Bab 6

Humor Series 47108

Bab 6

" Faiq, kejap! pakai baju dulu, baru main. " Arah ku kepada Faiq yang hanya berseluar dan ingin menyertai abang-abangnya yang sedang bermain di taman bersama kakak tiri nya.

Tapi Faiq tidak mengendahkan ku, laju saja kakinya berlari menuju ke taman belakang. Aku pula berlari anak-anak sambil membawa baju miliknya.

" Eysh, faiq ni, dia yang lambat bangun tadi.. " omel ku sambil tergesa-gesa. Tidak mahu badan si Faiq di gigit nyamuk nanti.

" Haihh.. sejak kak Mera balik, makin riuh rumah ni, tak.. awwwww!! " Omelan ku terhenti dengan jeritan kecil.

Tiba-tiba saja aku terlanggar dengan seseorang yang muncul dari depan. Lekas saja aku menggosok dahi ku yang telah terlanggar dengan bahu nya secara tak sengaja. Kuat sangat bahu dia macam batu! Boleh jadi tumbuh ketulan kat dahi aku ni. Sempat pula aku mengomel di hati.

" Oi, kau buta ke? "

Suara seseorang itu membuat kan aku mendongak serta merta.

Encik Adam! Oh tidak..

" um, err maaf encik,saya tak sengaja. encik muncul tiba-tiba. " kataku jujur sambil menundukan pandangan. Tak mahu pandang that killer eyes. Aku juga yang susah nanti.

" Kau yang tak pandang depan, tergesa-gesa! Salah aku pula? "

Alahai si prince ni, kenapa tiba-tiba dia naik angin pula? Bukan dia yang sakit, dahi aku ni hah! Mungkin salah aku juga kot?

Aku mendongak. Jelingan mata nya.. ouchh sungguh menakutkan!

" Kau jangan berani nak bagi alasan lagi, sebab memang betul kau yang salah. Next time, use your eyes, while you still have it. " Sejurus itu, dia meninggalkan aku. Hairan, panggilan tidak semesra seperti sebelumnya. Dah 'kau' dan 'aku' apa hal? Mana pergi 'awak' dan 'saya' ?

Okay, aku mengaku aku yang salah. Aku juga tak sangka akan berjumpa dengannya pagi ini. Biasanya pagi-pagi buta lagi dah pergi ke office. Jangan harap lah nampak batang hidung dia pagi-pagi kalau orangnya pun cepat saja hilang. Tapi hari ni, tak sangka pula dia lambat pergi ke office. Mungkin bekas jumpa dengan kak Mera tadi kat taman tu kot? Kan dia muncul dari pintu luar taman belakang.

Sebaik saja aku tiba di tempat tuju, terus saja Faiq mendapatkanku sambil meminta baju miliknya. Hah, baru dia tahu. Adakah patut pergi keluar rumah tanpa baju? Kan panas.. esh esh esh, budak-budak..

" Zara, duduk lah kat ni. " Arah kak Mera setelah aku selesai memakaikan baju kepada Faiq.

" Akak hari ni cuti ke? " tanya ku setelah melabuhkan punggung di sebelah kak Mera.

" A'ah , esok baru akak start pergi office. "

" Ohh.. " Jawab ku dengan ringkas sambil memandang Fizun, Faid dan Faiq yang asyik bermain bola.

" Tadi Zara jumpa ngan Adam tak? " Tanya kak Mera dengan wajah risaunya tapi tenang.

" ya ada kak, terserempak tadi. kenapa kak? "

Pembetulan, terlanggar bukan terserempak!

" Tak da lah.. dia tu merajuk ngan akak tadi"

" Ohh.. patutlah muram je. " ujarku.

pembetulan, bukan muram saja tapi sempat marah!

" It's ok lah, nanti dia akan ok balik. Perkara biasa je. "

" Perkara biasa tapi merajuk? Macam budak manja lah akak.. " Aku ketawa kecil lalu mengundang senyuman kak Mera.

" Dia memang adik akak yang paling manja pun.. walaupun dah besar bagak. " Gurauannya itu membuatkan kami berdua ketawa terkekek-kekek.

" Kelakar lah encik Adam ni,dia kan dah tahu ada lagi adik-adik akak yang lebih kecil dari dia. " kataku sambil menggeleng dengan sisa ketawa.

Kak Mera terdiam. Senyumannya tiba-tiba mati. Matanya melayang jauh. Seperti sedang berfikir.

" Akak tak tahulah nak bagitau Zara macam mana.. yang penting family kita orang ni sangat complicated. Sampaikan membuat Adam jadi macam tu.. "

" Maksud akak apa? Apa jadi dengan Adam?" aku ingin tahu.

Namun Kak Mera hanya menggeleng dengan senyuman yang dipaksa. " Tak pa lah Zara, maaf akak tukar mode happy kita. Hari lain, akak cerita ok? Terlalu awal akak nak cerita. "

" Kak.. Zara ok je. Kalau akak ada masalah, Zara selalu ada untuk akak. " Ujarku dari hati yang dalam sambil membelai lembut tangan nya.

Semalam kak Mera sendiri meluahkan perasaan nya yang dia ingin sekali mempunyai seorang adik perempuan untuk dia berkongsi apa sahaja yang dia suka kongsi. Dan apa yang dapat aku rasa, dia sangat memerlukan diri ini. Walaupun dia tidak mengatakannya, cukup aku dah merasakannya. Sebab aku juga tidak ada seorang kakak. Kali pertama perjumpaan kami semalam, kak Mera dah ku anggap seperti kakak sendiri. Karakternya yang baik, lemah-lembut dan penyayang membuat kan aku senang bersaudara dengannya.

" Thanks Zara, entah kenapa akak boleh terima Zara secepat ni, tapi akak rasa akak ada chemistry ngan Zara ni.. "

" Betulkah akak? sebab saya pun rasa yang sama.. " jawab ku ceria.

" Aww.. " Kak Mera terus memeluk ku. Ku balas dengan bahagia.

Jadi rindu dekat keluarga yang nun jauh disana..

" WEY! Kau dah kenapa? asyik termenung je. Teringat kat Bella ke? " Jai, satu-satunya kawan rapat Adam dari universiti sehingga sekarang, berkerja satu office tiba-tiba menegur Adam. Jai yang sedari tadi bersamanya sedang menguruskan sesuatu.

" Eysh kau ni! Tegur tu elok-elok lah sikit. Asyik Bella je kau sebut, semakin rimas aku " ujar Adam sambil menggaru-garu kepala nya kasar.

" Bella tu kan tunang kau, habis aku nak sebut siapa? adik-beradik tiri kau? lagi kau rimas! " Lelaki campuran belanda ini coba menguji hati Adam yang sedang berapi.

" Arghhh.. shut up Jai.. " Adam memberi amaran. Pantang benar baginya bila disebut adik-beradik tiri. Ianya tak secara langsung mengingati Adam akan kisah lalu yang cukup menyakiti hati nya.

" See, I think there is a problem with your step-siblings. Mind to tell? "

Adam diam.

" C'mon bro, spit it out. " Jai memaksa.

" Entahlah bro, semalam akak aku cakap dia pergi office hari ni. Rupanya dia cancel with not too important excuse. "

" What was her excuse? "

" spending time with our step-siblings. She said she miss them. "

" and you are.. jealous? "

" C'mon bro! Aku sudah siapkan everything for today. Supaya akak aku dapat tengok tanpa di minta tentang semua events, or everything lah yang sudah kita uruskan selama dia away. Is that showing you that I'm jealous? I just want to be the best for my sister. Not them. I'm trying hard here Jai, don't make it more complicated. Ok? "

" seriously, you're act like a children. Kau ni memanglah satu-satunya adik akak kau yang sama bapa dan sama mama tapi kau jangan lupa kau tidak dapat bermanja sebabkan kau ada lagi adik beradik yang sama bapa dengan kau. Sedar sikit lah Dam.. sampai bila kau macam ni? Tak kasihan ke kat mereka? Mereka hanya budak-budak Dam.. innocent "

Arghh! yang ni paling Adam tak suka.

" Kau.. kalau tak diam, jangan sampai aku suruh kau berambus. Now, let's continue our work. Where were we? " Daripada Adam mengamuk, biar dia tenangkan diri.

" Mula lah tu nak avoid kenyataan.. " Jai seakan-akan berbisik membuat kan Adam kurang mendengarnya.

" kau kata apa? "

" Nothin'. "

" Ok "

Adam pun mula membelak fail di atas meja. Tapi belum sampai pada belakan kedua, Jai sudah menegurnya lagi.

" Adam "

" Hmm? "

" Aku dengar dari Qiee, kau ada babysitter baru. "

Laa.. Adam ingatkan cakap pasal kerja. Jai.. Jai..

" So? " tanya nya ringkas sambil mata focus ke arah kertas dalam fail.

" isn't she beautiful? "

Adam terhenti.

" Kau.. " Adan menyepetkan kedua mata nya, ada sesuatu yang ganjil di sini. Belum habis kata-kata Adam, Jai terus mendahului.

" yee, aku dah tengok dia. Qiee yang tengokkan gambar dia. Comey gila awek tu wey, tak terseksa ke rasanya kat rumah? "

Adam menggelengkan kepala. Tanpa berfikir panjang, dia pun menjawab dengan bersemangat!

" Seksa sangat! Tadi pagi, aku terlanggar ngan dia tau. Tapi bukan aku yang salah, dia yang tak pakai mata time jalan tu. Lepastu, masa first time aku jumpa dia, dia boleh sembur air kat muka aku ni! Gila wey perempuan tu! Tak tahu malu. Sama saja dengan perempuan simpanan tu... "

" Eh eh kau dah terlebih ni, aku cuma tanya terseksa dek kecantikannya bukan terseksa dek perbuatannya. Apalah kau ni, panjang benar ayat kau eh! Hahaha! "

" Ala kau ni, potong stim betul lah. Aku tengah bersemangat tau tadi. "

" Yelah kau ni, sejak bila pula kau bersemangat eh? " Jai sudah memandang Adam dengan pandangan lain. Wajah yang penuh tanda tanya.

" Ah sudah sudah, aku tak mahu pandang wajah buruk kau tu. " Adam coba menghindari pertanyaan nya.

" Weird lah kau ni Dam.. tak pernah-pernah kau cerita tentang perempuan bersemangat cam tu. Kat bella pun kau tak pernah buat cam tu. "

Dah mula dah ni.. ni yang Adan malas bila berborak dengan si Jai ni. Ada-ada saja dia nak ungkit berkaitan hal yang sensitif bagi Adam.

" Ih, nak lunch lah. Tak sangka masa berlalu laju kan? Jom lah! " Adam pun cepat-cepat memanyap fail-fail yang bersepah di meja besar. Jai yang duduk di depan sudah berdiri.

" Ah, laju sangat! Dah 3 tahun dah berlalu Adam oiii.. laju lah sangat. Itupun kau belum sedar-sedar lagi. Haihhh.. apa kena dengan kawan aku sorang ni. " Jai menyindir Adam sambil berlalu pergi ke pintu.

" Oi! wait for me lah! "

" Malas lah, aku lapar! Tunggu kau kat cafe je. "

Setelah hilang kelibat Jai, aku pun menyandarkan diri di kerusi sambil mengeluh.

Entah kenapa, aku coba menghindari semua yang berkaitan dengan 3 tahun. Aku tahu Jai atau nama panjangnya, Jaiden Hassan berniat baik untuk membuat aku sedar sebab tu aku tak kisah sangat akan sindirannya. Berulang kali dia coba, tak pernah putus asa. Berulang kali juga aku menghindari, susah nak terima. Aku bersyukur mendapat kawan seperti dia yang tak pernah tinggalkan aku walaupun di saat aku di landa kesedihan. Dia selalu ada untuk aku saat suka dan duka. Seperti juga halnya kepada Kak Mera.

Haihh.. kenapalah susah sangat aku nak terima semua ni? Adam hanya mampu mengeluh panjang pada bisikan hati nya.

" HAI ZARA. How are you? " suara Syazwan di hujung talian membuatkan aku berdebar-debar. Pertama kali dia membuat panggilan denganku. Katanya dia rindu. Rindu ke?

" I'm good. How about you? "

" I'm.. not really. "

" Why? " Aku ingin tahu. Demam ke apa?

" I think i miss you already. "

Aku tersedak! Oh tidak.. begitu cepatnya dia rindu kan aku. Belum sampai seminggu sudah rindu? Tapi.. kenapa aku tidak merasakan yang sama padanya? Kami sempat outing bersama-sama dengan Yaya sekali sebelum aku pergi ke Johor. Tapi perasaan itu masih sahaja. Belum hadir lagi rasa suka atau sayang padanya. Hmm.. mungkin memerlukan masa lagi, tak gitu?

" Umm.. " Aku tak terkata. Malu!

Syazwan ketawa. " It's ok. I understand. As long as you know how I feel about you this lately. Zara baik-baik kerja ya? "

Fuhh, dia sangat memahami! Lelaki sejati. hahaha.

" Thankyou Syaz. Zara perlukan masa. And sorry to say.. I think we shouldn't make a call again because I'm busy. Zara rasa pun Syaz busy ngan kerja part-time tu kan? "

" yeap, kita sama-sama busy. It's ok then asalkan kita selalu contact dalam Whatsapp. alright? "

" Sure. " putusku serta merta. Beruntung nya dapat lelaki yang memahami ini! Tapi sayangnya, belum hadir lagi perasaan itu dalam hatiku. Oh, bila kah nak hadir wahai cinta?

Lantas aku menutup panggilan selepas aku menjawab salam nya. Tiba-tiba bunyi ketukan pintu mengejutkanku.

" Zara.. " Suara kak Mera memanggilku. Apa ada ya? Inikan waktu dinner mereka, padahal aku memang sengaja bersembunyi di bilik memandangkan encik Adam malam ni balik! Aku masih terkenangkan dengan kejadian tadi pagi membuatkan aku takut untuk berhadapan dengannya.

Akhirnya tombol pintu ku buka perlahan.

" Ka Mera? Apa ada? " tanyaku lembut.

"Buat apa dalam bilik ni? Kenapa tak join dinner sekali? "

" err, saya dah bagitau mak Kiah tadi yang saya sedang calling ngan seseorang "

" Ok, now masa tuk dinner. Sebelum Zara balik kerja, makan dulu ya? " Tiba-tiba kak Mera meraih tangan ku. Aku pun dengan atomatiknya mengalah dan mengikut rentak nya saja. Dah nasib aku, kena lah menghadap wajah prince tu. Entah, tiba-tiba je rasa menyampah pula.

" dah kat meja rupanya budak-budak ni. Zara pergi layan mereka dulu ya. Akak nak pergi dapur kejap. "

Aku hanya mengangguk. Dari jauh sudah kedengaran gelak ketawa budak-budak di ruang meja makan.

Dengan riangnya, aku pun berlalu pergi ke arah mereka. Sesudah sampai, senyuman ku terus mati. Dari jauh ku lihat budak-budak dan juga si prince yang ralit bermain dengan I phone 6 dia. Tahulah barang tu mahal dan terkini tak payah lah nak tayangkan segala. Eysh, kenapa semakin menyampah je ni Zara?

" Ehem. " Tanpa berfikir panjang, aku berdehem. Tawa budak-budak berhenti dan encik Adam berkerut melihat ku. Namun hanya seketika, mata nya tertumpu balik pada kaca phone nya.

" Akak Zara! " si kembar menarik kedua tangan ku dengan riang. Bahagia sekali mereka!

" Lapar ye? Dah lama tunggu kat sini? " tanya ku pada mereka. Si kembar ku pimpin lalu membantu mereka naik ke kerusi.

" Akak kat mana tadi? Fizun lapar lah! " Fizun pula sedang merungut padaku.

" Ohh, akak ada hal sikit sayang. "

Tiba-tiba aku teralih kepada encik Adam apabila bibirnya seolah-olah bergerak seperti sedang bercakap. Sayangnya tidak ku kedengaran apa yang di bisiknya.

" Akak malam ni balik? " Tanya si Faiq pula dengan lesung pipitnya yang comel.

" A'ah, akak kena balik. Akak tak boleh tidur kat sini. "

" Ah, eloklah tu. Aman hidup aku. " Kali ni kata-kata encik Adam jeles di pendengaranku walaupun dia hanya berbisik.

" Maaf encik Adam? " Entah kenapa tiba-tiba je aku berani menegurnya!

" Aku ada cakap dengan kau ke? " Ouch, sungguh pedas sekali kata-kata itu ditambah dengan penahan matanya yang menusuk tajam pada kedua mataku. Tak boleh jadi, kena lawan ni.

" Tak, memang encik Adam tak bercakap dengan saya, tapi rasanya encik Adam tadi perli saya. " Perli ke apa ke, tak kisah nak sebut apa asalkan betul bagiku.

" Hey~ I don't even talk to you so what's the problem? " Suaranya sedikit tinggi.

Eysh, geram nya aku! kedua tangan sudah ku genggam erat. Sabar Zara, Sabar..

" Tahu diam, sebab tak faham apa yang aku cakap kan? Eysh eysh eysh, kesihannya budak kampong tak berpelajaran ni.. "

Belum sempat aku menjawab pertanyaannya, Fizun sudah menyampuk.

" She's know how to speak english! " Teriak Fizun dengan wajahnya yang marah. Aku terkejut apabila budak Fizun yang gauk ini tiba-tiba membela ku.

" Shut up you a little stupid donkey! " Marah encik Adam sambil menumbuk meja makan lalu di tunjuk jari nya tepat pada wajah Fizun.

Aku terkejut. Dada ku urut laju. Astaghfirullah, adik sendiri di sumpah macam tu sekali?

" I hate you! akak Mera! akak! " Tak semena-mena, Fizun sudah menangis sambil memanggil Ka Mera berulang kali. Aku jadi cemas. Baru pernah ini terjadi sepanjang aku menjaga mereka.

Si kembar juga ketakutan dan menyembunyikan diri di belakangku. Encik Adam sudah merah padam wajahnya lalu berdiri serta merta.

Pada masa yang sama, Kak Mera sudah datang.
Seperti tahu apa yang terjadi, dia pun memandang tajam kepada encik Adam.

" Apa Adam telah buat ni? " Walaupun dalam keadaan marah, kak Mera masih boleh bertenang.

" I did nothing. This is all your false, I already warned you, I don't want to have a dinner with them! " Laju saja encik Adam meninggalkan kami.

"Adam! "

panggilan kak Mera tak dihiraukannya.

Aku yang sedang mendiamkan Fizun yang masih menangis merasa bersalah terhadap apa yang terjadi. Aku adalah penyebab kenapa Fizun dimarahi. Badan gempal Fizun itu ku peluk erat. Rasa bersalah menyerpa diri. Hati sebak. Sampai begitu sekali kah seorang abang memarahi seorang adik? Dimana kah hati naluri nya terhadap budak kecil yang tidak bersalah?

" Fizun.. " panggil kak Mera dengan nada yang lemah. Pelukkan ku lepaskan lalu kak Mera terus memeluk Fizun. Kak Mera juga turut menangis. Aku yang jadi pemerhati tidak dapat lagi menahan air mata.

" Maafkan akak ya sayang.. ini semua salah akak.. " Wajah Fizun di cium berulang kali. "Akak dah janji perkara ini tak akan berlaku lagi tapi abang Adam keras kepala, maafkan akak ya? "

" Tapi abang Adam masih benci kita orang" tangisan Fizun semakin berkurang.

Pada saat itu, hanya Allah saja tahu betapa sebak dan terharu nya aku apabila Fizun berkata demikian.

" Akak.. saya yang salah. Fizun tak buat apa-apa pun, dia hanya bela saya. " Aku bersuara dengan senda sendu.

Kak Mera memandangku sayu lalu menggeleng. Dia kembali menoleh Fizun.

" Tak Fizun.. abang Adam tak benci siapa-siapa. abang Adam cuma.. tidak ada mood tadi. "

" Semua alasan akak sama je. Balik-balik tidak ada mood. Kenapa abang Adam tiada mood sampai tiga tahun? " Selepas kata-kata itu dilemparkan, Fizun terus berlari meninggalkan kami.

" Fizun! " panggilku.

" Zara.. " kak Mera menghalang aku dari bangkit.

" kak, Fizun .. "

"Biarlah dia.. " lemah kak Mera berkata sambil melap air matanya.

" kak.. semua ni salah saya kak, maafkan saya kak. kasihan Fizun.. "

" Zara tak beritahu pun, akak dah tahu pasti Adam yang mulakan. Adam tu panas baran. akak tau Zara.. akak tahu bagaimana sikap adik akak. Dia memang tak akan puas hati. Entah sampai bila.. mungkin sampai akak dia dah tidak ada di dunia ni.. " dia sebak.

" akak.. jangan lah macam tu, bawa sabar ya kak.. " Aku cuba menenangkan kak Mera sambil membelai lembut tangannya. Kasihan dia.. aku yang tidak tahu akan pangkal cerita dan kesudahannya, tapi aku sudah dapat menyangka pasti ada masalah besar yang pernah terjadi pada keluarga ini.

" Zara balik lah.. "

" ih, tak apa lah kak, malam ni saya tak balik lah. Boleh? "

" Tak susahkan Zara ke? " kak Mera cuba senyum walaupun pahit.

" Ya Allah, tidak mengapa akak.. saya okay. Tinggal nak beritahu Qiee saja saya tak jadi balik. "
" Baiklah.. "

" Eh mana pergi si kembar? " Tanya kak Mera sambil bangkit. aku turut bangkit.

" Entahlah, hilang pula mereka ni. "

" Macam ni lah, Zara temani mereka makan dulu ya? Biar akak pujuk Fizun. "

" Eh tak apa ka, biar saya yang pujuk Fizun. Akak makan sekali dengan diaroang ok? "

Aku sebagai babysitter dan sebagai penyebab Fizun kena marah, aku rasa aku lah yang patut bertanggungjawab untuk memujuknya.

" Tapi.. "

"Trust me akak.. Let me please. Akak makan ok? " aku cuba memujuk.

" Tapi akak tak boleh makan tanpa adik-adik akak "

" Akak.. don't worry, saya akan bawa makanan untuk Fizun. Encik Adam pula kan dah besar, nanti kalau dia lapar, pandai-pandai lah dia turun. Kasihan akak, akak kena bawa makan dan lepas tu rehat. Esok nak pergi kerja kan? "

" Ya Allah, baik nya Zara. Terima kasih sebab memahami.. akak jadi pening kepala memikirkan sikap Adam tu.. " Tubuh ku terus di peluk erat kak Mera.

Aku membalas pelukkannya dengan senang hati. " Samasama akak.. akak bawa bersabar ya kak.. "

" FIZUN.. " pintu biliknya ku ketuk berulang kali. Tiada balasan, tombol pintu akhirnya ku buka perlahan. Dulang di tangan yang di isi oleh makanan ku simpan di meja belajar Fizun.

" Fizun.. "

Ku lihat dia sedang memeluk kaki nya dengan wajah di sembunyikan. Ku hampiri bila dia langsung tak menjawab panggilan.

" Fizun.. maafkan akak ya, sebab akak Fizun kena marah tadi. Akak tak sangka begitu kasar nya abang Adam pada Fizun.. tak pernah akak bayangkan pun. " Rambutnya ku belai perlahan. Kasihan. Walaupun dia budak yang gauk tapi dia telah membela ku tadi.

" akak tak salah.. " jawabnya sambil menepis perlahan tanganku daripada membelai rambutnya. Aku tak ambil hati. Budak-budak kan..

" Kalau akak tak salah, kenapa Fizun tak nak pandang akak? hmm? " aku cuba memancingnya.

Diam. Lama dia diam akhirnya dia berkata. " Malu kat akak.. "

" Buat apa Fizun malu? Fizun tak buat apa pun, biarlah kalau abang Adam tu marah ke benci ke kan akak. Akak tak kisah. Tanggungjawab akak cuma nak jaga Fizun dan adik-adik. Tu jee.. " Aku coba berlembut.
Perlahan-lahan dia mendongak. Kedua matanya nampak bangkak dan merah akibat banyak menangis.

" Fizun sayang.. akak sayang Fizun dengan adik-adik macam adik kandung akak sudah. Jangan menangis lagi ya? Comot lah. " aku tertawa dengan kata-kata ku sendiri, coba untuk menahan sebak di dada. Manakala Fizun hanya tersengih.

Sejujurnya, mereka memang sudah ku anggap seperti adik sendiri. Aku sayang mereka. Mereka anak yatim piatu. Pasti mereka rindu kasih sayang kedua ibu bapa. Tugas babysitter bukan hanya untuk menjaga. Tapi kena jaga hati dan perasaan mereka juga sebab mereka masih budak-budak yang innocent.

" Akak ni baik juga kan? Macam kak Mera.. "

" Sebab akak kan adik kak Mera. mestilah sama-sama baik. "

" Tipulah! " Dia kembali menyembamkan wajahnya. Mak aihh.. merajuk pula!

" Akak gurau je. Fizun jom makan. Tadi kata lapar kan? "

" Lapar, nak makan tapi akak kena keluar. "

Aku mengeluh. Aku belum berjaya mengambil hatinya seperti mana aku sudah berjaya mengambil hati si kembar. Bersabarlah Zara! Lambat laun, dia akan berubah juga. Pandai-pandai lah kau cari jalan bagaimana nak melembutkan budak yang gauk dan keras kepala macam si Fizun ini.

" Ok, akak keluar. Nanti kalau dah habis makan, panggil akak ok? " Aku akhirnya mengalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience