKNYA Zara ni.. '

' Untung lah akak kalau dapat adik ipar macam Zara. '

' ke.. Adam memang nak kahwin dengan Zara? '

Kata-kata dari kak Mera tadi terngiang-ngiang di telinga Adam sejak perjumpaan, makan malam sehinggalah tadi. Arghhh!! Sakit nya telinga aku mendengar pujian untuk si babysitter tu. Tak habis-habis akak memujinya. Bisik hati Adam.

Cantik sangat ke? Hurmmm.. kalau di lihat-lihat, boleh tahan cantik dengan kedua lesung pipitnya dan kulit yang putih. Kalah Bella.

Oh no! Don't you dare Adam. She's only your step sibling's babysitter. Nothing better than that. Sekali lagi Adam mengawal perasaannya.

Tak setaraf. Dia sudi menjadi babysitter mungkin kerana dia tidak berpelajaran. Siapa tahu kan?

Kenapa lah babysitter mereka kali ni orangnya muda? Adam juga yang kena oleh akak dia sendiri. Tahulah dia yang akak dia tak suka Bella. Adam pun tak suka. Tapi demi menyelamatkan syarikat arwah ayah yang masa tu terumbang-ambing, Adam terpaksa bertunang dengan Bella. Terpaksa!

Sejak itu dan sejak ini, hidup Adam di penuhi rasa benci dan rasa rimas dengan kehadiran adik-beradik tiri dan ditambah lagi dengan Bella. Hidup Adam tidak bahagia dalam 3 tahun kebelakangan ini.

Dan.. Adam tidak tahu bilakah kebahagian itu akan datang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience